- semua ayat Quran baik dan penting,
- ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul (diri dan anak2)
Pertama,
Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul.
Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini adalah surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
Ketiga, surah
Al-Kafirun. Bahagian ini, menarik sikit. Surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak-anak kita mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
Kalau berpegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, akan selamat. Jika bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.
Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kalau minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman.
Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda. Kalau pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang.
Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".
**********
Daripada video semalam (Dr Wayne Dyer's 'Power Of Intention').
Dapat disimpulkan 12 idea connection to
1. What more than other than yourself.
2. Think from the end.
3. Be an appreciator.
4. Stay in rapport with source energy.
5. Understand resistance.
6. Comtemplate yourself surrounded by conditions that you want to produce.
7. Understand the art of allowing.
8. Practise radical humility.
9. Be in a state of gratitude.
10.Do not resolve a problem by condemning it.
11.Play the match game.
12.Meditate.
Komen: secara peribadi 12 idea yang diutarakan amat2 jelas dan nyata dengan ajaran Islam.
(insyallah akan dikaitan dengan Ayat Quran dan Hadis..tak sempat nak rujuk)
No comments:
Post a Comment