Membersihkan diri dari belenggu

Membersihkan diri dari belenggu
7 langkah membersihkan diri
1. bersangka baik
2. semuanya kerana Allah
3. bebaskan fikiran, lupakan pengalaman lama
4. menentukan kepentingan kerana ALLAH
5. semua sudut dari ASMAUL HUSNA - suara hati kerana Allah
6. fikirkan semula sebelum menilai sesuatu
7. semua ilmu- hak Allah

MEMBERI MAAF ITU UBAT

http://soulpower-kuasajiwa.blogspot.com/2010/01/memberi-maaf-itu-ubat.html

Thursday, January 21, 2010
MEMBERI MAAF ITU UBAT


Bukan sesuatu yang mudah bagi seseorang itu untuk memohon maaf atas segala kesilapan yang telah dilakukan kerana setiap seorang dari kita mempunyai ego yang tersendiri. Pernah satu ketika ada seorang kawan memberitahu saya yang dia tidak kisah jika kata-katanya menyinggung perasaan orang lain kerana menurutnya setiap hari raya dia akan memohon maaf dari orang tersebut. Tetapi apakah yang akan terjadi jika ditakdirkan umurnya tidak panjang atau orang yang tersinggung itu hilang entah ke mana. Memohon maaf dan memberi maaf sebenarnya memberi impak yang besar dalam kehidupan bermasyarakat yang kita amalkan jika ianya dihayati sepenuhnya.

Bagi saya maaf itu amat mahal harganya dan ianya perlu dijaga dan dinikmati ibarat sebutir permata. Jika maaf itu kerap dilafazkan terhadap orang yang sama atas kesalahan yang sama maka ianya tidak melambangkan nilai maaf itu sendiri. Ada segolongan orang yang sering membuat kesalahan yang sama kemudian apabila ada kepentingan tertentu yang memberi pulangan kepadanya dengan segera dia memohon maaf atas kesalahannya tetapi tak lama kemudian dia akan mengulangi kesalahan yang sama. Dalam mengharungi kerjaya saya, saya dapat melihat serta mendengar pelbagai keluhan dan ragam dari mereka yang datang untuk mengikuti kelas latihan ataupun sesi rundingcara. Ada diantaranya berkaitan dengan maaf.





Seorang wanita datang mengikuti kelas latihan meditasi islam kerana begitu tertekan dengan sikap ibu mertuanya yang sering mencari kesalahan dan mempergunakannya tetapi jika ibu mertuanya inginkan sesuatu darinya beliau akan mengakui kesalahannya dan memohon maaf atas alasan beliau sendiri tidak memahami mengapa beliau bersikap demikian. Wanita ini seorang yang berhati lembut dan memaafkan dan kemudian mengikut keinginan ibu mertuanya. Setelah berhasil mendapat apa yang diinginkan ibu mertuanya akan balik kepada peranagai sebelumnya tanpa menghargai apa yang telah dilakukan oleh wanita berkenaan.





Kisah sebegini bukan hanya tertakluk kepada ibu mertua dan menantu sahaja tetapi ia juga kadang-kadang merangkumi kawan-kawan, suami isteri, saudara mara bahkan ibubapa sendiri. Tidak dinafikan keadaan ini akan membuatkan seseorang itu kecewa dan tertekan apatah lagi orang yang berperangai sebegitu adalah orang yang rapat dan orang yang kita sayangi. Keadaan ini juga sering membuatkan seseorang itu mencari jalan untuk cuba menyedarkan mereka tentang kesilapan dan perangai mereka. Namun apa yang terjadi semakin banyak jalan penyelesaian yang difikirkan semakin terbeban seseorang itu dengan sikap mereka. Ianya berkait rapat dengan teori fikiran yang menyatakan bahawa kita adalah apa yang kita fikir.





Seringkali ianya tidak mendatangkan hasil kerana jalan keluar yang difikirkan itu disaluti dengan emosi negatif samada ianya berupa dendam atau satu kepuasan melihat kejatuhan seseorang. Seperti yang telah dinyatakan dalam artikel-artikel yang lepas, emosi negatif akan melemahkan sumber kekuatan seseorang itu serta mengganggu sistem saraf dan akhirnya menjemput pelbagai penyakit ke tubuh. Semakin banyak jalan keluar difikirkan maka semakin banyak pula terkumpul emosi negatif yang bersarang di fikiran. Keadaan ini bertambah buruk apabila seseorang itu berhadapan dengan mereka yang sering berperangai memohon maaf dan kemudian melakukan kesalahan yang sama apatah lagi jika orang tersebut tidak mampu dielak umpama seorang isteri yang mempunyai seorang suami yang mempunyai perangai sedemikian.





Saya pernah memberitahu kepada seorang lelaki yang berhadapan dengan situasi ini satu cara yang yang bagi saya mampu untuk menhilangkan tekanan bahkan menjadi ubat kepada penyakit ini. Apa yang perlu beliau lakukan ialah memberi kemaafan kepada orang bersikap demikian sebelum mereka memohon maaf. Ini kerana kemaafan yang mereka pohon palsu dan harganya murah justeru itu selesai mendapat apa yang diinginkan mereka akan menyakitkan hati kembali. Unsur paling penting dalam memberi nilai yang tinggi terhadap harga satu kemaafan ialah ianya perlu dilakukan dengan hati tulus ikhlas semata-mata untuk mendapat rahmat Allah swt tanpa mempunyai rasa emosi atau dendam.





Perlu diingat setiap apa yang kita lakukan kerana Allah swt adalah satu ibadah dan setiap kebaikan yang dilakukan akan mendapat ganjaran sepuluh kebajikan. Kebajikan ini adalah getaran tenaga murni yang membantu kita dalam banyak hal untuk mengharungi kehidupan di dunia ini. Semakin banyak kebaikan yang kita lakukan kerana Allah swt maka makin banyak kebajikan yang kita perolehi. Kebajikan yang terkumpul ini akan menjadi ubat terhadap pelbagai masalah yang kita hadapi. Kata lelaki berkenaan, susah baginya untuk memaafkan orang yang selama ini kerap menyakitkan hatinya dan memohon maaf palsu.





Memang benar agak payah untuk memaafkan seseorang yang melakukan sesuatu yang menyakitkan kita. Tetapi ianya perlu dilatih dan dijadikan habit untuk memaafkan seseorang. Saya sendiri sebelum berada dalam keaadan sekang telah melalui pelbagai ranjau dan duri. Justeru itu saya amat memahami situasi sukar untuk memberi kemaafan. Perlu juga diingat tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Namun apabila kita melakukan sesuatu itu kerana Allah swt, insya Allah kita akan berjaya. Oleh itu berilah kemaafan kerana Allah swt. Lebih kurang dua bulan kemudian saya menerima sms dari lelaki berkenaan yang katanya orang tersebut kini telah insaf kerana satu insiden dan kini mereka telah menjadi begitu rapat.





Setiap apa yang kita lakukan tertakluk kepada hukum karma, janganlah difikir bagaimana untuk menyedarkan seseorang hanya untuk meluahkan kemarahan yang terpendam, ianya tidak akan berjaya. Sesungguhnya balasan dan pengajaran dari Allah swt amat setimpal kerana Allah itu Maha Adil. Belajarlah memberi kemaafan sebelum diminta serta berilah kemaafan yang mahal harganya yakni kemaafan dengan hati yang ikhlas dan mengharapakan rahmat Allah semata. Insya Allah kemaafan yang anda beri itu akan menjadi ubat kepada kekeruhan yang ada dan berterika kasihlah kepada Allah swt atas setiap apa yang anda perolehi kerana tanpa izinnya tiada satupun akan terjadi.

Ketenangan sebenarnya

Manusia selalu ditimpa masalah
Pengajaran drp masalah yang hadapi ialah
Dengan membaca Al_quran, membaca terjemahan
Memahami dan cuba mengamalkan
Meletakkan diri kita di dalam setiap terjemahan
dan kefahaman ayat-ayat Allah
Insyallah dengan izinya kita
Akan menjumpai jalan keluar yang terbaik
Terima kasih Ya Allah
Di sebalik kehilangan
Aku mendapat nikmat Al-Quran
Walaupun dari segi tajwid mungkin masih terbalik-balik
Tapi hati aku yakin dengan ujian dan ketentuan MU
Berbanding beberapa tahun dulu
Skrg aku rasa rugi kerana membazirkan tahun-tahun lepas aku
Tapi Ya Alllah,
Aku memohon kepada engkau semoga tiada ujian
Yang tidak mampu aku menghadapainya YA Allah
Hanya kepada engkau tempat aku bergantung

SPONTAN

Aku rasa aku dibesarkan dengan suasana spontan
seperti coretan Ustaz Zaharuddin
Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa

Aku berterima kasih kepada ibu dan bapa
yang melahirkan aku kedua ini
mereka tak bersalah
mereka berada pada zaman itu
mereka tak tahu membaca
mereka mendidik hanya berdasarkan pengalaman
samada diperhatian atau asuahan yang mereka terima
tapi kita
generasi yang tahu membaca
tak kan kita nak buat benda yang sama

kalau mereka boleh mendidik aku
untuk menjadi lebih baik

Tapi aku cuma nak kongsi pengalaman
setiap herdik
menjadikan aku takut
aku sangat takut dengan mak dan bapak
aku jadi suka menyimpan perasaan
yang aku rasa memang merosak diri aku
tapi aku tahu itulah cara terbaik
yang mereka berika pada ku
kini
aku mcma suka atau sedih
melihat anak-anak di luar sana
walapun aku tiada pengalaman
mungkin orang kata baik jangan berkata-kata
tapi aku ada mata untuk memerhatikan
aku akui
ada anak-anak sedara aku yang dibesarkan secara semulajadi
setiap tahun umur anak akan meningkat
tapi solat tak dikesahkan
walaupun mak dan bapaknya solat
tapi anak-anak dibiarkan
ada situasi yang menyedihkan apabila mak dan bapak
juga tak solat
apakah generasi akan datang yang akan ada di tanahairku

dulu aku selalu fikir generasi
dulu tak pakai tudung
tapi aku melihat mereka kuat
dapat dilihat kekuatan mereka
setelah aku memerhatikan
atuk dan nenek aku
suka tunaikan solat sunat
selain solat wajib
dan setalah aku membaca
buku pengalaman prof sidek
dan prof kamil
baru aku tahu
yang mak dan bapak
mereka pun selalu menunaikan
solat terutama solat malam
inilah kekuatan mereka
tapi generasi aku skrg
banyak tak solat

Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa

Tolong Fikirkan Wahai Ibubapa
www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin*
Editor:lailatulema




Minggu lalu, ketika menjamah makanan makan malam di sebuah restoran semasa dalam perjalanan ke airport, rakan-rakan yang bersama menghantar saya berbicara berkenaan pelbagai isu. Hj Rosman kemudian menzahirkan kebimbangan beliau berkenaan kes jenayah yang wujud di Malaysia. Kes-kes sedemikian agak kurang berlaku di Bahrain.

Natijah dari kebimbangan tersebut, beliau bertanya

"pada pandangan ustaz, macam mana cara untuk selesaikan masalah ini"

Saya berfikir sejenak, sudah tentulah jawapan paling mudah bagi seorang ustaz adalah berkata

"kita kena kembali kepada Islam"

Tetapi disebabkan jawapan itu terlalu umum, maka saya mengambil keputusan untuk tidak memberikan idea itu.

"Ia perlukan penyelesaian secara kolektif, semua pihak perlu ada kesedaran untuk merubah keadaan" demikian jawapan permulaan saya.

"Namun yang paling utama perlu berperanan, adalah ibu bapa atau keluarga"

Saya mengulang kembali ingatan sedih dan pedih kita kepada kes Al-Marhumah Nurin Jazlin yang dibunuh kejam dan masih gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa Malaysia sehingga kini.

"Bukankah Nurin dibunuh oleh seorang manusia?, sudah tentunya manusia ini dilahirkan ke dunia oleh seorang ibu dan pastinya dia punyai bapa dan keluarga"

"Namun apakah yang menjadikannya sebegitu kejam?" saya menrang sambil mengajak berfikir.

Memang benar, pelbagai faktor menyumbang, namun bagi saya ia bermula dari hasil didikan pertama ibubapa, sesuai dengan apa yang disabdakan oleh nabi s.a.w

"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya? (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Sudah tentu juga ibubapa yang berperanan untuk mencorakkan seorang bayi sehingga menjadi seorang Muslim, mukmin yang bertaqwa.

Kita tidak nafikan faktor persekitaran yang sentiasa menghurungi anak-anak kita khususnya di sekolah, melalui internet, rakan-rakan, games, TV dan lainnya.

JANGAN DIDIK ANAK SECARA SPONTAN

Namun tidak boleh dinafikan, ibubapa mempunyai saham terbesar. Anak-anak adalah satu tugas terbesar buat ibubapa yang sering diabaikan. Sedangkan mereka semua adalah suatu aset dan ‘pelaburan' terpenting. Namun amat kerap mereka menjadi mangsa kurang teliti, kurang perhatian dan tiada perancangan jitu oleh sang ibubapa.

Akhirnya, sebuah aset yang ditangani secara lebih kurang akan menghasilkan hasil yang bukan lebih kurang juga, tetapi hasil lebih buruk malah membawa padah.

Memang benar, kegagalan merancang pendidikan anak-anak adalah sebuah kegagalan masa depan.

Ramai yang merasakan, pendidikan anak-anak boleh dibuat secara spontan, bergantung kepada hari dan masa. Dalam kata lain, bergantung kepada keadaan.

Hakikatnya, anak tidak boleh dididik secara spontan, ia memerlukan satu pelan perancangan khas untuk menjadikan lebih mudah dibentuk. Mendidik mereka seperti mengendalikan sebuah syarikat awam yang sentiasa memerlukan plan induk, teknik khas, contingency plan dan monitoring system.

Kerana itu kita perlukan seorang Chief Operating Officer (COO) untuk anak-anak. Menurut teori ideal Islam, COO yang paling ideal bagi pendidikan anak-anak adalah seorang IBU. Bapa bertindak sebagai Chief Executive Officer (CEO) yang mana, ruang lingkup tugasan, peranan dan tanggungjawabnya lebih besar dan menyeluruh.

"Namun apabila hari ini kedua-dua ibubapa sibuk mencari nafkah, aset di rumah terabai dek kerana pendapatan RM 2,000 (purata) atau RM 5,000 sebulan si ibu". Anak-anak diswastakan kepada nursery yang kurang pengalaman. Kurang penghayatan, kurang sensitiviti dan seumpamanya.

Kita boleh menghantar mereka ke pelbagai jenis kursus dan kem untuk menyuntik sesuatu, namun pokok pangkalnya tetap di atas bahu kita selaku ibubapa. Kalaupun anak telah berubah hasil tarbiyah di dalam kursus, mereka akan tetap melupakan nilai baik tersebut jika ibu bapa masih di takuk lama.

WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahawa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.





*Ustaz Zaharuddin aktif menulis di blog beliau, http://www.zaharuddin.net/component/option,com_mamboezine/Itemid,86/
Sura 2 - Al-Baqara (MADINA) : Verse 153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

Sura 3 - Al-E-Imran (MADINA) : Verse 134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.

Bestnya orang ada cita-cita

Aku adalah kanak-kanak kampung
Yang tak tahu tentang kehidupan di luar sana
Aku melalui kehidupan seperti kanak-kanak lain
aku tak ada cita-cita aku tak ada matlamat
aku gi sekolah seperti menjadi rutin
tak terfikir nak dapat nombor berapa
dapat berapa A
aku hanya mengikut arus samada ke barat atau ke timur
dengan situasi yang tak belajar aku dapat 2A dalam
spt kanak-kanak kampung lain aku tak kesah kalau ada kawan dapat 5A
aku tak ada perasaan apa2 pun
aku di cabar oleh sepupu
dia kata kalau tak belajar boleh dapat 2A
cuma kalau betul belajar
naik sekolah menengah aku pun belajar lah
tak sangka pulak aku boleh aje belajar dengan baik
aku masih mengikut arus
walaupun 5A dalam PMR aku pun masih tak faham lagi
orang suruh mintak sekolah teknik
aku pun mintak
dapat teknik JB
lepas SPM aku pun masih tak tahu kenapa aku nak belajar
tapi aku cita-cita nak masuk universiti
antara yakin dan tidak
aku pun memohon UTM
aku tak faham kursus apa aku nak isi
aku isi ajelah
tiba-tiba kak aku balik
hujung minggu itu
abis semua kursus aku berubah
apalah kursus komputer ini
aku tak tahu
kemudian aku pun masuk UTM
aku pun ikut arus...
tak adalah cita2 nak gi oversea
lepas UTM aku kerja di beberapa kolej swasta
lepas tu aku masuk UTM balik
tiba-tiba ketua jabatan suruh isi borang biasiswa
ke luar negara
aku pun isi
dengan izin Allah
aku pun dapat
aku tahu apa yang aku minat aku pun mohon
walaupun aku tahu tempat tu tak ada melayu
aku gi gak sbb kursus yang ditawarkan macam menarik
aku tak kaji pun negara mana aku gi berapa jarak dr msi
aku gi dengan kepala kosong
sampai sana berdasarkan no telefon yang kwn aku
bagi aku pun call brother tu
dia bukan orang Msia tapi orang Africa
tapi banyak menolong pelajar muslim
saat aku kesunyian aku call family ini
esoknya pasti depa muncul di depan asrama aku
mlm tu juga aku mabik kunci kat security guard
dan masuk bilik dan tido
sebab aku keletihan
keesokan
baru aku rasa takut
alamak aku seorang2 kat negara asing ini
tapi ini jalan yang aku pilih
aku kena teruskan
keseorangan aku nak gi ke lab
keseorangan aku nak gi ke library
keseorangan aku nak gi ke belanja
so kehidupan aku banyak seorang2
keesokan tu aku carilah department aku
dan carilah cordinator
tapi rupanya taklimat dibatalkan
lepas tu aku mcm malas nak oversea lagi
gi seorang2 dan sejuk mcm tak best aje
mula utk PhD aku nak sambung kat UKM
sebenarnya semua proses cuti belajar
dan settle utk ke UKM
just daftar aje
sebab UKM ini tawarkan ikut semeter
jadi aku tak boleh ikut suka hati aje lah
mcm universiti lain
ada lagi orang cabar aku yang aku mesti tak boleh
lepas english utk gi oversea
aku rasa aku ini orang pantang di cabar ke
tak semua cabaran aku terima
tengok orangnya yang memberi cabaran
keesokan harinya aku jumpa dekan
mintak tukar nak gi oversea
dekan pun suka
aku pun mula mencari universiti
untuk sambung belajar
last2 hanya 1 professor
yang balas e-mail aku
aku tak ada pilihan
so datanglah sini
selepas aku tahu area dan kwsannya
sebab aku dah biasa lepak kat sini
sebab masa aku buat master
kawan aku buat phd kat sini
so oklah..aku pun gilah

inilah kehidupan aku yang tak ada matlamat hanya mengikut arus

Jangan tanya bila aku nak DS52.53 ke Professor...ianya rezeki Allah
Aku hanya mampu buat kerja aku sahaja
di kala aku dapat anugerah khidmat cemerlang
ada orang kata sebab kawan aku jadi ketua jabatan
diorg tak tahu ketua jabatan sebelum itu
minta maaf kat aku sebab tak dapat nak bagi
khidmat cemerlang
sebab ada orang potong queue
aku tak kesah
aku hanya buat kerja yang mampu aku buatlah
lagipun aku tak banyak
tanggung jawab
so banyaklah masa aku boleh digunakan
untuk berkerja
harap kerja aku kerana Allah
Rezeki di tangan Allah
bukan di tangan aku
aku hanya mampu berusaha

Cara untuk menangani stress

http://pakarhowto.com/cara-bagaimana/10-cara-menangani-stress.html#more-1364

Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.

Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..

Istiqamah

http://www.utusan.com.my/
BICARA AGAMA

ARKIB : 18/01/2010
Istiqamah dalam menghambakan diri diridambaan

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN



MEMPERKASA segala aspek berkaitan penguasaan al-Quran tidak ada ruginya. - Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------



ADAKALANYA fikiran kita rasa berserabut, perasaan kita rasa tidak menentu. Apa yang kita buat rasa tidak kena. Solat dan ibadah tidak dapat dirasa kemanisannya. Seolah-olah ada sesuatu yang perlu kita dapatkan untuk menenangkan fikiran dan hati kita yang berkecamuk.

Lihat sahajalah apa yang berlaku di sekeliling kita, pembunuhan di sana-sini. Pelacuran yang berleluasa. Anak-anak yang derhaka kepada kedua ibu bapa, remaja-remaja yang terjebak dan hanyut dalam gejala sosial, pembuangan bayi yang tidak berdosa menjadi-jadi.

Kehormatan umat Islam dipersendakan dan bermacam-macam lagi. Semuanya menyayat hati dan perasaan kita. Itu tidak termasuk tekanan kerja dan pengajian yang terpaksa kita harungi setiap hari.

