Pujian pelajar universiti

Terima kasih kepada semua pelajar yang sentiasa hadir di setiap kelas. Semoga Allah mempermudahkan urusan anda dan mendapat keputusan yang baik. Saya harap semua pelajar dapat sentiasa hadir ke dalam kelas kerana ianya memudahkan pemahaman dalam sesuatu subjek dan menunjukkan minat dan displin yang tinggi. Terima kasih juga kepada pelajar yang tidak dapat datang tapi memaklumkan kepada saya. Terima Kasih.

Semua pelajar adalah mendapat biasiswa atau tajaan. Terdapat ustaz yang memberitahu saya yang mendapat tajaan atau biasiswa adalah terpilih. Walaupun bidang pengajian ini adalah fardu kifayah tapi sebab terpilih menujukkan mungkin ada keperluan negara dalam bidang ini, jadinya menjadi fardu ain yang wajib untuk kita selesaikan. 

Kalau tengok sejarah tajaan/biasiswa dan pinjaman semakin hari semakin susah, jadi tunaikan amanah ini sebaiknya.
betullah Ismanorbiha Takati dan Ruselina Sulong..ibu bapa kena ambik perhatian..saya cuba anak saya dari bayi...alhamulliah..walapun 5 minit sehari sebab kita kerja kan tapi memang nampak hasilnya..satu lagi pilih CD atau program TV yang membantu anak2 ke arah islam klu anak kita ke arah itulah..anak saya 2 tahun memang suka rancangan ustaz don..sbb saya sentiasa bukak Tv Al-hijrah..dah boleh baca perkataan Allah dan Muhammad pasa umur 18 bln sbb saya bukak zikir 106 (astro oasis)..semalam sblum tido saya bagi buku Al-Fatihah yang utk bukak..dia ada perkataan tersembunyi..Alhamdulliah dia boleh baca Allah dan dia kata ini sama lah dgn ini..alhamdulliah...saya banyak guna CD dan VCD dan ajar sikit lepas balik kerja.kadang2 tak sampai 5 minit pun..sbb kejap aje...fokus budak2 ini..skrg dah 3 tahun...agak lagi mencabar sbb dia dah pandai main..

saya rasa dgn ada pelbagai alat bantu mengajar CD dan VCD ini, bukak alasan utk ibu bapa tak memberikan pendedahan awal pembelajaran kpd anak..bukak paksa tapi belajar secara semulajadi dan dia pun tak sedar..saya pun tak sedar anak saya boleh baca tapi masa raya pergi rumah orang yang ada tulis Allah dan Muhammad dia yang baca dan sebut...

anas dan alahan

anak saya dulu mcm tu gak..saya buat alahan test..banyal juga dia alahan susu, soya, habuk dlln mcm2..saya guna ubat tradisioanal..alhamdulliah dah hampir 6 bln x ke doktor...saya ikut cadangan buku Rasullah is my doctor..kalau selsema kena tengok selsema sejuk atau panas..kalau sejuk bagi madu dan kalau panas bagi yang sejuk2..saya buat air barli atau air kelapa..dan juga saya sapu minyak bawang putih..buat sendiri..bakar bawang putih..kemudian pecah2kan..dan letak minyak..tak kira minyak apa..kalau ada minyak zaiton lagi bagus..saya sapu di dada, belakang, betis dan tapak kaki..sampai saya urut2 tapak kaki..Alhamdulliah..dah ok sikit...


saya rasa klu tahu alahan pun doktor tak buat apa..doktor bagi ubat yang mengandungi alahan tersebut..contohnya doktor bagi ubat yang mengandungi habuk utk alahan tersebut..jadi saya tak bagi ubat tersebut..tapi saya biasakan anak saya dgn alahan tersebut..tapi jgn banyak2 bagi sikit2...contohnya telur..saya bagi sikit...kalau nampak naik merah saya biar tunggu baik..kemudian dah ok saya bagi lagi..Alhamdulliah srkg anak saya dah tak alahan telur tapi masih alahan lain spt soya, kacang udang dlln...kalau alahan udang anak saya merah2 di muka tapi kalau kacang dan soya merah di bahagian ketiak dan dada...ini cara saya mengurangkan alahan anak..cuma yang terbaik adalah susu ibu..semasa anak saya setahun 3 bln ..minum susu ibu sepenuhnya dan tanpa makanan tambahan ..alahan memang x kelluar langsung.tapi sejak campur susu formula baru alahan keluar..cubaaan yang terbaik adalah susu badan sepenuhnya selama 2 tahun..

Anas dan Tadika

Mulai awal tahun ini, anas dah mula masuk di Tadika Genius Qayum untuk umur 3 tahun.

Ya Allah, permudahkan urusan Anas. Dah masuk minggu ke-dua tapi masih gak menangis2. Kat Taska pun menangis gak. Macamana ini? teruskan ajelah...

Kali ini dah masuk minggu ke tiga di Tadika, tapi anas masih menangis.

Ya Allah permusahkan urusanya.

Mula hantar rumah orang Kak Wan, rasa tak samapi seminggu dah ok. Lepas tu hantar taska kejap juga..dalam 3 hari dah ok (berdasarkan catatan yang lepas). Lepas balik haji, hantar Taska 2 bulan dia menangis.

Kali ini tak pasti, rasanya dia macam fobia selepas ditinggalkan lama semasa pergi haji dulu. Patutlah ramai gak yang tangguh pergi haji sebab anak-anak masih kecil. Ya Allah bantulah hambaMu ini.

InsyaAllah kita sama memberi sokongan di antara satu dengan yang lain. Dengan niat yang satu kerana ALLAH, jadi ketepikan yang lain. Fikir apa pandangan ALLAH dari orang kata. Tapi memang jadi pelik saya dah melalui dari zaman persekolahan saya hingga kini...Alhamdulliah walau pun nampak pelik..tapi Allah ada dalam hati kita...dulu keluarga saya sgt susah..nak makan pun susah..sampai arwah mak x bagi pergi sekolah, saya degil juga naik basikal pergi tanpa duit belanja dan makanan..alhamdulliah Allah maha kaya saya pun x pernah sakit perut walaupun dari pagi sampai petang saya x makan...malam kalau ada mkn makan lah..kalau tak..pun tak kesah..tapi arwah mak biasa mesti ada ubi ke pisang ke..cuma kadang2 dia terlalu penat utk masak..biasa rebus saja kan...umur 5@6 tahun majoriti kami dah pandai masak air guna kayu api lagi...tapi saya saya bersyukur semua ini pengajaran untuk saya berdikari..saya pernah belajar di luar negara dengan tiada pun seoarang melayu malaysia di universiti saya...sampai skrg saya jadi pelik dlm keluarga..kalau mana bukan kerana ALLAH biasa saya akan tentang dengan cara yang lembut dan baik...InsyaALLAH.