Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks

Pertubuhan guru bantah kena ajar pendidikan seks
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2010/04/22
Pelaksanaan secara terburu-buru timbulkan banyak masalah

KUALA LUMPUR: Pertubuhan guru membantah cadangan memperkenalkan pendidikan kesihatan reproduktif sebagai satu subjek di sekolah kerana ia disifatkan bukan penyelesaian kepada masalah sosial di kalangan remaja, sebaliknya hanya menambah beban guru.
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata kesatuan itu terkilan dengan kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menggesa pelaksanaannya dipercepatkan tanpa berbincang atau mendapatkan pandangan daripada kesatuan guru atau peringkat akar umbi. Beliau berkata, pelaksanaan secara terburu-buru akan menimbulkan banyak masalah sehingga merugikan pelajar, tambahan pula guru ketika ini tidak mempunyai kemahiran khusus dalam bidang kesihatan reproduktif.

“Usaha membanteras gejala buang bayi yang semakin berleluasa ketika ini harus berpaksikan pengukuhan pendidikan agama dan moral secara lebih mendalam.

“Pegangan teguh kepada amalan agama dan nilai moral yang tinggi akan mencegah remaja daripada terpengaruh dengan gejala seks bebas yang menjadi punca utama peningkatan kes buang bayi,” katanya kepada Berita Harian.

Kelmarin, Shahrizat meluahkan hasratnya untuk menemui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meminta supaya pendidikan kesihatan reproduktif sebagai subjek di sekolah diperkenalkan segera.
Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Malaysia (PKPSMM), Azam Md Atan, turut membantah cadangan itu dengan menegaskan usaha membanteras gejala seks bebas dan buang bayi harus bermula di rumah.

“Asas didikan fardu ain oleh ibu bapa di rumah amat penting untuk mengelakkan remaja daripada mudah terjebak dengan gejala itu.

“Justeru, PKPSMM tidak mempersetujui idea itu (memperkenalkan subjek pendidikan kesihatan reproduktif) kerana ia jelas bukan langkah penyelesaian sebenar. Tambahan pula, beban tugas guru sudah terlampau banyak di sekolah,” katanya.

**************

Semalam Mahathir pun mengulas, yang perlu dipertingkatkan ialah pendidikan agama supaya pelajar tak mengikut hawa nafsu. Yang menjadi mangsa anak luar nikah dan buang bayi ialah orang melayu dan islam (betul ke? ke islam pada nama dan keturunan). So kena balik isu asal akidah dan penekanan ilmu fardu ain di kalangan anak-anak. Dulu anak ini takut dengan mak ayah tapi mungkin ada yang melakukan aktiviti tak sihat seperti seks tapi tak melampau batas tapi masyarakat masih ada utk tegur dan jaga mereka. tapi skrg semua taman boleh dengan selamba aje jadi tempat pasangan melepaskan perasaan. Masyarakat tak boleh tegur lagi...

Aku cadangan supaya kita menwujudkan masyarakat perihati. mak ayah akalu anak2 org tegur kena terima..ingat anak2 pandai berlakon. kita sama sayang anak2 bangsa kita tak kira anak siapa..sama kita jaga anak2 kita yang bakal jadi pemimpin masa depan..


ini ke?? pemimpin??? skrg dan masa depan???? so fikir2lah kalau nak undi?? nak pilih sape???

No comments: