http://www.bharian.com.my/klikkhas/Najib_MappaXI/index_html
UCAPAN DATUK SERI NAJIB RAZAK
DI MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM KE-11 (MAPPA XI)
DI DEWAN PLENARY PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC), SELASA, 9 PAGI


Salah satu lagi agenda nasional bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi ialah pengeluaran modal insan yang berkualiti. Untuk itu kita mahukan institusi pengajian tinggi awam mempunyai murabbi yakni tenaga pengajar dan penyelidik yang terbaik dan bermotivasi. Kerana itulah, kerajaan akan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah IPTA dan pensyarah Institut Perguruan. Hari ini contohnya, seorang profesor di IPTA hanya boleh mencapai Gred Khas A. Kita akan mengkaji semula untuk membenarkan Profesor di IPTA naik hingga peringkat tertinggi Turus tanpa perlu memegang sebarang jawatan pentadbiran di IPTA terbabit.

Untuk itu satu mekanisme khas akan diwujudkan pada peringkat nasional yang akan melibatkan elemen panel berkecuali dan "peer review" bagi memastikan penilaian yang adil diberi terhadap proses kenaikan gred ini. Kenaikan tersebut, hendaklah berdasarkan meritokrasi kerana negara memerlukan yang terbaik. Mahu tidak mahu, dalam apa jua bidang dan lapangan, kita tidak boleh bertolak ansur dengan tahap mediokriti atau budaya kecincaian. Pokok pangkalnya, kita mahukan IPTA di Malaysia menjadi "paragon of excellence"

No comments: