Mengajar Bayi

Mungkin ada yang terfikir mengajar bayi adalah usaha yang sia-sia. Tapi tidak apabila bayi umur 5 bulan dah pandai pilih kad imbas. Bayi umur 18 bulan dan dah mula ikut 1/2 suku kata, terutama huruf hijayah yang saya rasa memang mersa bayi. Dan banyak suku kata digunakan juga dalam bahasa melayu sepeti na ma sa ya ja wa. Ma ka ta ka ka na ka la. Dan 18 bulan dah ikut hujung perkataan. Saya sangat teruja apabila saya kira perkataan dan suku kata anak saya yang akan masuk 2 tahun pada bulan depan, sudah melebihi 60 suku kata atau perkataan. Di mana sepatutnya anak 2 tahun hanya boleh menguasai 50 suku kata. Insyallah mula pendidikan awal bayi adalah yang terbaik untuk anak-anak. Dia pun tak tertekan sebab kena belajar sambil bermain. Skrg dia sebelum tido sambil main dengan buku. Semalam baru pergi seminar mengajar bayi, mulakan dengan pendedahan bayi kepada kuasa pendengaran mereka. Dengar Al-Quran, Minum Al-Quran, Makan Al-Quran, Main Al-Quran dan Tidur Al-Quran. Ilmu baru setakat ini Main dan Tidur Al-Quran. Anak adalah amanah Allah saya hanya berusaha menjaga Amanah tersebut sebaiknya. Insyallah.

No comments: