Harta Pusaka

Aku bukan dr keluarga yang berada. Tapi sikit harta peninggalan arwah mak hendaklah diuruskan dengan sebaiknya. Pening juga nak uruskan, terutama aku kat sini. Tanpa kehadiran aku, adik beradik yang lain pun tak dapat nak buat apa. Heheeh..

Sebab kita manusia, kadang-kadang mudah membuat hukum sendiri. Pembahagian secara sama rata adalah bukan cara Islam. Islam mengariskan beberapa panduan. Insyallah aku akan berusaha menegakan panduan yang kecil dalam Al-Quran. Penerangan mengenai harta pusaka terdapat didalam Surah An-Nisa.

Maklumat tambahan yang telah dirujuk di internet ialah:
dari : http://www.e-bacaan.com/emailb40.htm

Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

dari web USM : http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html

http://tanah.perak.gov.my/hebahan/pusaka_Kecilsiri13.pdf

http://uruspusaka.com/tutorial/

http://www.islam.gov.my/portal/pdf/2009/artikel/pusaka.pdf

No comments: