Adil

Adil dari pandangan Islam ialah adil berdasarkan keperluan.

Di tanahair sibuk dengan isu kuota, pada padangan saya memang adil dan perlu di pertahankan sebab orang bumiputra memang miskin dan perlu dibantu. Dalam semua negara mengamalkan isu perlindungan kepada rakyat mereka sendiri. Di UK ini pun, syarat kemasukan universiti dilonggarkan kepada keluarga yang tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Rupanya di UK ini pun gaji untuk penduduk tempatan dan orang luar juga berbeza. Contohnya kerja sebagai 'clenear' (inilah bidang pekerjaan yang banyak di masukki oleh pelajar2 Msia di sini), gaji orang Msia adalah kebiasaan pada paras minimum, manakala orang british rupaya lebih tinggi. Perbezaan dalam sebulan hampia 50 pound..banyak tu..gaji seminggu gaji kalau guna gaji mimimum.Ini contohnya yuran di univerisiti di UK.

" Fees are lower in Wales for Welsh and other EU students, while in Scotland most undergraduate degrees are free for Scottish students and other EU students, but £1,735 a year for those from elsewhere within the UK. " taken from BBC (http://news.bbc.co.uk/1/hi/education/7892350.stm - accessed by 6 June 2009)



Oleh sebab itu sebagai rakyat peribumi Malaysia, sepatutnya kita kena pertahankan. Bukan untuk menutup daya saing orang bumiputra tapi melindungi. Bayangkan juga kuota dihapuskan, di mana rakyat peribumi sekarang??? Baru2 keluar di surat khabar 40 orang kaya Malaysia yang mewakili 40% kekayaaan Msia, bayangkan apa kekayaaan yang peribumi ada? Siapa kan orang paling kaya (dalam 40 itu hanya seorang aje orang peribumi)..Adil ke kalau kita bagi sama rata semua dengan kaum-kaum di Malasyia. Agak kalau kita mintak kekayaan 40% yang mereka memiliki tu, akan diberikan oleh mereka???. Fikir-fikir kan..

Mereka telah maju dihadapan, orang peribumi masih tak mampu memiliki universiti sendiri, mereka mempunyai 5 universiti swasta bukan berdasarkan keutungan yang ditaja oleh syarikat-syarikat mereka. Peribumi hanya mampu untuk memasuki universiti tempatan kerana yuran yang rendah. Ini pun penduduk peribumi terpaksa bersaing dengan mereka yang pandai, bijak dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi. Tapi bagi rakyat perbumi, hendak makan pun susah. Teringat zaman saya, hendak gi sekolah pun mak tak galakan, baik tolong dia menoreh. Tapi logik mereka susah. Sebab tu pada masa sekarang pun ada anak2 tak sekolah tapi menolong mak dah ayah mereka. Tapi zaman saya beruntung sebab ada kuota, saya dapat masuki universiti dengan akhir pangkat 1 dan hampir masuk pangkat 2. Tapi itulah, peluang rakyat peribumi untuk memajukan diri dan keluarga dan seterusnya masyrakat.

Jika isu ini, tidak diatasai dengan baik, pastinya orang kaya semakin kaya dan orang miskin bertambah miskin.

No comments: