http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Mempertingkatkan kesihatan mental
Khairul Azhar Idris
KERANGKA dasar Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memacu pembangunan negara untuk tempoh 2011-2015. Antara beberapa dasar yang paling menarik adalah mewujudkan satu pendekatan yang menjurus kepada pembangunan kualiti hidup sempurna di kalangan rakyat.
Setiap individu berhak untuk hidup dan tinggal dalam suasana persekitaran yang kondusif dan berkualiti di bandar mahupun luar bandar. Suasana persekitaran yang kondusif itu pula perlu wujud bukan setakat di rumah mereka, tetapi juga di sekolah, tempat kerja, jalan raya dan di mana jua.
Persekitaran yang kondusif ini penting bagi mempertingkatkan kualiti hidup dan dapat menjamin tahap keselamatan yang tinggi di kalangan mereka. Di samping itu, persekitaran yang kondusif dan jaminan tahap keselamatan yang tinggi juga akan seterusnya mempertingkatkan lagi kualiti kesejahteraan sosial, fizikal dan mental mereka.
Suasana yang ceria, segar dan nyaman serta selamat sudah pasti lebih baik dan lebih menyihatkan seseorang berbanding dengan suasana yang kotor, tidak selesa dan tidak tenteram.
Kesihatan yang menyeluruh meliputi aspek fizikal, mental dan sosial, bukan sekadar ketiadaan penyakit semata-mata. Justeru, faktor persekitaran yang kondusif perlu turut dilihat daripada perspektif bagaimana ia dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dari aspek kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, keagamaan serta kepelbagaian etnik dan ideologi.
Walaupun matlamat itu terlalu ideal, tetapi ia bukan mustahil untuk dicapai kerana dasar dan garis panduan telah diwujudkan. Apa yang perlu adalah memastikan tindakan untuk menggerakkan agensi pelaksanaan bagi menjamin ia tercapai.
Membincangkan isu persekitaran kondusif dan peranannya dalam mewujudkan kesejahteraan fizikal, mental dan sosial di kalangan rakyat amatlah menarik. Memang terdapat beberapa kajian empirikal dilakukan yang menunjukkan hubung kait antara suasana persekitaran dengan tahap kesihatan, baik fizikal mahupun mental dan sosial.
Sebagai contoh, pada tahun 2001, kerajaan Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim pernah mengkaji peranan dan hubung kait antara suasana persekitaran yang tidak kondusif dalam kehidupan sesebuah keluarga dengan pelbagai jenis gejala sosial yang wujud di kalangan penduduk.
Namun di negara ini, kajian-kajian seperti ini masih di peringkat ‘amat terlalu awal’ walaupun ada, amat sedikit jumlahnya dan perlu dipertingkatkan lagi. Ini penting kerana hasil kajian boleh digunakan untuk membantu proses penggubalan dasar yang berkaitan.
Begitu juga, kajian-kajian lain yang seumpamanya perlu turut dilakukan, seperti mengkaji apakah kesan kehidupan di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur terhadap kesejahteraan mental dan fizikal penduduknya.
Apakah kesan kesesakan jalan raya di ibu kota terhadap stres dan penyakit jantung para penggunanya, dan mungkin juga mengkaji adakah ibu negara sesuai dan munasabah untuk didiami jika berdasarkan kepada peranannya dalam peningkatan kadar tekanan dan pelbagai penyakit di kalangan penduduknya, atau sebagainya. Kajian seumpama itu memerlukan kepakaran tersendiri dan IKIM turut melihatnya sebagai satu peluang untuk penyelidikan.
Begitu juga, persekitaran yang kondusif turut akan mempertingkatkan lagi kualiti kesihatan mental di kalangan rakyat, terutama di kalangan para pekerja, baik di sektor awam mahupun sektor swasta.
Persekitaran yang kondusif boleh diwujudkan melalui penyediaan kelengkapan prasarana bagi memudahkan urusan pekerjaan agar dapat berjalan lancar dan selesa. Ia juga dapat dihasilkan melalui bentuk perhubungan dan sistem komunikasi yang baik dan mesra di antara majikan dengan pekerja atau sesama pekerja.
Di samping itu, pelbagai bentuk insentif yang boleh meningkatkan daya motivasi dan inovasi di kalangan pekerja juga boleh mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan akhirnya membantu meningkatkan kesejahteraan mental dan kestabilan emosi para pekerja.
