Sejarah dan hukum Valentine Day bagi yang MUSLIM

Sejarah dan hukum Valentine Day bagi yang MUSLIM

Assalamualaikum wbth dan selamat sejahtera....

Tarikh
14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan
yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentineýs Day atau
Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk
mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka
pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian
yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar
hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan
ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah
adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk
membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban
tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari
menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun
keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah
hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan
dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila
kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita
akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

*
Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno
sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia
merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18
Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom
kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom
memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu
dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya
akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama
gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang
akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15
Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan
serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan
kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap
paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka
lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan
perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka
berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan
kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima
pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan
kesuburan mereka.

* Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian
paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius
II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi
pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang
menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para
mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai
seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran
tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St.
Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan
agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu
tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini
telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine
diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan
yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian
sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap
agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh
penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan
juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan
anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum
dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis
tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka
orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan
hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St.
Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota
tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika
berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah
berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari
berkahwin.Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan
beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda
Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui
oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan
dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

* Pendapat ketiga. Ia
dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St.
Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha
menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau
itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari
1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada
hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama
yang zalim.

* Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini
bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh
pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di
sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari
Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi
umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana
yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh
generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana
disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan
Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap
umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan
jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam
urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada
agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan
yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW
pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya.
Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah.
Lalu baginda bersabda: ýSesungguhnya Allah telah menggantikan
kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu
hari raya Aidiladha dan Aidilfitriý. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh
itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari
perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat
Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik
bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam
kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah,
Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang
mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan
hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam.
Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada
perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari
Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang
bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti
mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda:
ýBarang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan merekaý.
(riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum
menyambut Hari Valentine, Sheikh al-ýUtsaimin berkata: ýMaka bila dalam
merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali
St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan
jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang
lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besarý.

Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71
yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: ýBahawa
amalan merayakan Valentineýs Day tidak pernah dianjurkan oleh Islamý.

Harus
kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha
menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka
jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.Firman-Nya:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau
suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka
(yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): ýSesungguhnya
petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah:
120)

Sekian, wassalam.
Dipetik daripada http://ustazahcyber.blogspot.com

No comments: