Mengajar Bayi

Bayi hingga setahun setengah -> flash card

Setahun setangah tapi kami mula lewat sikit sebab masa umurnya setahun setengah kami terpaksa meninggalkan dia. Jadinya sejak January 2013 mulakan dengan flash card yang berwarna berwarna, dengar cd iqra malam dan siang. Sebelum ini pasang ayat2 Quran sahaja. Alhamduliah bulan 3, dah mula sebut 2/3 bunyi huruf hijayiah.

Setakat ini, sebahagian hurug telah dibunyikan dengan jaya. Perancangan selepas ini, 3 bulan (sampai Jun 2013), hanya beri pendedahan kepada IQRA sahaja, samada di TV, kereta dan malam. Lebih kepada Al-Furqan. Tapi malam nak campur, selang sehari ayat-ayat Quran (surah Lazim, Yasin dan Al-Baqarah).

Menwujudkan persekitaran Al-Quran dengan menampal satu rumah dengan huruf Al-Quran.

Mulai hari ini sudah mula projek makan dan minum Al-Quran.

Peracangan ini utk 3 bulan, selepas 3 bulan, kena tengok hasilnya kemudian baru tukar strategi kalau tidak berjaya. Untuk tahun ini sehingga tahun depan hanya fakus pada IQRA. Harap dapatkan tamat sebahagian buku Al-Furqan.

Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu yang lemah ini untuk mengajar anak aku Al-Quran dan menjadi penghafal Al-Quran dan Menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Mengajar Bayi

Mungkin ada yang terfikir mengajar bayi adalah usaha yang sia-sia. Tapi tidak apabila bayi umur 5 bulan dah pandai pilih kad imbas. Bayi umur 18 bulan dan dah mula ikut 1/2 suku kata, terutama huruf hijayah yang saya rasa memang mersa bayi. Dan banyak suku kata digunakan juga dalam bahasa melayu sepeti na ma sa ya ja wa. Ma ka ta ka ka na ka la. Dan 18 bulan dah ikut hujung perkataan. Saya sangat teruja apabila saya kira perkataan dan suku kata anak saya yang akan masuk 2 tahun pada bulan depan, sudah melebihi 60 suku kata atau perkataan. Di mana sepatutnya anak 2 tahun hanya boleh menguasai 50 suku kata. Insyallah mula pendidikan awal bayi adalah yang terbaik untuk anak-anak. Dia pun tak tertekan sebab kena belajar sambil bermain. Skrg dia sebelum tido sambil main dengan buku. Semalam baru pergi seminar mengajar bayi, mulakan dengan pendedahan bayi kepada kuasa pendengaran mereka. Dengar Al-Quran, Minum Al-Quran, Makan Al-Quran, Main Al-Quran dan Tidur Al-Quran. Ilmu baru setakat ini Main dan Tidur Al-Quran. Anak adalah amanah Allah saya hanya berusaha menjaga Amanah tersebut sebaiknya. Insyallah.

Alhamdulliah Anas dah sehat dan dah mcam biasa

Anas skrg nampak happy dan gembira. Pandai main sendiri. Pergi taska pun nampak gembira dan juga balik. Jadinya aku dah boleh pergi kerja awal dan balik kerja awal jugak.

Anas dah senang nak tido sambil main buku, ipad iqra dia.  Pagi tadi dah bangun tak menangis dan bangun dengan sendiri. Alhmaduuliah semua dipermudahkan oleh Allah.

Pengalaman membantu dan menyusun jadual tidur Anas.

Kira-kira 3 minggu yang lepas, saya mula menyusun jadual Anas supaya tidur pada pukul 10.30 malam. Ini kerana sebelum waktu tidurnya telah kembali tidak menentu sehingga pukul 12.00 tengah malam pun sebelum tidur. Hasilnya pagi-pagi agak susah nak bangun dan kerap mengamuk atau menangis di awal-awal pagi dalam kul 2, 3 atau 4 pagi. Saya pilih pukul 10.30 untuk waktu tidur Anas. Mulanya memang susah sangat nak suruh beliau tidur dan masuk bila. Masuk pilih sahaja beliau akan menangis sehingga satu hari beliau menangis 3 jam tanpa berhenti. Tapi saya kena kuatkan hati dan cekalkan jiwa. Kanak-kanak seusia Anas, kebanyakan akan menggunakan kekuatan menangis untuk melemahkan kita atau memaksa kita mengikut kehendaknya. Saya bertanya dengan kawan-kawan, baca buku-buku dan menonton semua rancangan supernany untuk mencari kekuatan. Alhamdulliah setelah 3 minggu saya dapat menyusun semula waktu tidur Anas. Saya sangat suka sebab Anas senang untuk diajak tidur, dapat buat 'bed time story' dan senang untuk bangun di waktu pagi, Terima kasih Allah dan kawan-kawan yang banyak membantu.

Bayi umur 2 tahun

Pada awal bulan Mac 2013, saya cuba menyusun semula jadual tidur Anas supaya tidur pada pukul 10.30 malam. Sebelum ini beliau ok, boleh tido awal tapi sejak awal tahun Anas semakin tido lewat, kadang2 jejak pukul 12 malam. Mungkin salah saya sebab kami tido depan TV. Jadi langkah awal kami perlu pindah semula tido di dalam bilik. Kira2 dalam kul 10 malam, saya telah memberikan amaran Anas sepuluh minit lagi kita gosok gigi untuk tido. Sebelum itu dia juga akan menangis sebab kehendaknya tidak dipatutnya seperti untuk menengok TV, tapi saya tetap bawak ke bilik. Kadang2 dia menangis juga awalpun telah matikan lampu dan gelap gelita. Tapi kali dia nak cuba berjalan juga walaupun telah gelap.

Pernah juga dia menangis hampir 3 jam, sebab lampu tak dihidupkan. Saya dah letih, saya nak gi dapur ambik air zam2 dan berikan dia minum dengan harapan dia akan ok. Tapi rupanya dia muntah. Setelah itu saya mandikan dan dia pun terus tido selepas itu.

Ada hari yang saya bawak ke padang permainan selepas saya ambik dia daripada balik kerja.

Tapi 2/3 hari sebelum wekend lepas, dia dah ok. tapi weken kami balik kg, jadi payah sikit sebab dia dah jumpa dgn sepupu dia dan sibuk nak main. Tapi alhamduliah malam tadi dia tido awal kul 8.30, mungkin sebab semalam keletihan sebab balik dari kg.



Harap2 selepas ini Anas dan ok. Sebenarnay dengan menyusun jadual yang tersusun untuk anak2, saya rasa hidup saya lebih senang dan tersusun, Jadi saya kena buat juga sebab saya dah biasa susun Anas sejak beliau dari bayi. Jadi saya tahu dia menangis utk apa..adakah untuk susu, makan dan lain.