http://www.motivasibelajar.com/page/6
Namun, saya percaya NA sedang mencari sesuatu yang lebih baik. Bukan apa yang biasa dilakukan oleh remaja lain. Itu sangat menggembirakan hati saya. Hari ini saya ingin cadangkan 3 perkara kepada NA.
Pertama, lupakan semua masalah itu seketika dan ambil sekeping kertas dan pensel. Tuliskan di atas kertas itu apa sahaja yang NA mahu dapat dalam hidup. Tulis apa sahaja. Mungkin NA mahu jadi pelajar yang pandai dalam subjek Sains dan Matematik, mungkin mahu mendapat lebih perhatian daripada ibu bapa atau mungkin NA mahu ada hubungan yang baik dengan guru di sekolah. Selepas tulis, pejamkan mata seketika, dan cuba bayangkan jika ia semua menjadi kenyataan. Sangat penting, rasakan apakah perasaannya jika ia benar-benar menjadi kenyataan. Saya percaya jika itu semua tercapai, NA akan rasa lebih gembira, teruja dan mungkin lebih tenang.
Pelajar yang tidak gembira dan bermasalah selalu fikirkan dan fokuskan minda mereka kepada perkara-perkara yang membuat mereka sedih dan resah. Mereka asyik fikir yang orang sekeliling tidak sayangkan mereka dan mereka fikir seolah-olah satu dunia sedang berperang dengan mereka. Apabila pelajar yang tidak gembira ini mula fikirkan perkara-perkara yang menggembirakan, mereka terus berubah. Cadangan saya, kekalkan dalam minda perkara-perkara yang menenangkan seperti apa yang ditulis tadi. Jangan risau jika NA terfikir yang semuanya belum terjadi. Apa yang penting, minda perlu difokuskan kepada perkara yang baik.
Kedua, kegagalan yang lepas bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri sendiri. Walaupun NA kata lemah dalam subjek Maths dan Science, ia tidak bermaksud NA tidak boleh score subjek tersebut sampai bila-bila. Cara terbaik untuk mengubah perkara ini ialah dengan berjumpa dengan cikgu-cikgu yang mengajar subjek tersebut. Berterus-terang dengan mereka yang NA rasa lemah dalam subjek itu dan berazam untuk jadi lebih baik. Saya percaya cikgu yang mengajar subjek tersebut akan menyokong NA.
Ketiga, amat penting, saya cadangkan NA berjumpa dengan guru kaunseling di sekolah. Saya sebenarnya tidak dapat melihat gambaran sebenar apa yang berlaku. Jadi pandangan dan pendapat saya agak terbatas. Saya percaya, jika NA jumpa dengan kaunselor sekolah, mereka akan boleh membantu dengan lebih kerana mereka boleh luangkan masa secara berdepan dengan NA. Jangan bimbang jika ada pelajar kata siapa yang jumpa kaunselor itu bermaksud dia pelajar bermasalah. Bukan itu sahaja tugas kaunselor. Kaunselor berperanan untuk membantu pelajar melihat potensi yang tersimpan dalam diri mereka dan jadi lebih hebat daripada keadaan diri mereka sekarang.
Saya doakan agar NA dikurniakan kejayaan yang cemerlang, ketenangan hati yang berpanjangan dan keberkatan dalam mencari ilmu untuk kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
http://www.motivasibelajar.com/page/6
No comments:
Post a Comment