Kata-Kata Negatif dan Kata-Kata Positif

Tadi baca balik mengenai kata-kata negatif dan positif yang telah dimasukkan dalam blog pada setahun yang lalu(2008).
Betul juga. Sebab tu di UK nie, Mat salleh sentiasa bercakap benda yang positif. Thanks you, love, You are brilliant, amvilous (sp tak pati ler.malas nak cek ler)..dan lain2. Sebab manusia akan jadi lebih baik kalau diberikan dengan kata positif.

Ianya adalah pengalaman berbeza semasa membesar di tanah air. Kata2 negatif selalu di gunakan samada di rumah, di sekolah. Kalau melihat ke belakang, aku juga mengikut juga teknik ini telah digunakan oleh aku semasa mengajar. Rasa bersalah. Berkat usia yang tersia ini (yang dikurniakan oleh Allah), aku harap dapat mengutip pengalaman yang berguna dan memukar imej apabila balik berkhidmat di tanah air.

Lagipun sebaik hati ialah hati yang lembut dengan saudaranya, hati yang tabah dengan dugaan dan hati yang rendah atau malu dengan penciptanya..

4 comments:

ridzwan bakar said...

Salam Aryati,
Untuk mendapat nikmat hidup kita hendaklah sentiasa positif. Apa sahaja halangan akan dilihat dari sudut ilmu yang Allah akan beri. Juga perjalanan PhD adalah perjalanan mencari kasih sayang Allah.

Good Luck

iu rf said...

terima kasih.. :D

Aryati Bakri said...

Assalamualiakum..

Cik Ridzwan,

Terima kasih. Ramai juga kawan yang telah memiliki PhD, menyatakan yang PhD menhampirkan kita kepada Allah. Ini disebabkan ilmu, itu adalah milik Allah, oleh itu hanya kepada Allah kita meminta. Insyallah saya akan usahakan, walaupun sentiasa rajin dan malas semasa menunaikan ibadah.

Ayu, Terim kasih. Ayu lama lagi ke kat German.

iu rf said...

ada setahun lagi kot.. insyaallah.. meh la jejalan umah sy...hihihi