Alhamdulliah Anas dah sehat dan dah mcam biasa

Anas skrg nampak happy dan gembira. Pandai main sendiri. Pergi taska pun nampak gembira dan juga balik. Jadinya aku dah boleh pergi kerja awal dan balik kerja awal jugak.

Anas dah senang nak tido sambil main buku, ipad iqra dia.  Pagi tadi dah bangun tak menangis dan bangun dengan sendiri. Alhmaduuliah semua dipermudahkan oleh Allah.

Pengalaman membantu dan menyusun jadual tidur Anas.

Kira-kira 3 minggu yang lepas, saya mula menyusun jadual Anas supaya tidur pada pukul 10.30 malam. Ini kerana sebelum waktu tidurnya telah kembali tidak menentu sehingga pukul 12.00 tengah malam pun sebelum tidur. Hasilnya pagi-pagi agak susah nak bangun dan kerap mengamuk atau menangis di awal-awal pagi dalam kul 2, 3 atau 4 pagi. Saya pilih pukul 10.30 untuk waktu tidur Anas. Mulanya memang susah sangat nak suruh beliau tidur dan masuk bila. Masuk pilih sahaja beliau akan menangis sehingga satu hari beliau menangis 3 jam tanpa berhenti. Tapi saya kena kuatkan hati dan cekalkan jiwa. Kanak-kanak seusia Anas, kebanyakan akan menggunakan kekuatan menangis untuk melemahkan kita atau memaksa kita mengikut kehendaknya. Saya bertanya dengan kawan-kawan, baca buku-buku dan menonton semua rancangan supernany untuk mencari kekuatan. Alhamdulliah setelah 3 minggu saya dapat menyusun semula waktu tidur Anas. Saya sangat suka sebab Anas senang untuk diajak tidur, dapat buat 'bed time story' dan senang untuk bangun di waktu pagi, Terima kasih Allah dan kawan-kawan yang banyak membantu.

No comments: