Betul ke jalanku

Pening juga memikirkan harta pusaka yang sikit ini. Sebahagian telah diagih ikut sama rata tanpa berbincang sesama adik-beradik atau waris. Mereka lupa yang arwah mak masih meninggal seorang ibu (nenek kami) yang uzur dan tiada bahagian yang dibahagikan. Aku kat UK ini, mana lah tahu apa2, tiba kata dah bagi. Pening2.Setelah ditelefon, beberapa orang ada yang tahu mengenai,ada yang kata aku tak tahu apa2, ada kata semua dah setuju ada yang kata "cuma sikit aje". Walau pun apa alasanya, semuanya Amanah Allah yang kita kena tunaikan dengan Amanah seperti dinyatakan dalam Surah An-Nisa. Pening aku. Aku terpaksalah terangkan yang semua kena bagi ikut faraid dan pejabat tanah ada menguruskan harta pusaka yang di bawah RM600 000. Pejabat tanah akan mengurus semua bentuk harta samada tanah, rumah, kereta, wang, binatang ternakan, barang kemas dan lain-lain. Untung di Malaysia, ada badan yang menguruskan dengan bayaran minimum dan dapat melaksanakan hukum Allah. Tapi manusia tetap nak buat hukum sendiri.

Mungkin ada pembaca yang boleh komen untuk bagi idea, bagaimana hendak menyelesaikan dengan cara terbaik (mengikut hukum Islam) dan merapatkan ukhwah antara adik-beradik, nenek, bapak.

2 comments:

suka menanti said...

assalamualaikum....
masalah harta ni kalau tak betul-betul akan bawa perbalahan dengan adik beradik dan sanak saudara. Saya ni tak lah pandai sangat,tapi nak berkongsi juga pandangan, cuba Aryati dapatkan khidmat nasihat daripada pegawai agama yang mengelolakan bahagian pembahagian harta ni,di Malaysia. Semua harta yang ada kena bagitau. Insyaallah mereka boleh membantu.
opps...nak tanya, kat UK buat apa?

Aryati Bakri said...

Salam pengenalan suka menanti. Mcm pernah nampak? kenal ke? ada ke blog ke email boleh contact?

Kat UK, study ler..

salam berkenalan