Suasana pada hari ini menyaksikan isu kesihatan mental di kalangan para pekerja agak kurang mendapat perhatian. Ini amat berbeza dengan aspek kesihatan dan perubatan dalam bidang selain daripada kesihatan mental, terutamanya kesihatan yang melibatkan fizikal dan persekitaran.
Golongan pekerja juga merupakan kumpulan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit mental, gangguan emosi, masalah tingkahlaku dan disiplin, kecelaruan personaliti, gangguan identiti dan orientasi seksual, ketagihan dan sebagainya.
Tidak kurang juga terdapat di kalangan mereka yang menghidap tekanan kerja akibat persekitaran pekerjaan yang tidak membantu dan bebanan tugasan yang tidak setimpal, di samping perhubungan dengan majikan dan pekerja lain yang dipenuhi dengan konflik.
Akibatnya, ramai di kalangan mereka menderita dalam diam yang akhirnya menjejaskan produktiviti dan matlamat organisasi. Tidak kurang juga mereka yang mengambil jalan singkat dengan mencedera atau sengaja membunuh diri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Walaupun tiada pangkalan data yang kukuh diwujudkan atau kajian khusus terhadap status kesihatan mental para pekerja dilakukan, namun hasil laporan beberapa akhbar dan media massa mendapati mereka turut menderita akibat penyakit mental dan gangguan emosi.
Ada di kalangan mereka dilaporkan telah membunuh diri atau wujud cubaan membunuh dan mencederakan diri. Ia amatlah serius, lebih-lebih lagi apabila ajaran Islam dan ajaran semua agama di dunia ini yang mengharamkan sebarang cubaan dan usaha untuk mencedera atau membunuh diri.
Kes-kes seperti ini boleh dicegah sejak awal lagi sebelum ia berakhir dengan kecederaan atau kehilangan nyawa. Ini belum lagi termasuk kes-kes yang tersembunyi daripada pengetahuan atau rujukan kepada sektor perubatan dan kesihatan mental, seperti gangguan personaliti, ketagihan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol, gangguan seksual serta sebagainya.
Keadaan seperti itu tidak sewajarnya berlaku, lebih-lebih lagi apabila negara telah menyasarkan matlamat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, dengan peningkatan kualiti pekerja yang berkemahiran tinggi dan hasil pendapatan yang lebih tinggi, setanding dengan kemahiran dan pendapatan di negara-negara maju.
Inilah antara beberapa elemen dalam Model Baru Ekonomi yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang sewajarnya dihayati oleh setiap lapisan pekerja awam.
Matlamat dari dasar ini mungkin tidak akan tercapai sekiranya isu berkaitan kesihatan mental hanya dipandang remeh dan tidak penting oleh pihak yang bertanggungjawab.
Jika selama ini, kita mengambil pendekatan dengan mengadakan seminar, ceramah dan pelbagai kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat berkaitan penyakit mental dan langkah-langkah pencegahan serta penjagaan kesihatan mental yang sempurna, ia sememangnya perlu diteruskan lagi.
Tindakan yang seterusnya perlu diberi perhatian kini adalah mengenal pasti kelompok yang berisiko untuk menghidapinya. Walaupun setiap individu berisiko untuk mengalaminya, namun tahap risiko berbeza antara individu dan harus diperhalusi.
Maklumat demografi dalam mana-mana kajian, contohnya Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan oleh Kementerian Kesihatan wajar digunakan sepenuhnya bagi memahami semua faktor risiko individu yang boleh terdedah kepada tekanan.
Kumpulan itu perlu diberi lebih pemantauan dan intervensi khusus untuk mengurangkan semua risiko gejala tekanan daripada terus berlaku.
Selain itu, ujian saringan tahap kestabilan mental dan emosi juga perlu dilaksanakan secara berkala bagi mengetahui status kesihatan fizikal para pekerja. Hasil ujian ini perlu digunakan bagi memantau sebarang kemungkinan risiko ketidakstabilan mental dan emosi mereka, di samping memilih apakah kaedah rawatan yang bersesuaian untuk mereka.
