Anak kecik dan Al-Quran

Kisah menghafal AL-Quran pada umur 3 tahun.

Kena bagi makanan kesukaan sebelum mengaji. Anas skrg dgn ais krim, kon ais krim...nak tukar lain lah....asyik selsema sahaja dengan ais krim. Gula2 ..anas tak tertarik, semalam tawarkan coklat pun tak lak..apa lagi ye makanan kesukaan anak berusia 2 tahun ini.

Perjalanan yang masih jauh. Ya Allah mudahkan perjalanan hidup kami.

http://www.youtube.com/watch?v=u4i_YIxaBDs

http://www.youtube.com/watch?v=z-szDhvIRgU

 

Hari kedua

Tak berjaya bangun sebelum subuh.

solat subuh kul 6.30, baca doa, dan Quran
7.30 bukak komputer
8.00 tutup komputer dan siap2 nak gi kerja.
9.30 juga sampai office
10.00 meeting IDSS dgn Ida
10.30 gi kolokium student K Naomie


Pendidikan awal kanak-kanak

Mungkin terdapat banyak definasi tentang pendidikan awal kanak-kanak. Pada aku sangat penting untuk memberikan kesedaran kepada kanak-kanak.

Kalau nak anak baca buku, dari awal dedahkan kepada buku. Bukanya bila rasa anak perlu pandai baca buku baru bagi buku. Ianya sangat penting untuk menarik minat kepada buku. Begitu juga dengan benda-benda lain.

 

Hari Pertama

Hari Pertama Hijrah
Cuti di rumah

sedar kul 5 terus bangun, tapi tak buat solat buku, sayangkan baca buku..Prophetic parenting...solat subuh dan baca Al=Quran sampai 6.30. Kejut anas, bangun dalam kul 7, dengar motivasi pagi. Amanah Illahi.

kul 7.30 anas nak main kat luar, dapatlah sapu sikit dan kemas pokok sikit, kalau setiap hari setengah jam macam ini...boleh jadi taman aku ini..hehheh..

kul 8.30 gi belajar mengaji.

kul 10 balik, sidai baju, makan roti

kul 12 baru mask..singgang ikan dan sayur masak air aje..

tadi bukak anas IQRA tapi masa nak masak tak boleh tinggal terpaksa bukak babyTV. diamlah tu sambil makan...jadi babysitter kejap..nak tunggu dia abis makan baru nak tukar ke IQRA..nak mandikan dia dan sapu ubat lagi..

kurap..
semalam macam dah kering, hari ini mcm berair pulak..
tadi cuba bagi kunyit dan kapur.

1.30 solat zuhur

Anas dah mula dgn CD IQRA (kumpulan Ilham)

4.45 Asar
Tengok Islam KTP

5.40 masak, nasi, sayur bayam, daging masak kicap

7.30 maghrib dan baca Quran

9.00 ima call nak datang, kemas rumah dan goreng keropok, buat kuah mee rebus dan spageti

10.30 diorang balik

kul 11 ajak anas tido

kul 12 bangun solat Iyak ( ini kena baiki, lain kali solat awal lagi).


Pembangunan diri sendiri

1. Khatam baca Al-Quran
2. Bangun sebelum subuh..buat solat sunat dan tahajud
3. Solat 5 waktu sehari, solat di awal waktu
4. Baca Quran setiap hari

Pembangunan dan perkembangan anak-anak
4. Ajar anak mengaji (Al-Balqy)
5.
Dalam dilemma nak ajar Anas mengaji sahaja atau ajar benda lain.

Kemajuan kerjaya
1. LI
2. penerbitan
3. Displin utk tulis paper dan buku
4.

Perkembangan keluarga
1. lebih kerap masak

Akan dikemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Azam tahun baru

Pembangunan diri sendiri

1. Khatam baca Al-Quran
2. Bangun sebelum subuh..buat solat sunat dan tahajud
3. Solat 5 waktu sehari, solat di awal waktu

Pembangunan dan perkembangan anak-anak
4. Ajar anak mengaji (Al-Balqy)
5.
Dalam dilemma nak ajar Anas mengaji sahaja atau ajar benda lain.

Kemajuan kerjaya
1. LI
2. penerbitan
3. Displin utk tulis paper dan buku
4.

Perkembangan keluarga
1. lebih kerap masak

Akan dikemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali.

 

Anas dah mula ikut cakap orang dewasa dan sangat suka rancangan Ustaz Don

Alhamduuliah..terima kasih Allah, di atas anugerah yang sangat indah. Anas dah mula ikut cakap orang dewasa dan sangat suka rancangan Ustaz Don. Anas dah nak abis buku Al-Furqan 1 (dia masih susah dgn baris depan).


Aku hanya perlu terus usaha, hasilnya serah pada Allah.

Kelas Space

...

Sunnah atau home remedy?

Sunnah atau home remedy?

batuk = madu & limau

selsema = sapu di dahi dan hidung, kunyit hidup

Muntah = halia (rebus atau potong kecil, campur air panas), minum & madu

cirit-birit = air kelapa, minum air tarjin (air masak nasi sebagai ganti kepada susu sebab kalau anak2 mintak susu aje jadi bagi air ini, dia dah ingat susu) -> pun minum dgn madu

demam = lapkan dgn air zam-zam dan minumkan air banyak-banyak, banyakkan mandi, air kelapa, buat air barli sendiri (rebus barli)..boleh minum dgn madu

antibodi = sapu minyak bawang putih (bwg putih dibakar dan dicampur dgn minyak (masak atau zaiton), kalau batuk, selsema, perut masuk angin, muntah dan cirit-birit saya sapu di tapak kaki, peha, perut, dada dan belakang (terutama untuk anas).

kalau rajin boleh juga air rebusan, kunyit, halia dan bawang tapi semalam buat dalam masak singgang ikan...minum airnya..

untuk makanan tambahan setiap hari, minum madu, minyak halbatusuada, juz delima, jus tok guru dan jus khaira (utk anak saya).

Untuk catatan saya sendiri sebab kadang2 lupa. Sebab kalau dah sakit baru nak cari-cari. Ini hanya untuk amalan saya dan untuk anas sahaja

Anas dan toilet train

Mulai 20-27/9 -mulai ajar anas di tandas tanpa pakai pampers.

Mula memang penat, asyik mop sana dan sini.

Ahad (22/9) tu berjaya bawak keluar di Giant tanpa pampers.

Hari Jumaat tu dah ok, tido petang pun x pakai pampers. Masih selamat lagi. 

Malam cuba gak x pakai pampers, selamat sehari aje..sebab minum susu awal tapi sebelum tido tu rasa setengah jam sekali terkencing di mana-mana.

Khamis terpaksa hantar ke Taska sebab aku ada kelas.

Sabtu dan Ahad (28/29) lepas, terpaksa pakai pampers, sebab nak di KL dan Ahad tu, ayah dia terpaksa jaga sebab aku ada kelas.

Balik rumah baru tak pakai pampers, tapi ahad tu pakai samapi pagi isnin, sbb kami makan di luar dan teruskan pakai pampers masa tido, sebab kan kalau basah leceh pulak. sebab aku dah kerja.

Semalam balik kerja tak pakai, tapi sebab kami gi angsana, pakai juga..balik terberak dan lepas tu malam masih pakaikan lagi.

Ya Allah permudahkan lah urusan kami.

Anas dan minyak bawang putih

Jummat lepas, semasa makan nasi hardamaut (buat sendiri), anas tiba2 muntah. Lepas tu tak boleh makan dan minum apa pun. Tapi bagi Air zam2, dia tak muntah. Bagi susu muntah. Air kosong pun muntah. Malam tu buat bawang putih yang dibakar dan minyak zaiton, sapu di seluruh badan. Sebenarnya malam tu, dia tido dgn ayah dia kat luar (ruang tamu). Aku tido kat bilik. Kadang2 laki aku bawak masuk bilik. Sampai pagi 2 beranak ini tido kat luar. Dalam kul 5 baru buatkan minyak bawang putih. Alhamduliah, dia lena aje tido, walaupun sebelum tu muntah.

Takut juga dia muntah lagi, sebab kami siap2 nak pergi ke KL sebab ada kelas SPACE. Penat sungguhlah gi KL ini, sampai selasa pun masih rasa penatnya. Pagi tu anas sarapan donut dan karipap. Nampak dah tak muntah. Pagi tu bagi anas air panas campur madu campur halia. Puas baca di internet, yang halia boleh menhilangkan muntah.

Sebelum gerak gi makan kat kedai. Untuk anas bubur aje. Ahlamduuliah tidak muntah.

Dalam perjalanan ke KL, anas tido, masa tido sapu lagi minyak bawang putih di tapak kaki dan dada dan belakang badan dia.

Samapi KL, ok tak muntah lagi. Tapi malam tu dia muntah lagi kat hotel...nasiblah Scholar In UTM..hehhe..jadi malam tu sapukan lagi minyak bawang putih di kaki dan badan dia.

Alhamduliah dah tidak muntah lagi, balik dalam kereta, anas tido lagi, aku sapu lagi minyak bawang putih.

Alhamdulliah sehingga selasa dia tak muntah2 lagi. Tapi malam tadi muntah sebab dia menangis, nak ajak tido tapi tak nak.


Anas batuk dan selsema

Tgh cuba bagi lemon, minyak zaitun dan bawang putih tapi dah 3 hari x berapa berkesan untuk anas. Malam ini kena buat semula bawang putih bakar dan minyak zaitun sahaja. Semoga Anas cepat sembuh.

Anas dah membaca iqra dan mula nak ckp dengan ayat lengkap

Semalam dia kata ibu, anas nak air..selalu paksa di cakap " ibu, anas nak susu" , kalau dia kata susu..lain kali kalau dia kata sekerat..kita kena ajar dia utk lengkapkan..

Skrg paksa di ngaji kalau nak ais krim, ipad, atau main (sebab semalam dia dah leka main train). Dia betul ingat Thomas...orang bagi hadiah masa umur dia setahun hari tu...

Alhamduliah skrg anas dah mengaji sampai sa...tapi kena ulang lagi sebab dia tak betul2 dapat sebut sa

teruskan usaha...


Thomas.

end lepas bawak anas di Puteri Haborou

di Nusajaya. Hasilnya anas terlalu obssesion dgn Thomas.
 
Malam tadi kul 12. minyak petrol naik 20 sen

Seronoknya anas dah pandai baca

Tak sangka dengan main-main kan tunjukkan flash card. Skrg anas dah boleh baca Allah (jawi), anas, ibu, ayah..walhal dah lama tak ajar falsh card sebab nak fokus dengan huruf2 arab.

betulkan ke kalau kita ajar awal sampai masa yang sesuai, dia akan keluarkan sendiri.

Alhamdulliah..dah daftarkan anas di Tadika tahun depan. Semoga anas tak lupa apa yang da belajar.

Tanya taska raudatul iman, skrg dia memang dah x ajar budak kecil lagi dulu ada ajar buku2 bacalah anakku dan IQRA. nampak anas kena pindah tadika ye..

Kena print balik jadual anas lah..
 

Semalam Anas kena gigit di Taska

Sejak minggu mula pasang CD Furqan. Nak fokus 1 CD dulu...hehheh..kalau Anas boring baru tukar..


Hari ini daftarkan anas di Tadika Genius Qayum. Tahun depan Anas pindah sekolah lah ye..

Komen dari pengasuh Taska Permata Raudatul Iman

12.7.2013 Alhamdulliah. Pandai baca IQRA
19.7.2013 Alhamdulliah ketika baca doa anas ikut setiap surah, dah biasa hafalannya.
30.7.2013 Anas dah ada ramai kawan2.
20.8.2013 Alhamduliah, ana boleh ikut apa yang diajar.

Anas demam dan air barli

malam semalam anas demam, lepas tu gi beraya rumah makcik. sebelum keluar dah masak barli,  malam balik buatkkan susu letak air barli. Malam tu masih demam lagi, pagi pun sama. Sampai tghari dia tido. Malam tu tuam dengan air zam dan barikan minum air zam2 sikit. Alhamdulliah tghari tu dah baik.

Rasanya dia demam sebab semalam kepenatan berlarian2 di Angsana.

20.8.2013

Ambik bacaan suhu dalam 36, tapi rasa macam panas suam2 kuku. Nak bagi barli x masak lagi, letak minyak bawang putih di tapak kaki, sambil urut2 sikit. Letak air zam2 kat kepala. Macam x panas lagi sejuk aje. Nak kata demam tapi kaki panas....

Tapi anas masih aktif macam biasa. Hari ini tido awal kul 9++ sebab tadi bangun awal kul 8.15 aku hidupkan kereta dan siram pokok. Tiba2 anas dah ada kat tepi aku. Budget2 nak ambik anas terus masuk kereta, dah bangun pulak. ALahmadulliah tadi pagi dah x menangis kat Taska.

Perkembangan Anas setakat ini (2 tahun 3 bulan)

Mengajar bayi memang memerlukan kekuatan yang tinggi. setakat ini memang x mampu nak suruh anas duduk diam sambil mengaji atau ikut bunyi sama..aku ajelah yang baca..

sebab mood kdang naik kadang turun.

Jadi kalau down aku bacalalah blog ini:
http://darwishndarwisya.blogspot.com/search?updated-max=2009-06-06T05:53:00-07:00&max-results=500&start=34&by-date=false

Darwisya Adrianna, umur 3 tahun (2009)Darwisya Adrianna adalah anak pertama saya. Dilahirkan pada bulan Oktober 2006 di sebuah hospital di Petaling Jaya. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu serta sedang belajar Bahasa Arab. Seorang kanak-kanak yang boleh dikatakan lambat berjalan dan lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Suka menonton TV dan rancangan kegemaran adalah BARNEY and Friends, dan Dora the Explorer.. Kini umurnya 3 tahun, dia sudah boleh memBACA Quran dan telah mengHAFAL 30 surah alquran (anugerah Sijil Hafazan 30 surah terakhir dari Akademi Darul Huffaz)













Darwish Adrian, umur 1 tahun (2009)

Darwish Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu. Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26 huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia dapat menghafal 30 surah terakhir sebelum umurnya mencapai 3 tahun nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah.



Nota 8 July 2009 : Darwisya berumur 2 tahun 7 bulan sudah boleh membaca surah pendek. Sasaran saya adalah supaya anak saya menghafal sekurang-kurangnya 17 surah pada umurnya mencapai 3 tahun pada 27 Oktober 2009 nanti.Nota 21 Ogos 2009 : Alhamdulillah, sudah 17 surah yang di hafal oleh Darwisya setakat hari ini.



Nota 24 December : Alhamdulillah, sudah 30 surah dalam hafalan dan telah diuji oleh Akademi Darul Huffaz serta mendapat sijil 'Hafazan 30 Surah Terakhir' Akademi tersebut Nota 27 December : Darwisya sudah berumur 3 tahun 2 bulan. Selepas ini dia akan meneruskan membaca Al Quran hingga khatam. Sasaran saya supaya anak saya berkhatam pada umur 4 tahun. InsyaAllah.
Nota 2 February 2010 : Darwisya sudah berumur 3 tahun 4 bulan. Saya menukar sasaran daripada khatam al quran sebelum 4 tahun kepada menghafal surah-surah penting al Quran. Menghafal dan membaca keduanya sama penting. Tetapi saya ingin mengoptimakan latihan hafazan yang akan mempengaruhi kekuatan otak pada jangkamasa panjang pada ketika umur ini. Menurut kajian sains, perkembangan otak kanak-kanak adalah pada umur 0-5 tahun.

Perkembangan  Anas setakat ini (2 tahun 3 bulan)
1. dah kenal huruf dan bunyi huruf baris atas (cuma kadang2 terbalik sebut huruf dan nama huruf)
2. dah boleh sebut 3 baris atas, bawah, dommah. utk alif, ba, ta, sa, ja (tiba2 dia keluar sendiri sebab selalunya anas tak nak ikut bila aku ajar, jadi aku ajar dia, aku aje yang baca).
3. dah mula buku Furqan (buku 1) tapi dia jarang nak ikut aku baca..jadi aku ulang2 sahaja untuk baris atas. Nak buat hadiah makan/gula2..dia akan menangis sahaja. Nak susu, selalu mintak dia buat ayat lengkap Ibu, anas nak susu. Sekali aje dia ulang, nak mintak ulang 2/3 kali dia susah sikit.
4. dulu dah mula buku iqra (buku 1, a dan ba) tapi ada nampak hasil dia nak bunyi sambil main2..
5. tak apalah sabar ajelah, teruskan dgn video (sebab dia akan ikut), dan aku kena teruskan mengaji buku al-furqan depan dia. 
 
Tapi yang tidak diajar secara formal yang dia dah boleh dapat ialah number (BM/BI) BM dan masuk belas2, BI sampai 10 kot, ABC. 

Tapi aku nak dia pandai baca Quran sebelum bileh kenal yang lain2.

Setakat ini, malam pasang 1 al-quran semasa malam mulai bulan lepas, aku akan teruskan sehingga 3 bulan, baru nak ulangan (repeat utk Fatihah dlln). Ya Allah mempermudahkan urusan kami. 


 

Pendidikan awal dan taska pilihan

susahkan nak cari taska. Nak cari yang islamik tapi kadang2 nama aje ...cikgu dan pengasuh x pulak. Kalau ada yang betul2 islamik terlalu penuh dan pengasuh ada yang garang sangat..nak marah2 aje..bukan tak boleh marah tapi kalau anak-anak taska di kata rotan atau pukul rasanya tak sesuai.

Dulu tak pernah kena pukul dan rotan ke? selalu kena gak tapi memang  bila dah besar jadi keras kepala dan keras hati. kalalu boleh nak elak nak pukul budak bawah tujuh tahun sebab mereka x betul2 faham arahan dan juga menurut banyak kajian kanak2 anak keras hati nak lagi nakal kalau selalu di pukul.

Kalau di UK dulu, memang kanak2 jarang dimarah mereka pulak jarang menangis di tempat awam, mungkin sebab cuaca sejuk dan mereka dilayan seperti puteri. dalam islam ada 3 peringkat membesarkan anak, 0-7 dilayan bak anak raja, 7-14 menjadi hamba kepada kita- maknanya kita dah boleh memberikan arahan dan menyuruh dan lepas 14 tahun menjadi kawan...

Bila membaca mengenai pekembangan otak bayi, sayang pulak kalau tak berikan pendidikan yang awal kepada mereka. taska skrg macam peralatan dan juga pelajar dah jadi ramai.Tapi ada juga ibubapa lain yang memilih Taska Pemata Raudatul Iman ini sebab memang banyak menekan islamik dan hafalan quran.

 Dah 3 tahun, dah ada pilihan untuk hantar tadika..tapi tadika mana? kalau ada nak yang betul islamik tapi susah nak cari untuk budak 3 tahun.

Kenapa pulak nak tadika yang mula dgn islam dan al-quran sebab sebagai seorang islam aku memang nak jadikan anak aku seorang yang hafal al-quran. Skrg ini anas dah 2 tahun, aku memang ajar dia iqra dan alif ba ta tp tak pernah ajar secara formal number dan ABC tapi Anas dah tahu. di taska sebelum 2 tahun dia dah boleh kenal number dan skrg dah kenal ABC. sebab tu aku nak cari taska yang lebihkan kepada Al-Quran sebab al-quran adalah ilmu pertama yang aku nak anak aku kenal dan dengan kenal Al-Quran, aku rasa dia lagi terang hati untuk menerima ilmu2 lain.

Akrg aku ajar dia, a,i,u..kadang2 anas tak ikut pun aku cakap, tapi tiba2 dalm minggu lepas dia sebut a,i,u sampai sa..terkejut gak...

kalau di UK banyak playgroup di komuniti center dan kelas kindergarden di sekolah2 memang bermula dan usia 3 tahun. Tapi di Malaysia kalau 3 tahun dah hantar tadika macam pelik kan..hehhehe..tapi ada terbaca artikel di India, ibu bapa berebut hantar tadika bermula umur 2 tahun lagi. 

Ya Allah bantulah dan berikan aku idea untuk menghantar Anas ke tadika mana?

Umur kanak2 taska biasa 0-3 tahun, mana tadika ada yang dah mula pada umur 3,4,5,6 tapi kebanyakan mengambil pelajar 5 dan 6 tahun.

Mood lepas raya

Ada mood ke selepas lama cuti? Makin x ada, mood adalah. teruk betul.

Rasa macam dah berjam2 aje kat office. Bila keluar bilik, mcama tak orang tapi dok bunyi kunci, pintu, orang jalan, bukanlah aku seorang kat oficce ini.

Heehheheh....lepak2 dengan Anas best ini.

Tadi hantar Anas ke Taska. mestilah menangis dah lama tak hantar kan?


Saya hanya berkongsi sesuatu yang amat berguna untuk anak kecil atau bayi. Saya amalkan. Alhamdulliah..anak dah kenal huruf seawal 5 bulan (boleh pilih flash card) dan di 18 bulan dah boleh sebut..walaupun x semuanya tepat. Dan anda sibuk nak mengajar. Apa kata bukak sahaja VCD ini..Di usia 2 tahun, anak dah mintak bukak a,b,a dan dah mintak ajar mengaji (setelah saya tampal sticker upin dan ipin- skrg terlalu suka sgt dgn upin dan ipin..walaupun jarang tengok)...

Hanya perlu pasand CD ini..dah anda akan lihat di usia 2 tahun dan mula ikut sendiri....

Semoga kita dapat Allah kurniakan ramai Hafiz dan Hafizah kecil seperti yang dilakukan oleh http://darwishndarwisya.blogspot.com/ dan http://cinta-rasul.blogspot.com/ dan Islamic parenting network https://www.facebook.com/groups/ipnalumni/.

Ibu mengandung pun boleh buat koleksi supaya bila baby lahir dan boleh pasang (sebab skrg boleh lagi nak shopping bila ada baby) baru belajar nak sesuaikan diri (kes sayalah..)

Lagu untuk anas

Lagu pengenalan untuk mengajar bayi huruf arab (terhad kepada 6 huruf). Huruf ini dipilih berdasarkan teknik Al-Furqan dan dikaitkan dengan nama anggota badan manusia. Sambil menyanyi boleh ditunjukkan kepada bayi, anggota badan iaitu tunjuk mata, dada, jari, tangan, badan dan kaki.

Seronok tengok Anas skrg

Anas semakin aktif dan dah pandai a,ba, ta sampi ya. Dah pandai kira 1-10. Tak reti duduk diam. Dah mual tidur lewa balik, tapi biarkan ajelah supaya nanti senang bila sekolah. Tapi semalam aku yang letih tido awal, ayah dia yang jaga.

Semalam belikan dia kotak kaabah yang dalamnya ialah kotak kecik yang dicop dengan huruf hijiriah, leka dia main2. mcm dia buat, bangunan tinggi, main macam kereta dlln.

blok iqra kaabah sedang dalam promosi harga rm55 termasuk pos+ free Softbook Saya Suka Berpuasa.
Puan boleh bank in ke maybank Abu Dzarr bin Mohammad 164221375582.
Kami akan hantar guna pos laju pada keesokan hari selepas terima bayarannya ya kecuali ahad.
Ini email kami sekiranya mahu refer transaction abounur@gmail.com.
jazakillah khair;))-nisa

Umur 2 tahun 3 bulan. 


XXXX

1. easy
2. health
3. global
4. just do it
5. aim
6. education, kesedaran, job
7. print
8. performance
9. involvement
10. champion

Mendidik anak cepat dewasa



http://saifulislam.com/2013/07/srikandi-mujahidah-di-teratak-sayyid-qutb/

Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya. - See more at: http://saifulislam.com/2013/07/srikandi-mujahidah-di-teratak-sayyid-qutb/#sthash.XZ3urDG0.dpuf
 
 Dalam artikel ini, ada contoh seorang wanita yang mendidik anak menjadi dewasa walaupun masih kanak2. Anak pun tidak suka aktiviti kanak2..alhamduliah. Aku akan teruskan usaha.

Wasalam.
Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya. - See more at: http://saifulislam.com/2013/07/srikandi-mujahidah-di-teratak-sayyid-qutb/#sthash.XZ3urDG0.dpuf
Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya. - See more at: http://saifulislam.com/2013/07/srikandi-mujahidah-di-teratak-sayyid-qutb/#sthash.XZ3urDG0.dpuf
Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya. - See more at: http://saifulislam.com/2013/07/srikandi-mujahidah-di-teratak-sayyid-qutb/#sthash.XZ3urDG0.dpuf
Malah bonda Sayyid Qutb mahukan anaknya ini menjadi dewasa lebih awal dari masa biasanya. Sayyid sentiasa ditiupkan jiwa kedewasaan sehingga beliau acapkali menjauhkan diri dari suasana kebudak-kebudakan yang mengiringi zaman kanak-kanaknya. - See more at: http://saifulislam.com/2013/07/srikandi-mujahidah-di-teratak-sayyid-qutb/#sthash.XZ3urDG0.dpuf
x
dsd
sad

Semakan keputusan peperiksaan

Sebagai penyelaras setiap hujung semester terlibat dengan semakan keputusan setiap pelajar. Antara perkara yang menjadi perhatian ialah:
1. bounder line untuk setiap kelas, kelas pertama, kedua tinggi dan kedua rendah
2. bounder line untuk mendapat anugerah dekan
3. keputusan pelajar KB/KS/tiada markah atau keputusaan
4. pelajar yang mendapat GPA kurang dr 1 - perlu mendapat surat penjelasan dari penasihat akademik.


Peringatan untuk semester depan (sebelum mesyuarat akademik).
1. penyelarasan markah untuk subjek jabatan yang ada lebih dari 2 sekseyn
2. markah boundler line perlu dielakkan.

Tindakan selepas meetin
1. surat amaran/penjelasan dr PA bagi yg bawah 1
2. email untuk PA pantau perkembangan pelajar

Alhamdulliah, semester IS semua ok. Tapi result pelajar ada yang KS. semester lepas semua KB.

anas dah ketagih upin ipin

anas dah ketagih upin ipin. Mengigau pun nak buku upin ipin. Walaupun bukan selalu tengok upin ipin kat TV. Abis buku komik upin ipin diusung ke sana ke mari. Buku komik hanya ada 1 kat rumah, satu lagi semalam dah bawak ke Taska Raudatul Iman. Macamana boleh ketagih, macam ini, mengigau pun sebut pin pin. Nak tido pun membelek buku upin dan ipin.
 
Aku rasa sejak bawak anas tengok upin ipin semasa pesta kuda di UTM hari tu. Tapi tak sangka sampai macam ini teruk. Nasib skrg tajuk pasal IQRA dan Ramadan. Ada mesej sikit dan boleh baca buku sambil selit2, belajar mengaji.

Jelebu

Dari minggu lepas Johor, Melaka, dan Selangor dilanda Jelebu. Antara punca utama pembakaran hutan di Indonesia dan juga cuaca yang sangat kering. Minggu lepa, balik kg, parit pun kering

Little Reader

semalam cuba Anas dengan Little Reader, dah seminggu gak tak bukak, sebelum ini ada tunjuk jugak kat dia. alhamduliah dia dah boleh pilih soalan kuiz tu dengan betul. Alhamduliah..buat aktiviti sekejap aje dgn dia pun..

betul ke aku ini???

InsyalAllah betulkan niat..insyaAllah..


Huruf Hijaiyah Courseware dan Kanak-kanak berumur 2 dan 3 tahun

Rasa seronok sangat apabila kanak-kanak ini menujukkan reaksi yang positif dan gembira sambil belajar huruf hijaiyah. Mereke menjerit suka dan kegembiraan. Apatah lah semasa ujian dilakukan, mereka menunjukan peningkatan. Ujian yang dilakukan adalah memilih kad imbas yang bersesuaian.


AKHIRNYA

Alhamduliah, malam tadi Anas nak ikut bunyi huruf hijayiah guna buku Al-Furqan. Dapatlah baca 1 m/s. Alhamduliiah. Kena teruskan usaha.

Anas berumur 2 tahun 2 bulan

Kena tekadkan semangat dan teruskan usaha

1. Kena baiki diri - meningkatkan hubungan dengan Allah.\
2. berdisplin mendidik Anas membaca buku Al-Furqan (sehari semuka) walaupun anas hanya ikut sebut 2/3 huruf sahaja.

Usaha dan displin tangga kejayaan. Jangan fikir pada hasilnya tapi usahanya pasti ada nilai di sisi Allah, lagipun kita hanya mencari redha Allah.,..Insyalllah..

Jadual waktu Anas

Cita2 aje ada tapi selalu x menjadi kenyataan.

Ini perancangan masa akhir 2011



Sejak dr kecik tunjukan flash card (alif-ya)

Malam pasang CD Quran dan kemudian ayat2 juzuk 30 




Umur Anas Tarikh  Aktiviti Pencapaian
Akhir 6 bulan 1/10/2011 mula kenalkan 5 huruf (a,ba,ta,sa,ja) tidak mampu membezakan huruf
umur masuk 7 bulan 11/10/2011 mula kenalkan 2 huruf sahaja (a, b) mampu beza a,ba

Awal 2012
Tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, bijak dan pandai,  genius 
Tanamkan dalam minda yang kita teruja melihat setiap inci perkembangan anak
Perancangan Pagi, bukak CD Iqra'
Petang, CD Iqra'
Malam, ajar huruf dan baris atas
Catatan Berkenalan dengan flash card
 Tapi tukar plan, sebab agak sukar nak menyuruh Anas menyebut, jadinya tukar lepada bacaan/bunyi huruf yang asas-asas semasa di kereta, rumah, malam (campur dengan ayat Quran yang lain -juz amma), masuh lagi set yang  sama sehingga Jun 2013

June 2013

Learning Planning for Anas 11 June 2013 to 11 July 2013
Date
IQRA/
Furqan (Pg)
Al-Fatihah, 3 Qul
Flash Card (BM)
Flash Card (Quran)
Bedtime story
Video
Drawing
Little read/Math
11/6
1/1-5 (me)
Before sleep
komp
Fa, da, sa
Bunga
IQRA Zamri
ta
-
12/6
1/1-5 (me)
Before sleep
-
-
Luqman, N.Ismail
English (Vol 4)
-
Sec 3 and 4

Anas dan buku IQRA

Alhamduliah, hari ini berhasil. Anas nampak aku ambik fail putih yang mengandugi nota-bota Al-furqanA (buku 1) yang aku dah fotostat dan masukkan dalam plastik, dia dah bersorak..heeeyy....nampak dah gembira nak belajar IQRA. Dapat 2 baris aje dia ikut utk mukasurat pertama buku IQRA a, ba., dia dah tak fokus dan dah tengok sana dan sini. Tapi aku teruskan aje  (maknanya..aku baca seorang...sampai abis m/s pertama dia pulak dan sibuk nak pindah2 ke m/s lain). Walaupun dia macam tak memberikan tumpuan, tapi aku yakin dia dengar..sebab dari semasa ke semasa tiba2 dia akan bunyi a,ba, a,

Lepas tu, biarkan dia main...agak2 1/2 jam kemudian,   aku buat pulak kat Buku Al-Furqan, dia ikut, ma, tapi bila sampai a, nampak gambar ayam, dah sibuk ayam, ayam pulak. Betul juga gambar ini dia jadi gangguan nak belajar. Sebelum nak tidoka dia, dia bukak komputer pulak, bukak little reader kejap, dapat 2 sesi pembelajaran tak ingat sesi mana, rasanya 3 dan 4. Lepas tu, matikan komputer sebab bateri pun nak habis, dia menangis pula  nak a, ba, jadinya bukak ajelah fail kejap..ajar a..ba..kejap aje pun...

Semalam belajar flash kad BM guna komputer, kemudian bukak komputer tengok kat youtobe, tapi dia pandai pilih, semua yang dipilih ialah a...ba..nasib baik banyak video yang serupa. Agak penting untuk kita memilih jenis video dari awal supaya dia minat dan suka jadinya dia akan pilih video yang dia b iasa dan suka sahaja. Aku rasa nak upload aje vidoe.

Agak mencabar juga nak ajar bayi, nak tukar dari flash card ke buku, pun satu cabaran. Tapi saya baca blog orang lain pun sama gak..terutamanya anak lelaki. Skrg anak berumur 2 tahun 2 bulan. Aku target by next month dia dah boleh fokus utk baca guna buku IQRA dan Al-fiurqan (buku 1)


Milestone Mengajar Bayi

Pencapaian bayi mungkin tak sama tetapi pada dasarnya ada pencapaian tertentu. saya memulakan penggunaan kad imbas/flash card kepada anak saya agak awal. Jadinya pencapaian dia pada umur 5 bulan dan boleh pilih kad, 18 bulan dah boleh sebut hujung ayat dan 24 bulan dah mula ikut bacaan yang ada panjang. Rupanya pencapaian anak saya juga selarinya dengan http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/mengajar-bayi-menghafal.html, di mana anak juga 18 bulan dan boleh sambung hujung ayat.

Mengajar anak umur 2 tahun

Pada masa saya hendak pindah guna kad imbas ke buku, dia asyik naik marah dan menangis. Saya biarkan sahaja dia menangis, dan saya baca seorang. Mula2  buku IQRA, dia akan tarik2. Jadinya ada yang dah koyak Lepas tu saya fotostat dan masukan dalam fail dengan menggunakan plastik untuk masukkan kertas dalam fail tersebut. Jadi kalau dia nak tarik pun, dia akan tarik plastik sahaja. Mulanya saya guna kertas yang difotostat dan saya letakkan tip di tepi supaya tidak koyak..tapi agak sukar untuk menarik perhatian dia supaya duduk diam. Anak umur 2 tahun ini dah mula aktif dan agresif.

Walaupun dia  tidak memberikan perhatian semasa saya mengajar tapi di masa lapang dia dan mula bunyi a, ba, a. So saya rasa agak berkesan juga.

Akhirnya saya guna fail dan berlampik plastik. Nampak macam ok. Walaupun mula2 dia menagis dan mengamuk tapi saya teruskan baca tanpa hiraukan dia. Kemudian saya baca bersama-sama anak patung. Tak lama kemudian, dia akan datang.

Saya juga menggunakan dinding dengan menampal huruf -huruf baris atas, bawah dan hadapan.

anak saya adalah anak tunggal dan lelaki yang saya rasa agak aktif dan agresif. kalau adik abang/akak mungkin lebih senang.

Saya nak cuba tampal palstik fail di dinding dan kemudian ajar dia. tapi tak buat lagi sebab saya perlu fotostat alif-ya sehingga 3 set.


Semata2 kerana Allah.....

Menulis semata kerana nak menyampaikan sesuatu ilmu yang datangnya dari Allah.

Mula buat data collection

Semalam 29.5.2013, mula buat ujian kepada kanak-kanak yang berumur 2-3 tahun di taska. Kebanyakan pelajar tidak dapat memilih kad dengan betul.

Tadi mula dengan menggunakan video, anak-anak ini sungguh gembira semasa video iqra ditunjukkan.

Semalam bermula Anas dengan kelas Playgroup

Dimula dengan Fatihah, Allah is the creater, bunyi a..z...dah sampai X, next week nak buat Furqan..best gak..

Mula2 Anas menangis tak nak join. Alhamduliah lepas tu dah ok sikit.

Tapi maknya lah yang kena displin.

Insyallah, nak teruskan.


Semalam dah mula ajar Anas Buku IQRA 1 muka surat 1, dalam minggu ini, mula2 akulah yang baca sebelah dia. Alhamdulliah, semalam dia dah mula nak ikut dan nak duduk dia. Yang penting sabar, consistent dan comitment.

Mengajar Bayi

Bayi hingga setahun setengah -> flash card

Setahun setangah tapi kami mula lewat sikit sebab masa umurnya setahun setengah kami terpaksa meninggalkan dia. Jadinya sejak January 2013 mulakan dengan flash card yang berwarna berwarna, dengar cd iqra malam dan siang. Sebelum ini pasang ayat2 Quran sahaja. Alhamduliah bulan 3, dah mula sebut 2/3 bunyi huruf hijayiah.

Setakat ini, sebahagian hurug telah dibunyikan dengan jaya. Perancangan selepas ini, 3 bulan (sampai Jun 2013), hanya beri pendedahan kepada IQRA sahaja, samada di TV, kereta dan malam. Lebih kepada Al-Furqan. Tapi malam nak campur, selang sehari ayat-ayat Quran (surah Lazim, Yasin dan Al-Baqarah).

Menwujudkan persekitaran Al-Quran dengan menampal satu rumah dengan huruf Al-Quran.

Mulai hari ini sudah mula projek makan dan minum Al-Quran.

Peracangan ini utk 3 bulan, selepas 3 bulan, kena tengok hasilnya kemudian baru tukar strategi kalau tidak berjaya. Untuk tahun ini sehingga tahun depan hanya fakus pada IQRA. Harap dapatkan tamat sebahagian buku Al-Furqan.

Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu yang lemah ini untuk mengajar anak aku Al-Quran dan menjadi penghafal Al-Quran dan Menjadi seorang yang berjaya di dunia dan akhirat.

Mengajar Bayi

Mungkin ada yang terfikir mengajar bayi adalah usaha yang sia-sia. Tapi tidak apabila bayi umur 5 bulan dah pandai pilih kad imbas. Bayi umur 18 bulan dan dah mula ikut 1/2 suku kata, terutama huruf hijayah yang saya rasa memang mersa bayi. Dan banyak suku kata digunakan juga dalam bahasa melayu sepeti na ma sa ya ja wa. Ma ka ta ka ka na ka la. Dan 18 bulan dah ikut hujung perkataan. Saya sangat teruja apabila saya kira perkataan dan suku kata anak saya yang akan masuk 2 tahun pada bulan depan, sudah melebihi 60 suku kata atau perkataan. Di mana sepatutnya anak 2 tahun hanya boleh menguasai 50 suku kata. Insyallah mula pendidikan awal bayi adalah yang terbaik untuk anak-anak. Dia pun tak tertekan sebab kena belajar sambil bermain. Skrg dia sebelum tido sambil main dengan buku. Semalam baru pergi seminar mengajar bayi, mulakan dengan pendedahan bayi kepada kuasa pendengaran mereka. Dengar Al-Quran, Minum Al-Quran, Makan Al-Quran, Main Al-Quran dan Tidur Al-Quran. Ilmu baru setakat ini Main dan Tidur Al-Quran. Anak adalah amanah Allah saya hanya berusaha menjaga Amanah tersebut sebaiknya. Insyallah.

Alhamdulliah Anas dah sehat dan dah mcam biasa

Anas skrg nampak happy dan gembira. Pandai main sendiri. Pergi taska pun nampak gembira dan juga balik. Jadinya aku dah boleh pergi kerja awal dan balik kerja awal jugak.

Anas dah senang nak tido sambil main buku, ipad iqra dia.  Pagi tadi dah bangun tak menangis dan bangun dengan sendiri. Alhmaduuliah semua dipermudahkan oleh Allah.

Pengalaman membantu dan menyusun jadual tidur Anas.

Kira-kira 3 minggu yang lepas, saya mula menyusun jadual Anas supaya tidur pada pukul 10.30 malam. Ini kerana sebelum waktu tidurnya telah kembali tidak menentu sehingga pukul 12.00 tengah malam pun sebelum tidur. Hasilnya pagi-pagi agak susah nak bangun dan kerap mengamuk atau menangis di awal-awal pagi dalam kul 2, 3 atau 4 pagi. Saya pilih pukul 10.30 untuk waktu tidur Anas. Mulanya memang susah sangat nak suruh beliau tidur dan masuk bila. Masuk pilih sahaja beliau akan menangis sehingga satu hari beliau menangis 3 jam tanpa berhenti. Tapi saya kena kuatkan hati dan cekalkan jiwa. Kanak-kanak seusia Anas, kebanyakan akan menggunakan kekuatan menangis untuk melemahkan kita atau memaksa kita mengikut kehendaknya. Saya bertanya dengan kawan-kawan, baca buku-buku dan menonton semua rancangan supernany untuk mencari kekuatan. Alhamdulliah setelah 3 minggu saya dapat menyusun semula waktu tidur Anas. Saya sangat suka sebab Anas senang untuk diajak tidur, dapat buat 'bed time story' dan senang untuk bangun di waktu pagi, Terima kasih Allah dan kawan-kawan yang banyak membantu.

Bayi umur 2 tahun

Pada awal bulan Mac 2013, saya cuba menyusun semula jadual tidur Anas supaya tidur pada pukul 10.30 malam. Sebelum ini beliau ok, boleh tido awal tapi sejak awal tahun Anas semakin tido lewat, kadang2 jejak pukul 12 malam. Mungkin salah saya sebab kami tido depan TV. Jadi langkah awal kami perlu pindah semula tido di dalam bilik. Kira2 dalam kul 10 malam, saya telah memberikan amaran Anas sepuluh minit lagi kita gosok gigi untuk tido. Sebelum itu dia juga akan menangis sebab kehendaknya tidak dipatutnya seperti untuk menengok TV, tapi saya tetap bawak ke bilik. Kadang2 dia menangis juga awalpun telah matikan lampu dan gelap gelita. Tapi kali dia nak cuba berjalan juga walaupun telah gelap.

Pernah juga dia menangis hampir 3 jam, sebab lampu tak dihidupkan. Saya dah letih, saya nak gi dapur ambik air zam2 dan berikan dia minum dengan harapan dia akan ok. Tapi rupanya dia muntah. Setelah itu saya mandikan dan dia pun terus tido selepas itu.

Ada hari yang saya bawak ke padang permainan selepas saya ambik dia daripada balik kerja.

Tapi 2/3 hari sebelum wekend lepas, dia dah ok. tapi weken kami balik kg, jadi payah sikit sebab dia dah jumpa dgn sepupu dia dan sibuk nak main. Tapi alhamduliah malam tadi dia tido awal kul 8.30, mungkin sebab semalam keletihan sebab balik dari kg.



Harap2 selepas ini Anas dan ok. Sebenarnay dengan menyusun jadual yang tersusun untuk anak2, saya rasa hidup saya lebih senang dan tersusun, Jadi saya kena buat juga sebab saya dah biasa susun Anas sejak beliau dari bayi. Jadi saya tahu dia menangis utk apa..adakah untuk susu, makan dan lain.

Semalam cuti jaga Anas

Kalau anak2 sakit nak hantar Taska pun tak sampai hati. Sikap anak yang suka masukkan semua benda dalam mulut kot yang menjadi punca kena sakit. Ya Allah, engkau hilangkan sikap Anas yang suka masukkan semua benda dalam mulut.

Semalam nampak dah ok, ada tu sekali minum susu 9oz dan dia nak lagi, buatkan juga lagi 9oz, Alhamdulliah dah ok, tak muntah lagi,

Tapi petang semalam tak nak makan. Nak kena jaga waktu makan dia memang susah betul.

Cuma malam tadi dia muntah sebab menangis semasa ayahnya keluar, rasanya dia jolok jari. kalau merajuk suka jolok jari.

Tadi kul 5, baru susu. Alhmaduliah ok.

Tido pun dah x bunyi sangat. Patutlah selama tido mcm orang mendengkur dan susu tak boleh lebih 6oz, kalau tak memang muntah. BAtuk siang agak kurang, tapi batuk di waktu malam, dan susu di waktu pagi selalunya diikuti dengan muntah. Harap2 lepas ini oklah. Ya Allah, engkau lindungi anak aku ini, dia terlalu kecil untuk menghadapinya semua, bantulah aku juga untuk menjadi ibu yang bertanggungjawab untuk menjaga amanah ini.

oklah dah azan subuh. Wasalam

pneumonia

Sedih..

Tak tahu nak kata apa, apabila semalam gi pakar dan dr kata anas kena pneumonia (iaitu jangkitan paru2). Aku dalam dilema nak teruskan anas di Taska atau nak hantar ke tempat lain. Pening2222....
 
Dah lama tidak menulis di blog.

Alhamduliah, pada tahun ini bersamaan tahun 1423 hijrah..betul ke? kami berpeluang menunaikan haji.

Cabaran balik lagi besar rupanya. Di sana setiap pagi bangun untuk solat subur di Masjid. Di sini ..susah sungguh.

Aku ini banyak betul kelemahan..demi kelemahan..


Menggalakkan anak meminati buku

Saya telah mencuba membagi kertas kosong, kertas iklan, pampelet, majalah lama  kepada anak saya sejak beliau pandai duduk. Mula2 memang dia koyak, renyuk2kan, masukkan mulut dan lain-lain aktiviti kepada semua kertas tersebut. Tapi hasilnya beliau cepat menghargai kertas dan jarang mengoyak lagi. Saya tidak berapa ingat sejak bila dia pandai menghargai kertas tapi saya rasa dalam 2-3 bulan dia dah pandai menghargai kertas.

Sekarang umur dia dah nak masuk 2 tahun, perubahan saya saya lihat:

1. Dia lebih minat kepada buku, saya sengaja meletak buku dalam kotak mainan tapi dia selalu ambik buku dan memberikan kepada saya untuk membaca. Malahan dia pandai memilih buku di rak buku di mana saya sendiri tidak perasaan kewujudan buku tersebut dan sekarang menjadi buku kegemaran dia. Hampir setiap hari dia ambik dan bagikan pada saya utk di baca bersama2.

2. Dia tidak kesah pada mainan, dia juga tidak meminta mainan semasa di kedai, di pusat membeli belah dan lain2, tapi dia akan kata 'nak' pada  buku, biasa saya akan belikan sahaja. Biasanya semasa kami sekeluarga berjalan2 di Angsana, terdapat satu gerai kecil yang menjual 'ana muslim', selalu dia akan ambik buku di situ dan kata 'nak', Jadi saya akan beli, demi untuk beliau meminati buku. Satu lagi di sebelah ATM machine, terdapat satu kedai majalah, dan dalam kedai tersebut ada macam2, makanan(jajan), main2 kecik dan majalah, buku dlln. Tapi Anas tetap pilih buku.

3. Saya pernah susun satu kotak mainan dan sebelahnya rak buku yang baru beli, saya letak buku2 anas dan buku saya, tapi Anas lebih suka mengambil buku dari mainan.

4. Pagi bangun tidur pun dah ambik buku.

Harap Anas tetap meminati buku selamanya.