http://aliawangnet.blogspot.com/2010/01/kawalan-minda.html
KAWALAN MINDA
Semakin kita lama hidup semakin banyak pengalaman pahit manis yang kita hadapi dan tempuhi. Itulah kehidupan. Tidak semua masalah kita berakhir dengan kejayaan atau penyelesaian. Sebahagian besar menjadi stigma dalam diri kita akibat pengurusan minda yang tidak cekap. Maslah semua orang menghadapinya. Masalah itu sebahagian dari kehidupan. Bagun dari tidur sahaja kita sudah mengalami masalah seperti masalah masih mengantuk walaupun tidur sudah banyak, maslah amals bangun, masalah lapar, masalah nak buang air kecil, masalah sejuk nak mandi dan sebagainya. Itu baru yang kecil-kecil, rutin dan terpaksa dihadapi.
Ada masalah yang dicari dan ada masalah yang terpaksa dihadpi yang tidak terfikir oleh akal kita. namun yang pasti kita perlu hadapi mahu atau tidak mahu. Kalau kita hadapi masalah , kita percaya segalanya datang dari Tuhan kerena Dia ingin mencuba kita, alhamdulillah sekurangnya melegakan kita. Bersabar ada pahalanya. Kepercayaan bahawa jalan penyelesaian pasti ada cuma menunggu masa yang sesuai dan orang kata "sekunrasi", meminjam perkataan kelate'.
Satu lagi yang perlu difikir oleh kita ialah kebolehan kita mengawal masalah kita jika kita mahu. Kita kena ada ilmu dalam mengurus diri terutama dalam mengurus minda. Kawalan minda secara intensif dan sedar banyak membantu kita mengurus masalah sebelum ia menjadi gangguan pemikiran atau stress. Manusia yang stress memungkinkan berakhir dengan masalah jiwa dan gangguan perasaan. Jangan jadi gila sudahlah. Yang pasti jika anda belajar mengawal minda kita akan mampu mengawal nafsu amarah kita.
1. Potong Terus
Bila kita menghadapi tekanan perasaan yang serius yang mengganggu diri apa salahnya kita cuba mengawal minda kita dengan menghentikan terus pemikiran kita kepada apa yang difikir dengan segera. Kita lupa terus. Usah fikir. Persetan dengan memikir perkara yang akan menyusahkan kita, menyedihkan kita, memarahkan kita , yang membangkit pelbagai perkara negatif lain. Tentu boleh walaupun pada awalnya sukar. Latihan sangat perlu. Yalah semua perkara perlu latihan barulah berjaya. Kejayaan tidak datang secara spontan. ...ah tak payah ingatlah! baik aku fikir yang lain.
2. Ganti Terus
Ya jika kita terfikir masalah kita, cuba kawal minda anda dengan mengingat perkata lain. Jika kita ingat perkara yang menyakitkan, menyedihkan. Kawal minda kita dengan mengingat perkara lain yang menyeronokan, yang menghiburkan. Sekali lagi ia tidak datang secara mudah tanpa latihan. Contoh jika kita ingatkan jiran kita selalu mengatakan kita bodoh, dungu, pemalas maka kita ganti dengan dengan mengingat bahawa kelmarin aku pergi KL, seronok naik Grand Parkson, membelibelah dan sebagainya. Insyallah kita boleh lupakan kebejatan perasaan kita.
3. Gembar-gemburkan idea.
Satu lagi kaedah kawalan minda ialah dengan mengulangi apa yang orang kata pada kita. Contoh bila orang kata kita tidak cekap, kena marah kerana tidak cekap, apa salahnya kita gembargemburkan kata-kata orang itu. Aku memang pemalas, aku tidak cekap, aku bodoh dan sebagainya. Bila kita ulang-ulang perkara negatif secara tidak langsung kita akan ingat perkara yang positif yang kita pernah dapat dan buat. Contohnya, jika kita bodoh bagaimana kita lulus SPM 5A5B. Kalau kita tidak cekap bagaimana kita berjaya dalam projek A. kalau kita malas bagaimana kita selalu datang awal bekerja. Ingat bahawa kita ada kelemahan namun membaiki kelemahan itu merupakan kekuatan kita.
4. Segala masalah adalah ujian.
Sebagai orang Islam kita perlu ingat bahawa segala masalah adalah ujian Tuhan. Tuhan tidak beri kita pahala dengan percuma. Tidak menasabah dengan tidur sepanjang hari kita mampu diberi pahala oleh Allah. Yang pasti untuk berjaya mesti melalui ujian dan rintangan. Dalam menghadapi dugaan ini kita kena banyak sabar. Sabar separuh dari iman. Kita tidak perlu merungut sebab bila kita merungut keikhlas diri hilang. Kita jangan marah sebab marah yang membakar akan mengundang musuh ke dalam hidup kita. Yang jelas kita perlu bersyuku dan bersyukur.
5. Zikir.
Kehebatan zikir dalam kawalan minda hanya mapu dialami oleh orang yang mengamalkannya. Zikir melembutkan hati dan pemikiran. Dengan berzikir kita lupa masalah dan kita ingat Tuhan. Lakukan apa yang Tuhan suka mendekatkan kita padaNya. Insyallah tuhan akan tolong kita menghadapi masalah. Kita yakin pertolongan Tuhan. Kita percaya janji-janji Tuhan. Kita pasti tenang. Zikir dilakukan dengan membaca astaghfirlah...., subhanallah....., baca quran.... Solat sunat, doa dan semua yang Tuhan suka. Pasti berjaya.
Ingat masalah itu sendiri adalah kehidupan kita yang perlu dihadapi dan diselesaikan. Manafaatkan masalah menjadikan kita hebat, cemerlang, seronok dan mampu meningkat maruah dan pengiktirafan. Sekian.
http://aliawangnet.blogspot.com/2010/01/kawalan-minda.html
No comments:
Post a Comment