Hormon dan Haid

Hormon dan Haid

Hormon kejelitaan wanita

Sewaktu proses berlakunya haid terjadi penghasilah hormon yang sangat penting. Hormon ini ialah hormon utama yang menentukan pembentukan seks atau jantina seorang individu yakni hormon estrogen. Estrogen merupakan satu-satunya hormon yang penting dan berkuasa. Sekiranya ia tinggi di dalam badan seorang manusia maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Estrogen melahirkan sifat kewanitaan terserlah serta berpunca untuk membentuk tubuh badan wanita tumbuh buah dada dan datang haid setiap bulan. Dikatakan apabila wanita ketandusan hormon ini maka dia kesan awet muda pun mulai nampak dan kekedutan dan kekeringan mula kelihatan di permukaan kulit terutama muka. Ia disitilahkan sebagai “The fountain of youth”.

Jenis-jenis estrogen serta peranan mereka

Estrogen terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Estradiol atau 17 beta estradiol. Ia dihasilkan di bahagian ovari dan wujud dengan banyak dalam tubuh wanita sebelum wanita itu putus haid. Ia merupakan hormon seks wanita yang utama yang menentukan ciri-ciri seorang wanita. Pembentukan buah dada, pertumbuhan bulu di ketiak dan ari-ari ditentukan oleh hormon ini. Ia juga penting untuk proses pembentukan dan menyuburkan dinding rahim untuk kehamilan.

2. Estrone atau E 1 ia merupakan estrogen yang tak sekuat estradiol. Ia dihasilkan di dalam tisu-tisu lemak. Ia wujud dengan banyak untuk wanita yang putus-haid.

3. Etsriol atau E3 merupakan sejenis estrogen yang paling lemah di antara ketiga-tiga hormon-hormon ini dan ia dihasilkan oleh hormon-hormon estradiol dan estrone.

Estrogen berjalan di dalam darah ke tisu-tisu badan di mana terletaknya reseptor-resptor estrogen. Reseptor wujud di seluruh badan, di otak faraj, buah pinggang dan lain-lain. Molekul estrogen melekat pada reseptor dan menghasilkan tindakbalas pada organ-organ di situ.

Kekurangan hormon estrogen boleh menyebabkan:
1. Kekeringan di bahagian faraj dan kesakitan sewaktu bersama dengan suami
2. Hot-flashes yakni perpeluhan dan rasa panas tanpa sebab walaupun di tempat sejuk
3. Kehilangan rasa ingin bersama
4. Kekenduran buah dada
5. Kekenduran di kulit
6. Perubahan mood dan perasaan murung
7. Oseoporosis
8. Peningkatan kolestrol di dalam darah

Estrogen adalah kunci di dalam kesuburan seorang wanita. Sewaktu mengandung ia adalah hormon utama membina tisu-tisu di dinding endometrium sewaktu fasa proileratif (Sebelum telur menetas). Untuk tujuan ini ia meregulasikan pengeluran hormon progesteron. Progesteron bertindakbalas dengan kadar pengeluaran estrogen yang sihat. Signal yang baik akan merangsang progesteron untuk keluar. Kalau progesteron gagal dirangsang maka dinding rahim gagal membentuk tisu-tisu dan limfa-limfa serta pembuluh darah yang tebal dan subur sesuai untuk kehamilan. Oleh itu apabila janin terbentuk ia gagal ditangkap dan di tanam ke dalam dinding rahim lantas luruh dalam darah haid. Jika progesetron berjaya dirangsang dengan baik ia mengambil-alih peranan membina sel-sel endometrium di fasa sekretori (selepas telur ovum menetas dari ovari ) sehinggalah ia luruh sebagai darah haid.

Mengenali haid anda.

Haid yang dialami oleh setiap individu berbeza dari seorang ke seorang. Berikut merupakan satu contoh sahaja, namun ia boleh berbeza-beza dari seorang ke seorang.

Pada kebiasaannya pada hari pertama haid tidak keluar begitu banyak, haid bertambah pada hari kedua dan ketiga. Pada hari keempat ia mula berkurangan dan pada hari kelima ia hampir kering, pada hari keenam dan ketujuh darah kering langsung dan meninggalkan mungkin kesan spotting seperti bintik-bintik coklat pada seluar dalam atau pada panty-liners. Ia nampak seperti seurat lendir yang berwarna kehitaman ke coklat kemerahan.

Lendir ini akan keluar bercampur sedikit dengan darah berwarna coklat dan ia mungkin berlarutan selama beberapa hari. Haid dianggap berhenti jika tidak ada lagi kesan darah merah yang keluar dari rahim. Purata darah yang keluar dalam jangka masa haid ialah dua hingga tiga auns (100mls). Ini sama seperti penggunaan satu hingga dua kotak tuala wanita.

Sesetengah wanita mengalami pengeluaran lendir bercampur sedikit tompok-tompok darah yang kecil untuk beberapa hari sebelum keluar haid (Premenstrual staining) manakala ada setengah pula yang mengalami darah haid ‘berekor-ekor’ (Post-menstrual staining). Kedua-dua keadaan ini dipanggil spotting dalam bahasa inggeris.

Kedua-dua keadaan tersebut mungkin menandakan bahawa samada wujudnya sejenis gangguan hormon yang tidak seimbang atau mungkin juga terdapat penyakit pada rahim. Jika seorang wanita mengalami spotting lebih panjang dari waktu haidnya yang tetap, darah itu dianggap sebagai darah istihadah dan dia boleh mengambil ghusul untuk menyucikan diri supaya dia boleh beribadah. Dia juga perlu berjumpa doktor untuk mendapat diagnosis untuk keadaannya itu.

Adakah haid saya normal?

Setiap bulan seorang wanita yang akil baligh akan keluar darah haid. Bagaimana kita akan mengetahui bahawa haid kita tidak normal?

Adalah sukar untuk mengatakan dengan tepat definisi haid yang normal. ini kerana setiap wanita mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk kitaran haidnya. Saya rasa penting untuk setiap wanita mengenali perjalanan haidnya tersendiri. Namun dari pengalaman saya, saya akan memberikan satu anggaran kasar yang boleh digunakan untuk saudari pembaca gunakan sebagai kayu pengukur untuk apakah haid yang dianggap normal. Bandingkan ciri-ciri yang tertera di bawah ini dengan haid anda dan jika ada perbezaan ada baiknya anda mendapatkan rawatan awal untuk mengembalikan ia ke keadaan yang normal.

Ciri-ciri haid yang normal ialah:

1. Darah yang keluar jelas diketahui adalah darah haid dan tidak mendatangkan was-was. Ia berwarna merah dan pekat.

Menurut nabi Muhammmad s.a.w. beliau mengatakan darah haid adalah darah yang merah dan jelas.[1] Pada tuala wanita bila ia mula keluar ia memancut-mancut dan terasa derasnya keluar dari faraj. Ia kelihatan seperti darah yang berwarna merah seperti biji saga dan apabila tinggal lama pada tuala wanita berubah warna coklat kehitaman.

2. Pada kebiasaannya purata hari darah haid akan keluar ialah selama 6-7 hari. Setiap individu mempunyai purata hari yang berbeza. Ada yang datang 3 hari ada yang datang 4 hari dan ada juga yang datang sepuluh hari. Buat panduan, sekiranya wanita itu mengalami haidnya secara tetap untuk hari-hari tersebut selama setahun maka anggaplah itu normal. Purata yang diberi adalah 6-7 hari. Jika ia dalam lingkungan 3-10 hari ia dianggap masih normal jika ini adalah rutin kitaran haidnya. Sebagai contoh jika seorang wanita mengalami haid sebanyak 3 hari sahaja, bolehlah ia dianggap darah haidnya yang keluar pada normalnya adalah 3 hari sahaja. Akan tetapi jika haidnya keluar sebanyak 5 hari tiba-tiba pada satu masa maka ini masih normal kerana ia dalam lingkungan purata yang normal. Untuk kes kedua jika haidnya selalunya adalah 10 hari dan sifatnya seperti darah haid serta makin kering pada hari kesepuluh dan tiba-tiba menjadi semakin panjang dan darahnya masih banyak, apabila melebihi sepuluh hari ini dianggap darah penyakit atau darah istihadhah. Yang penting dia mestilah mengetahui apakah kebiasaanistihadhah. yang dialaminya sewaktu pendarahan haid setiap bulan. Buat panduan, jika was-was tanyalah diri anda sama ada sifat darah itu seperti darah haid anda yang biasa dialami dan adakah ia keluar dari apa yang biasa yang anda alami serta juga adakah ia menimbulkan was-was pada anda. Jika dia merasakan darah adalah di luar dari kebiasaan yang dialaminya, maka ini petanda ia merupakan darah penyakit yakni darah