Jalan meraih ketenangan

Sesungguhnya Islam itu agama yang sempurna. Ia kaya dengan pelbagai perbendaharaan dan khazanahnya yang indah dan seni. Oleh kerana itu, kita melihat agama Islam itu sentiasa dicemburui dan cuba dinodai kesucian dan ketinggiannya oleh musuh-musuh Islam.

Cuma, kita yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan segala keistimewaan Islam kerana kita sendiri tidak cukup mengenal agama yang kita warisi.

Menjadikan al-Quran sebagai wirid

Islam menyarankan beberapa perkara yang baik untuk kita lakukan ketika berhadapan dengan situasi sebegini. Antaranya, kita digalakkan membaca al-Quran dan menjadikannya sebagai wirid.

Hendaklah kita bertafakur tentang kandungan ayat-ayatnya dan mendalami mutiara-mutiara maknanya untuk mengeluarkan daripada perbendaharaan dan permatanya sesuatu yang akan melapangkan dada. Menambahkan lagi keyakinan dalam beragama dan menghadirkan kebesaran pemiliknya iaitu Allah SWT. Di samping itu, janganlah kita mengabaikan adab-adabnya.

Ulama berkata: "Sekiranya kamu melayarkan kapal di dalam lautan ini, kamu akan memperolehi kejayaan dan kerehatan (ketenangan) dalam pelayaran tersebut. Akan datang kepadamu angin kegembiraan dari wangiannya yang suci, dan bauannya yang semerbak bernilai dan mengadap kepadamu kelembutan inayah dengan kesempurnaan pilihan yang disertai dengan ri'ayah pembelaan Allah. Kamu akan ketahui perkara yang belum pernah kamu ketahui dan memahami perkara yang belum pernah kamu fahami.

"Maka terhasillah bagimu segala cita-cita dan tercapailah segala keinginan dan kegembiraan. Maka selepas itu berusahalah mengulang-ulang membacanya dan tenggelam di dalam lautan rahsianya. Berwaspadalah daripada meringan-ringankannya dan tergopoh-gapah ketika membacanya."

Menyelami kitab-kitab ahli hikmah

Para ulama juga menyarankan kita menjadikan bacaan kitab-kitab tasauf sebagai wirid. Hendaklah kita perkemaskan renangan kita di dalamnya. Jadikan ia sebagai sahabat dan teman bermesra pada waktu pagi dan petang, dan pegangan dalam semua keadaan.

Taklifkan diri kita beramal dengan isi kandungannya dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegahnya. Insya-Allah, hati kita akan menjadi lembut dan berasa lebih tenang menghadapi apa jua keadaan.

Justeru, pada minggu ini kita tinggalkan dahulu tajuk tauhid yang sedang kita bicarakan dan kami ingin membawa saudara merenung satu lagi kalam hikmah yang dipersembahkan oleh Sheikh Ibnu Atoillah al-Sakandari r.a tentang istiqamah dalam perhambaan.

Istiqamah dalam perhambaan

Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Namun kita tidak sepatutnya dikalahkan oleh kesalahan yang kita lakukan hingga bersikap pesimis dan berprasangka buruk dengan Tuhan. Kita seharusnya ingat bahawa setiap kejadian Allah itu ada hikmahnya.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a membongkar satu lagi hikmah Allah dalam kalam hikmahnya yang indah yang berbunyi: "Apabila kamu terlanjur melakukan suatu dosa, maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama Tuhanmu, kerana kadang kala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu".

Kita tidak seharusnya merasa putus asa daripada beristiqamah bersama Allah apabila terlanjur melakukan dosa. Dengan bersikap sedemikian, hanya akan menjadikan dosa kita lebih besar.

Istiqamah bermaksud sama keadaan dalam ubudiah terhadap Tuhan. Dosa tidak menyekat seseorang hamba itu daripada terus istiqamah dalam perhambaannya kerana seseorang hamba itu tidak dapat lari daripada takdir yang telah ditulis baginya.

Cuma, perkara yang menghalang seseorang daripada istiqamah ialah jika dia berterusan melakukan dosa tersebut. Malah bertekad untuk mengulanginya. Menginsafi hakikat ini, maka wajiblah hamba tersebut segera bertaubat kerana berkemungkinan ia adalah dosa terakhir yang ditakdirkan baginya.

Kadang kala kesalahan itu juga merupakan suatu rahmat dan peringatan buat kita yang sedang lalai atau leka. Apabila kita terjatuh, maka kita akan lebih berusaha untuk bangun dan maju ke hadapan. Setelah itu, kita dapati ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan bagi kita.

Perhatikan, telah berapa banyak perkara sebegini terjadi kepada orang yang pernah melakukan dosa besar. Sebelumnya mereka adalah seorang pencuri, tetapi kemudian menjadi orang yang mulia. Di antara mereka ialah tokoh sufi yang terkenal, Ibrahim ibnu Adham.

Beliau bertaubat setelah mendengar suatu bisikan ketika sedang berburu. Setelah itu beliau sering berdoa dengan doanya: "Ya Allah! Pindahkanlah aku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan ketaatan."

Begitu juga Fudhail ibnu 'Iyadh r.a yang asalnya seorang penyamun. Sebelum bertaubat, dia begitu berminat dengan seorang jariah. Pada suatu hari, ketika memanjat dinding rumah jariah itu, dia mendengar suara orang yang sedang mengalunkan ayat 16 surah al-Hadid: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq-derhaka.

Selepas mendengar ayat itu datang keinsafan di dalam hatinya sehingga hari ini kita mengenalinya sebagai seorang ahli sufi yang terkenal. Justeru, jadikanlah mereka sebagai model yang boleh membuka minda dan hati kita untuk bersangka baik dengan Allah.

Banyak ayat dan hadis yang mengingatkan kita tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah. Di antaranya, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Zumar: 53)

Allah SWT juga berfirman : Dan tiada sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat. (al-Hijr: 56). Dalam surah Yusuf, ayat 87, Allah SWT juga berfirman: Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir.

Sabda Rasulullah SAW: "Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat daripada dosanya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi mereka yang sentiasa mensucikan dirinya".

Maka marilah kita, sebagai hamba-hamba-Nya yang banyak melakukan kesalahan berazam tidak sekali-kali berputus asa daripada berusaha dan kekal beristiqamah pada jalan 'ubudiah walau betapa perit dirasakan melalui jalan yang satu ini.

Suami

Suami

Pengorbanan yang besar
Yang telah beliau lakukan
Berhenti kerja dan ikut aku belajar di sini
Jauh di benak fikiran si suami
Apa yang si suami nak buat bila Msia nanti
Kerja apakah yang sesuai
Pengorbanan ini bukan sesuatu yang sia-sia
Pasti ada hikmah yang besar
Akan aku ingat
Aku pulak janganlah berkira
Sangat di atas pengorbananya
Menjadi kawan sejati
Hanya teman dan kawan yang memahami
Di kala orang bertiga
Kami masih berdua
Tapi suami melihat di dunia luar
Banyak lagi yang masih keseorangan
Masyarakat pulak
Kalau jumpa, terus tanya kerja apa
Pertapa materistik
Masyarakat aku
Duit gaji aku
Kan ada boleh digunakan
Untuk menyara hidup kami berdua
Tapi sabar ke aku ????
Aku ini jenis suka mengungkit
Ya Allah, engkau yang menciptakan
Aku drp tiada kepada ada,
jauhkan aku
Dari rasa-rasa riak, sombong, tamak dan sikap suka mengungkit
Sedekah yang paling baik
Ialah kepada keluarga
Kerana ianya pahala sedekah dan Mengerat silaturahim
Ya Allah
Engaku permudahkanlah
Segala urusan kami
Pengorbanan seorang suami
Yang akan aku ingat sampai bila-bila
Berkorban bersama aku di kala senang dan susah
Tahun ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10
Kenapa aku nak melihat orang lain
Aku kena lihat dan renung pengorbanan suami yang tidak terkira
Duduk di bilik yang sejuk
Sedangkan aku selesa di universiti
Keseorangan di rumah
Sedangkan aku dikelilingi oleh kawan-kawan di universiti
Kehilangan pekerjaan tetap yang telah dilakukan selama lebih kurang 25 tahun
Untuk berkorban dengan aku selama 3 tahun
Hanya untuk mendapat sekeping sijil
Tapi aku melihat bukan hanya sekeping sijil
Tapi sekeping hati
Yang terbina
Cinta yang semakin mendalam antara kami
Menyelesaikan segala masalah kami selama ini
Tiada doktor, tiada kauselor
Yang dapat membantu masalah kami
Tapi setelah aku kenal Allah
Aku percaya dengan ketentuanNya
Rukun Iman ke-enam
Qada dan Qadar
Kini aku bahagia dan tenang dengan hidup aku
Ya Allah
Engkau rahmatilah perkahwinan kami
Kau menjadikan kami drp tiada kepada ada
Sesuatu yang susah bagi kami
Adalah mudah bagi engkau
Engkau kurniakan
Kami anak
Untuk pewaris di masa akan datang
Kawan di kala sunyi
Tapi engkau maha mengetahui kenapa
Mengapa dan sebab
Dlm quran Telah dinyatakan
Sebahagian kami kurniakan anak perempuan
Sebahagian kami kurniakan anak lelaki
Dan sebahagian ada yang mandul
Aku redha dengan ketentuanMu
Tapi Ya Allah
Engkau mudahkan kehidupan kami di dunia dan akhirat
Jangan sampai kami menyusahkan orang lain
Ambillah nyawa kami semasa kami sihat Ya Allah dan mudahkan
Aku hanya merayu dan berdoakan
Kepada mu Ya Allah
Berikan kami rezeki dan masa
Untuk menunaikan ibadat haji
Ya Allah
Berikan kami kebahagian di dunia dan akhirat

Rujukan:
Sura 42 - Ash-Shura (MAKKA) : Verse 49
Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya.


Sura 42 - Ash-Shura (MAKKA) : Verse 50
Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: Mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Kenangan

Kenangan

Kenangan itu pasti mengusik jiwa
Samada sedih, gembira atau dendam
Inilah sikap dan perasaan manusia
Tapi Allah masih sayang akan HambaNya

Masih memberikan nikmat dunia
Dengan Takdir Allah
Allah uji dan pisahkan kami
Kini aku bahagia aku dan melepaskan semuanya kerana Allah

Terima kasih Allah
Kehidupan yang ditentukan Allah amat cantik
Hanya apabila kita memikirkan dan merenungkan
Semoga Allah meredhai segala-gala

Hanya aku mampu memohon ampun dan taubat kepadaNya
Kini aku redha dan terima ketentuan Allah
Sukar ke senang
Hanya pengalaman yang mengajar segala-gala

Mungkin bahagia, mungkin lapang, mungkin sedih
Hanya ketentuanNya
Tapi aku tenang skrg sebab sejarah lama telah aku lipat dalam
Lipatan sejarah yang tak mungkin aku ulangi lagi
Yang aku guna untuk sentiasa mengenang kelemahan dirinya

Ya Allah,
Engkaulah yang maha pengampun
Ampun kan semua dosa-dosa aku yang lalu
Samada ada dosa-dosa besar atau kecil
Aku hanya memohon dan merayu kepadaMu

Terima kasih Ya Allah
Atas penghijrahan kali ini,
Hijrah ke UK kali ini
Sungguh bermakna buat diri ini…

Penghijrahan yang membuat aku kenal
Siapa Allah aku
Siapa diri ini
Dan kerana penghijrahan ini,
Aku terlepas memberikan penghormatan terakhir
Buat insan yang telah melahirkan aku ke dunia
Tanpa beliau siapakah aku

Tapi kehilangan ini memberikan
Aku semangat untuk memuhasabah diri
Mengkaji kelemahan diri ini
Cuba membaiki diri ini
Ya Allah, engkau berikan peluang kepada aku,
Hamba yang lemah ini

Manusia dicipta dengan 2 tujuan
Menjadi Hamba
Atau Khalifah
Biarlah aku menjadi hamba yang taat kepada Allah

Poskod untuk rujukan di masa akan datang

Mcm lah rajin nak jalan...in case nak jalan..senang nak cari

Day 2 Day Cash and Carry
86 Preston Street
Bradford, BD7 1JF

Dadibhais (Bradford) Ltd,
19-37 Joseph Street
Bradford
BD3 9HR

York designer outlet
St Nicholas Avenue
Fulford, York
YO19 4TA

Junction 32
Tomahwalk Trail
Glasshoughton
Castleford
WF10 4FR

SaLJI tEBAL

Skrg ini tengah musim salji yang sangat tebal, dianggarkan melebihi 20cm.