Berserah dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Berdoalah setiap masa untuk mendapat zuriat yang cemerlang: Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba, inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami.Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 'Qul', dan ayat 'Qursi' kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
Pembentukkan otak yang sempurna bermula dari 4 bulan kandungan. Mutu
makanan adalah sangat penting. Protin adalah bahan asas untuk pembentukkan otak. Sumber-sumber protin terbaik ialah ikan, susu, makanan dari kacang soya seperti tauhu, tempe dan lain-lain, ayam , daging dan lain-lain. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Mulai tujuh bulan kandungan makan minyak ikan atau telur ikan yang dipercayai mengandungi DHA satu bahan penting untuk fungsi otak. Tingkatkan makan kaya dengan omega oil seperti sardin dan salmon.
Rangsangan
1. Sentuh bayi setiap malam sebelum tidur. Mulai tujuh bulan kandungan bayi boleh mendengar.
2. Bacakan Al-Quran selama 10-15 minit dan mainkan soft music untuk mencetuskan stimulasi intelek dan meningkatkan ko-ordinasi otak.
3.Sentuhan adalah rangsangan yang amat kuat dan menimbulkan mother and child bonding yang kuat dari kecil. IA akan meningkatkan IQ anak dan perasaan self esteem atau jati-diri.Memilih tarikh lahir bayi
Setengah pasangan ingin anaknya lahir pada bulan atau tarikh tertentu. Ini mungkin boleh dicapai jika kita faham tentang beberapa fakta penting tentang kesuburan isteri. Mengikut ilmu perubatan umur kandungan ialah 9 bulan 7 hari atau 40 minggu , jika dikira dari hari pertama haid terakhir sebelum hamil. Ini pun bergantung pada pusingan haid yang teratur iaitu 28-30 hari sekali.
Misalnya jika kita hendak anak kita lahir pada bulan Disember, percantuman benih perlu berlaku pada bulan Mac. Peluang untuk isteri hamil jika bersetubuh pada waktu subur ialah lebih kurang 20-30 % sahaja. Pasangan berkenaan perlu mencuba sejak bulan January dan February. Waktu subur perempuan yang haidnya teratur ialah antara hari 13,14,15 dikira dari hari pertama mula haid.
Kita hanya boleh merancang dan mencuba, tetapi Allah s.w.t. yang akan menentukan segalanya.
http://www.hamidarshat.com/kehamilan-informasi-215/47-kehamilan.html
No comments:
Post a Comment