3. Kitaran haid pada puratanya ialah 28-32 hari.

Ini adalah lingkungan yang relatif pada individu. Setiap individu mempunyai lingkungan tersendiri. Jika haid lari saya menganggap 27-32 hari adalah dalam lingkungan yang normal. Adakalanya kitaran haid menjadi tidak menentu pada satu-satu masa. Ia masih boleh diterima jika kitaran haid anda tiba-tiba datang sekitar 21-45 hari pada bulan-bulan tertentu. Kitaran haid kadang-kadang datang awal dan kadang-kadang datang lewat. Saya memberi anggaran keluar dari median sebanyak 7-14 hari memandangkan emosi wanita bergolak. Jika mengalami tekanan emosi haidnya akan datang awal atau lewat. Stress menghadapi peperiksaan boleh melewatkan period atau mempercepatkannya. Tetapi jika keadaan ini berpanjangan sampai enam bulan ke atas dan hari-harinya tetap di antara 21-45 hari ini petanda haid anda sudah menjadi tidak normal dan terganggu.

4. Pada kebiasaannya sebanyak 50-60ml darah hilang setiap kali haid,

Penggunaan tuala wanita sebanyak 1-2 kotak adalah normal. Buat kebanyakkan wanita pada hari pertama hanya darah pra-haid akan keluar. Sifatnya sedikit sangat, bukan setompok, berlendir dan mungkin berwarna hitam, coklat kemerahan ataupun kuning keputihan. Ada jua yang mengatakan ia berwarna oren. Mereka boleh sembahyang tetapi perlu membersihkan dari kekotoran itu. Apabila turun darah haid yang banyak dan sifatnya merah pekat dan jelas inilah hari pertama haid anda dan anda tidak diwajibkan sembahyang. Darah yang banyak akan keluar sehingga perlu menukar pad 2-3 jam sekali, dan keadan ini berlanjutan sampai 3-4 hari. Selepas itu darah yang keluar berkurangan dan pada hanya perlu ditukar sebanyak 4-6 jam sekali sahaja. Biasanya pada hari ketujuh darah hampir kering dan pada hanya perlu ditukar sekali sehari sahaja.

5. Senggugut

Senggugut ialah rasa sakit seperti rasa 'cramp' di bahagian tulang pinggul di belakang, di bahagian bawah perut dan sekitar ari-ari dan juga di pinggang. Ada dua jenis sengugut yang dialami wanita. Yang sepatutnya dialami oleh wanita yang haidnya normal dipanggil primary dysmenorrhea. Gejala ini sering menimpa anak gadis dan wanita dalam lingkungan awal 20-an yang terutamanya belum kahwin. Ia disebabkan oleh kuncupan rahim yang kuat dan adakalanya memerlukan pengambilan ubat seperti ponstan atau synflex untuk meredakan kesakitan. Namun ada juga segelintir anak gadis yang tidak mengalami gejala senggut ini.

Kesakitan ini pada kebiasaanya akan hilang selepas berkahwin dan juga selepas beranak. Jika ia tidak hilang ia mungkin merupakan sejenis senggugut yang berjenis lain yang dipanggil secondary (symptomatic) dysmenorrhea. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan doktor kerana ia mungkin petanda keujudan penyakit yang tidak merbahaya seperti endometriosis ataupun rahim yang terbalik retroverted uterus. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan tetapi boleh membawa kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang jika dibiarkan berlarutan. Jika simtom-simtom ini dibiarkan ia boleh menyebabkan rahim akhirnya dibuang melalui pembedahan kerana keadaan yang melarat di organ peranakan itu.


http://www.hamidarshat.com/hormon-dan-haid-informasi-172.html

No comments: