Kehilangan Rakan Sekerja - Al-Fatihah

Berita kehilangan: PM Dr Mohd Noor Md Sap (Passing of a great Teacher)

Beliau telah pulang ke Rahmatullah pada jam 3 pagi ini (1 Julai, 4 bulan 13 hari selepas hari kemalangan.) yang akan disemadikan di Muar.

Beliau merupakan pensyarah di FSKSM,UTM. Pernah beberapa kali menjadi ketua jabatan dan menjadi ketua Editor bagi Jurnal Teknologi Maklumat (UTM). Beliau pernah dianugerahkan guru IT Malaysia.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa PM Dr Mohd Noor, dibebaskan dari seksaan kubur dan dimasukkan di dalam syurga Firdaus bersama-sama orang-orang yang beriman dan soleh. Ya Allah, engkau permudahkan segala urusan beliau dan keluarganya.

Beliau meninggal seorang isteri dan beberapa orang anak. Anak sulung beliau berusia 12 tahun supaya menjadi seperti beliau.

Al-Fatihah.

p/s: cara kehilangan yang sama dengan arwah mak (Ya Allah engkau menghapuskan dosa-dosa makku dan dimasukkan Syurga dan dibebaskan dr seksaan kubur). Cuma dugaan arwah mak agak pendek sikit, selama 2 minggu selepas kemalangan. Sayu hati bila mengenangkan. Hanya Allah yang mampu bagi yang terbaik bagi setiap hambanya.

2 comments:

iu rf said...

innalillah wainnailaihirajiun.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

rasa mcm kenal..

Aryati Bakri said...

Salam..

Memanglah Ayu. Arwah kan, pensyarah FSKSM. Mesti pernah kenal.