Penulis ialah Felo Pusat Kajian Ekonomi
dan Kemasyarakatan, Institut Kemajuan
Islam Malaysia (IKIM)
***************
Ana sentiasa menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku. Dia merasa, beliau terlalu kecil untuk memahami apa yang berlaku. Seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku, beliau hanya mendiamkan diri dan menyimpannya menjadi rahsia peribadi. Perasaan membenci lelaki mula tertanam sehingga dia mendirikan rumah tangga. Mendirikan perkahwinan dengan insan yang tidak dikenali, sukar untuk menerimanya, sehingga banyak tekanan yang terpaksa di simpan dan lebih suka mendiamkan diri. Tiga bulan melalui alam rumah tangga menyebabkan Ana sangat tertekan sehingga dia memberanikan diri untuk berterus terang dengan suami yang dia tak mempunyai apa-apa perasaaan terhadap insan yang sah menjadi suaminya. Apa yang terfikir di kepala Ana, ialah perceraian, satu hakikat yang Ana kena hadapi jika ianya terjadi. Ana mempunyai perancangan sendiri untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Tapi sesuatu yang ajaib telah berlaku, si suami menerima segala-gala dan mengharap Ana menerimanya sebagai seorang sahabat bukannya sebagai suami. Ana sungguh gembira. Tidak terfikir ini nilai kesabaran seorang lelaki. Ana dan si suami meneruskan kehidupan seperti biasa. Masyarakat di luar mungkin melihat Ana bahagia sebagai pasangan suami isteri. Ana hanya mampu berdiam diri, setiap kali persoalan anak ditanya oleh masyarakat. Ana tahu masalahnya tapi Ana tetap tak mampu bersuara atau berkongsi dengan sesiapa walapun ibu, akak atau adik-beradik yang lain. Ana merasa, beliau terpaksa menyimpan rahsia ini demi kebahagian dia sendiri dan juga rahsia suami. Suami sentiasa berpesan dengan Ana walaupun apa yang berlaku di dalam rumah tangga adalah rahsia mereka. Ana mengakui kebenaran kata-kata suami, bahawa Ana kena berahsia dengan semua orang. Ana perlu menjaga rahsia keluarga, bukan sahaja rahsia keluarga Ana tapi rahsia keluarga ibunya.
Ana sentiasa sedih dan menangis setiap kali Ana teringat apa yang berlaku. Ana sentiasa tertekan dan Ana tak dapat menerimannya. Ana masih beruntung sebab Ana ada kawan iaitu suami yang sentiasa bersama. Itulah kata-kata sang suami setiap kali Ana menbicarakan soal rumah tangga dan masalah anak kepada suami. Ana beruntung Ana ada kawan, Ana tengok kawan-kawan yang tidak berkahwin, segala mereka kena menguruskan diri mereka sendiri. Ya, Ana beruntung jika hendak dibandingkan dengan mereka yang belum berkahwin tapi jangan bandingkan Ana dengan mereka yang ada anak, yang dapat membina keluarga yang lengkap. Tidak seperti keluarga mini Ana yang terdiri daripada Ana dan suami.
Ana hanya mampu menangis dan menangis. Dulu-dulu, Ana selalu juga kena halau dari bilik tidur kerana Ana selalu sangat menangis. Jika keadaan tekanan Ana sangat tinggi, Ana akan mengingau-ingau dalam tidur. Ana akan bercakap dengan keadaan yang tidak menentu. Keadaan Ana yang hidup dalam tekanan tiada siapa yang tahu, yang tahu ialah Ana. Keadaan berlarutan sehingga kini, kini Ana masih lagi menangis tapi Ana memastikan bahawa tangisannya tidak mengganggu tidur sang suami. Ana kena sedar kesabaran suami bukannya kecil untuk diri Ana. Ana tak kesah apa orang hendak kata. Ana hanya menyimpan masalahnya untuk dirinya sendiri. Ana oooh Ana , bilakan engkau akan menjadi kuat dan menerima semua ketentuan Allah. Ana kadang2 kuat dan kadang2 sangat lemah.
Semalam Ana mimpikan dia lagi. Kenapa Ana tak mampu melupakan dia? Ana pun tak faham. Kata suami menjadi pendoroang untuk Ana meneruskan hidup. Ana, cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Ana lupakan lah dia. Ana dia bukan milik Ana. Ana sedar tapi kenapa dia masih hadir dalam hidup Ana. Kenapa hidup Ana seolah2 di bayangi dia. Ana? Apa yang Ana perlu lakukan...
Ana...akan bersambung...
No comments:
Post a Comment