Aku rasa
apa yang aku alami sebelum ini
dan sekarang ini dan selepas ini
adalah ujian Allah kepada HambaNya
Walaupun sesukar mana pun
Allah yang mengetahui
Jadinya jalan keluarnya
Dengan cuba merapatkan diri dengan Allah
Walaupun bukan mudah
terutamanya orang yang macam aku ini
Kejap naik kejap turun
Kejap yakin kejap tak yakin langsung
Kejap rajin kejap malas
Mengadu kat orang pun
Mudah menjadi fitnah
Jadilah mengadu kat Allah
Tapi payah kan
Kalau senang
Memang semua orang akan dapat hidayah Allah
Kenapa aku rasa susah
Sebab mengadu kat org terus dapat maklum balas
walaupun positif atau negatif
Tapi kalau mengadu kat Allah
Allah berikan maklum balas
dalam keadaan yang kita tak sedar
Allah ini memang maha kuasa
Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang sedikit
No comments:
Post a Comment