Osman adalah adik lelaki aku yang sulung. Sebelum ini semua perempuan (5 perempuan barulah dikurniakan anak lelaki). Sebenarnya aku ada seorang abg (yang telah meninggal semasa aku dalam hari lagi). Abag aku ini meninggal disebabkan lemas dalam parit.
Hari ini adalah majlis kenduri di rumah aku. Inilah majlis perkahwinan pertama tanpa arwah mak. Diorg kata hanya jemput saudara mara dan org kg. Aku tak bayangkan berapa ramai. Tapi korban seekor lembu juga (nurul yang sponsor- semoga murah rezeki).
Majlis di pihak perempuan adalah pada 6/6/09. Di masa yang sama tedapat juga majlis perkawinan sepupu di Taman Pulai Utama (sebelab taman uni, skudai). Di kg pun, ada juga jiran buat kenduri pada 6/6/ ini (tempat wak suminah). Petang rewang tu, kasihan tak ada orang rewang kat rumah aku, sebab orang kg semua dah kepenatan. Makcik dan pakcik sebleah bapak pun kepenatan sebab rewang kat rumah makcik. Diorg sampai rumah aku dalam lepas maghrib dan isyak.
Sepatutnya 7/6 ini terserentak dengan seorang makcik kat pt yaani. Nasib baik di buat bulan 8. Terima kasih kerana memahami sebab makcik akulah yang jadi tulang belakang kalau kenduri sejak arwah mak dah tak ada.
Terima ksih juga kepada kak mim yang menolong membuat kuih..dibantu dengan Minah, Jana dan Rani. Diorg buat kempeyen, tumpi dan selayang. Dulu kerja2 uat kuih mesti diketuai oleh arwah mak yang kadang dibantu oleh kawan-kawannya.
Rindu pulak ak berkumpul ramai2.
No comments:
Post a Comment