1 pelajar RM85k

1 pelajar RM85k
Oleh Irwan Shafrizan Ismail

2010/07/05
Kerajaan biaya 90 peratus kos yuran pengajian IPT; Pinjaman PTPTN graduan kelas pertama jadi biasiswa

KUANTAN: Kerajaan menyediakan subsidi yuran pengajian secara purata sebanyak RM85,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) setiap tahun.

Ini berdasarkan peruntukan sebanyak RM8.5 bilion yang disediakan dalam bentuk subsidi yuran pengajian membabitkan kira-kira 100,000 pelajar di dalam dan luar negara, tahun lalu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata subsidi sehingga 90 peratus daripada kos pengajian asal itu adalah untuk meringankan beban ibu bapa dan pelajar.
Sebagai contoh, katanya, kos sebenar pengajian perubatan selama lima tahun di IPT tempatan ialah sebanyak RM200,000 dengan kerajaan menanggung RM181,00 daripada kos itu berbanding hanya RM19,000 yang perlu dibayar pelajar.

Bagi pengajian kejuruteraan, kos pengajian selama empat tahun adalah sebanyak RM105,404 dengan kerajaan membayar subsidi sebanyak RM94,644, manakala pelajar hanya membayar RM10,760.

"Kedua-dua jurusan pengajian ini menunjukkan kerajaan memberi subsidi sebanyak 90 peratus dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk tanggungan pelajar dan ibu bapa," katanya merasmikan Minggu Induksi Siswa 2010 Universiti Malaysia Pahang (UMP) membabitkan 1,614 pelajar baru di kampus induknya di Gambang dekat sini, semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof Dr Yuserrie Zainuddin.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, kos pengajian jurusan sastera ikhtisas selama tiga tahun di IPT tempatan adalah sebanyak RM27,813 dan subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM20,175, dengan pelajar membayar RM7,638.

"Selain subsidi pengajian, kerajaan juga menyediakan pelbagai biasiswa dan pinjaman, termasuk menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), katanya.

Malah, kerajaan juga memutuskan jumlah pendapatan ibu bapa pelajar yang memohon pinjaman penuh PTPTN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled meminta semua IPT mengemukakan segera jumlah pelajarnya mendapat kepujian kelas pertama bagi memudahkan pinjaman pendidikan mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Katanya, perkara itu sejajar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2010, supaya pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas pertama atau setaraf.

Mengikut perangkaan PTPTN, ada kira-kira 2,000 pelajar yang layak mendapat kemudahan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM73 juta.

"Bagaimanapun, sehingga 24 Jun lalu, PTPTN hanya mendapat perangkaan daripada 18 IPT awam dan swasta membabitkan 1,200 pelajar.

"Pelajar yang menamatkan pengajian pada 1 Januari lalu dan memperoleh kepujian kelas pertama serta memenuhi syarat ditetapkan boleh memohon untuk menukarkan pinjaman mereka kepada biasiswa, katanya.

Seramai 105,377 pelajar berjaya mendapat tempat di IPTA seluruh negara bagi sesi pengajian 2010/2011, membabitkan 58.6 peratus perempuan dan 41.4 peratus lelaki.

Daripada jumlah itu, 40,366 pelajar mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama, manakala 65,011 pelajar peringkat diploma termasuk di politeknik.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen
LODUMA BIN DUNGUI
Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana mengambil kira kepentingan rakyat tetapi saya merasa terkilan juga bila pelajar yang mengambil pendidikan luar kampus di mana mereka ini tidak ada kemudahan yang membolehkan mereka menikmati kemudahan sepertimana yang di perolehi mereka yang belajar sepenuh masa di IPT.
saya mencadangkan agar ibu bapa yang belajar melalui pengajian jaraj jauh di beri kemudahan yang serupa kerana pengorbanan mereka juga amat besar di mana mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan isi rumah kerana membayar kos pengajian mereka. saya mencadangkan ibubapa yang telah menamatkan pengajian melalui program Jarak Kauh diberi BIASISWA.
joy
bersyukur dgn pemerintahan kerajaan BN..amin..
rizam
mintak klu RMK10 kerjaan dapat menjadikan pinjaman PTPTN bagi ijazah kelas ke dua dijadikan biasiswa
Azrul Azly Zarul Fuad
Azrul Azly Zarul Fuad
Pada masa hadapan, mereka yg disubsidi ini juga yg akan membangunkan negara, dan membantu anak-anak masa depan pula.
shaharuddin haron
rebutlah peluang yang ada,gunakan duit pinjaman itu ditempat yang betul, duit yang lebih perlulah disimpan.yang baik buatkan panduan,yang tak elok jangan diulang lagi.
Muhammad BB
Salam! Saya setuju dengan cadangan ini, tetapi perlaksanaa kadang-kadang tidak dilaksanakan bagaimana yang di wawarkan. Sebagai contoh, pinjaman PTPTN, ada yang mendapat dengan mudah ada yang susah. Saya mengahadapi begitu sukar hendak membuat rayuan. Anak saya membuat Diploma mendapat tidak penuh lepas itu degree pun begitu(yuran saja) Mereka mengatakan bahawa saya bergaji besar. Saya ada tujuh orang anak, besar pun kena bayar segala pinjaman dan juga belanja anak-anak. Bagi sesaorang yang ada sikit anak mereka mendapat penuh. Saya harap kerajaan akan ambil kira jumlah bilangan anak-anak.

Kalau tidak dapat pinjaman yang mencukupi, masalah satu keluarga akan timbul seperti mengambil ambil pinjaman peribadi dan sebagainya. Menambah lagi masalah keluarga. Lama kelamaan tidak ada munafaat yang anak-anak dapat selain dari buku pinjaman percuma semasa sekolah rendah dan menangah.
Sedangkan pembelanjaan sesebuah keluarga semakin bertambah dan inflasi pun meningkat.Sesaorang yang makan gaji sentiasa membayar cukai pendapatan. Tetapi yang buat business sendiri, membawa kereta besar bila anak-anak memohon pinjaman PTPTN mereka mengatakan bahawa gaji ayah bawah RM1500 dan mereka dengan mudah mendapat pinjaman. Sedangkan mereka dapat duit poket dari ayah melebihi dari RM500 ada yang dapat RM1000 sebulan.Kebanyakan anak-anak ini tidak mendapat keputusan yang baik bila menduduki ujian. Masuk IPTA dengan bawak kereta, duit banyak kelak tidak mendatangkan manafaat pada negara sebab hidup awal-awal mewah. Hendak mendapat pinjaman dengan bebohong. Ni lah kesan jangkan panjang datang dari keluarga yang sedemikian.

Yang jujur yang ikhlas membesarkan anak-anak kadang-kadang macam menanguh simpati. Dulu anak saya mendapat 8 A1 tidak dapat biasiswa ke luar negara. Tak tahulah pinjaman tu di jalankan dengan adil atau tidak. Saya haraplah kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kuasa biarlah telus, amanah dan adil. Janganlah yang kaya bertambah kaya, yang tidak ada "kenalan" saja diketepikan.
Hidup ini biar ikut agama, kalau tidak negara kita ini dan bangsa Melayu jangan panjang tidak terdiri dari bangsa yang dibanggakan sebab kebanyakan memikirkan tentang diri masing-masing. Kualiti insan dah takada dan akhirnya bangsa Melayu tidak berguna yang kita ada.

ALLAH SNW jadikan kita untuk kenal dia. Segala perbuatan ada di balas. Yang baik akan ditanya yang tidak akan dihukum. Rezki yang baik/buruk akan jadi darah daging kita.
Sekian Wasalam

SAM
Saya sebagai bapa kepada pelajar penuntut Uitm mengucapkan terima kaseh kpd kerajaan kerana memberi sudsidi yang besar kepada penuntut yang belajar di universiti berkenaan .Sama samalah kita berfikir untuk menyokong pihak lain yang tiada memberi apa apa bantuan kepada kita.

Bapa penuntut
haddin
Pendidikan sangat penting bagi pembentukan SDM,salah satunya...dengan adanya subsidi..
DINO
Alhamdulilah Bersyukur kepada Allah dan terimakasih pada kerajaan pemerintah yang banyak dan perihatin akan masaalah pendidikan rakyat Syabas. Semarakan semangatkan 1 Malaysia
Abdul Jalil bin Ramli
Penjelasan daripada Menteri Pengajian Tinggi itu membuktikan bahawa kerajaan Malaysia merupakan sebuah kerajaan yang sangat mengambil berat terhadap rakyatnya khusus kepada pelajar di universiti yang begitu beruntung kerana hanya perlu membayar sekitar 10% sahaja daripada kos keseluruhan pengajian. Ini perlu dilihat oleh pelajar sebagai komintmen tinggi kerajaan terhadap mempertingkatkan taraf pendidikan rakyatnya dan dalam masa yang sama para pelajar seharusnya menterjemahkan keprihatinan kerajaan itu melalui usaha keras bagi mendapatkan pencapaian yang terbaik sewaktu belajar di universiti. Mereka perlu mengubah sikap sambil lewa dan negatif terhadap usaha ke arah kecemerlangan.
Dalam pada itu, saya merayu kepada kerajaan supaya memanjangkan insentif menukar pinjaman kepada biasiswa bukan setakat mereka yang menamatkan pengajian dengan kelas pertama pada 1 Januari tahun ini sahaja tetapi juga kepada graduan yang telah mencapai kepujian kelas pertama untuk tahun-tahun sebelum 2010 kerana jumlah yang terlibat bukanlah begitu besar dan ini juga sebagai satu bentuk keadilan kepada semua graduan yang cemerlang. Harap YB Menteri Pengajian Tinggi menimbangkan syor tersebut dengan penuh bijaksana.

No comments: