Kenangan 2010

Tak sangka..dan alhamdulliah kepadaNya kerana memberikan kejayaan berganda pada tahun 2010

28.5.2010 tarikh hantar thesis PhD
12.7.2010 Tarikh viva dengan minor correction
akhir July 2010 gi honeymoon ke Paris dan London
13.8.2010 selamat dan berjaya dalam PhD
15.8.2010 selamat dan kembali bertugas di Malaysia
dalam bulan Julai dijangkan awal permulaan disahkan mengandung tapi pengesahan hanya dilakukan pada bulan August 2010
24.11.2010 di lantik menjadi pensyarah kanan


Rasanya inilah pencapaian yang paling besar dan pelbagai dalam tahun 2010. Alhamdulliah.

Ya Allah jadikan aku seorang yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu.

Kewibawaan akademia, Amanah Ilmu

http://khalednordin.com/?p=805

Kewibawaan akademia, Amanah Ilmu
Oleh Mohamed Khaled Nordin
KEHEBATAN sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau universiti tidak bergantung kepada kemegahan dan kecanggihan bangunannya, tetapi kewibawaan ahli akademiknya. Tidak kira sama ada ahli akademik itu berjawatan Tutor sehinggalah Profesor, merekalah penentu kepada kualiti dan kecemerlangan IPT negara.

Mengikut rekod Kementerian Pengajian Tinggi iaitu sehingga November 2010, negara mempunyai seramai 28,571 orang tenaga akademik tempatan di seluruh 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kita percaya bahawa angka tersebut merupakan satu jumlah yang besar. Berbanding pada era awal kemerdekaan negara, kita terpaksa mengimport tenaga akademik dari luar negara khususnya Indonesia untuk berkhidmat di IPTA kerana kekurangan jumlah pengajar ketika itu.

Kuantiti tenaga akademik yang kita miliki mestilah seiring dengan kualiti. Ini bermakna, jumlah ahli akademik yang besar tidak akan membawa sebarang makna jika ia tidak berupaya membentuk satu kekuatan untuk melahirkan tenaga akademik berkualiti tinggi yang akhirnya mampu melahirkan modal insan yang bernilai untuk negara.

Saya telah berkesempatan bertemu dengan para akademia muda dalam Program Kepimpinan Kreatif dan Inovatif Akademia Muda dan Transformasi Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2010 anjuran Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) baru-baru ini.

Sewaktu berucap, saya mengingatkan kepada mereka, sebagai ahli akademik khususnya para akademia muda yang baharu sahaja memulakan karier dalam dunia akademik, banyak perkara dan pertimbangan yang perlu diambil kira untuk menjadi sarjana yang benar-benar berwibawa dan menyumbang secara tepat kepada pembangunan negara.

Difahamkan, rata-rata tenaga akademia muda kita kini mempunyai kelayakan akademik di peringkat Ijazah Kedoktoran atau PhD dan Sarjana. Ini seharusnya menjadi kelebihan kepada mereka menjadi seorang ahli akademik yang berkualiti tinggi dan bersedia mengharungi dunia akademik dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Sehingga kini, dilaporkan, seramai 8,031 tenaga akademik berkelulusan PhD iaitu mewakili 28.1 peratus, manakala 15,986 orang atau 56 peratus pula berkelulusan Sarjana.

Untuk menjadi seorang ahli akademik yang berwibawa dan dihormati dalam bidangnya, ia memerlukan perjalanan atau tempoh masa yang panjang. Walau bagaimanapun, perjalanan yang panjang itu pastinya bermula pada satu titik mula yang akan menggerakkan potensi dan bakat yang ada.

Sebagai akademia muda, mereka perlu menggarap dan mencanai kekuatan di samping mencari arah yang tepat menjadi seorang ahli akademik yang terbaik dan berwibawa. Kedudukan sebagai ahli akademik di universiti tidak boleh dianggap sebagai satu profesion atau pekerjaan makan gaji semata-mata tetapi satu tanggungjawab yang besar membawa Amanah Ilmu kepada masyarakat.

Justeru, akademia muda bukanlah mereka yang mentah, sebaliknya pemikiran dan sikap mestilah dewasa iaitu maksudnya matang dan mempunyai tahap ilmu yang mantap. Oleh kerana itu jugalah, dalam konteks kenaikan pangkat dalam perkhidmatan akademik misalnya, ia bukan berasaskan kekosongan seperti dalam skim perkhidmatan-perkhidmatan yang lain, sebaliknya ia bergantung sepenuhnya kepada pencapaian dan merit ahli akademik itu sendiri.

Dalam erti kata yang lain, usia akademia muda sewajarnya tidak menjadi penghalang untuk terus cemerlang tetapi apa yang penting, terus mencabar kemampuan diri untuk memberikan yang terbaik.

Sebagai seorang ahli akademik, mereka sebenarnya menggalas amanah yang cukup besar iaitu Amanah Ilmu kepada masyarakat. Tanggungjawab sebagai seorang ahli akademik mesti dilihat sebagai satu tanggungjawab suci demi perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Tiada pekerjaan dan tanggungjawab yang lebih murni selain tugas ahli akademik yang menyambung tradisi ilmu dan mendidik anak bangsa di negara.

Apatah lagi, dalam hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa menjelang tahun 2020 seperti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), tenaga akademik khususnya ahli akademia muda merupakan peneraju dan pemain utamanya.

Inilah yang menjadi intipati ucapan saya dalam program tersebut. Untuk menjadi ahli akademik yang terbaik juga, selain menguasai ilmu, para akademia muda perlu memelihara kewibawaan mereka sebagai ahli akademik.

Ini bergantung kepada, Pertama, mempunyai pegangan dan percaya akan nilai teras ahli akademik iaitu mencari kebenaran melalui penyelidikan dan berani mempertahankan kebenaran tersebut berasaskan fakta dan bukannya emosi mahupun ideologi.

Latihan ini juga berupaya memupuk semangat dan keinginan yang tinggi mereka untuk mencari kebenaran dan tidak pernah berpuas hati dengn dapatan yang ada. Pembudayaan pemikiran yang kritis dan kritikal ini adalah selaras dengan sistem nilai dan norma yang sememangnya sentiasa dipupuk dan dipertingkatkan di kalangan kita.

Kedua, melaksanakan konsep “Akademik Berbudaya Cemerlang”. Dalam erti kata yang lain, ahli akademik mesti berusaha sedaya upaya menjadi yang terbaik sama ada dalam konteks pengajaran, penyelidikan, penerbitan mahupun sumbangan masyarakat untuk mencapai kebitaraan akademik.

Harus diingatkan, ilmu dan keilmuan seharusnya tidak tertumpu sekitar persekitaran dewan kuliah dan bilik makmal semata-mata. Sebaliknya, ahli akademik juga harus berani keluar dari zon selesa dan memanfaatkan ilmu dan keilmuan mereka di luar menara gading.

Ketiga, melaksanakan pembangunan akademik sendiri. Ini termasuk mengambil inisiatif sendiri menambah kemahiran-kemahiran tertentu yang kreatif dan inovatif, misalnya dalam konteks pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih menarik dan dinamik.

Keempat, bukan sekadar menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, tetapi ahli akademik juga hendaklah mengamalkan pembelajaran tersebut. Ini adalah kerana ilmu sentiasa berubah dan mereka mesti memastikan tahap ilmu yang dimiliki sentiasa dinamik dan relevan.

Dalam hal yang sama juga, saya menyeru kepada kepimpinan universiti untuk mengambil langkah-langkah proaktif dan strategik untuk menggerakkan tenaga akademik muda agar tidak terbiar begitu sahaja.

Ini kerana kita sering melihat dunia luar apabila bercakap soal talents atau bakat, tetapi lupa bahawa bakat yang dimiliki dalam organisasi kita juga memerlukan perhatian yang serius dan pengurusan yang bijaksana.

Apa yang jelas, akademia muda di IPT mempunyai peranan yang penting dalam melestarikan kewibawaan menara gading yang selama ini gah dengan peranannya melahirkan cerdik pandai dan modal insan yang bernilai untuk negara.

Mereka mesti mempunyai penghayatan ilmu yang tinggi kerana kelulusan akademik seperti PhD atau Sarjana, hanyalah permulaan bagi mereka untuk memasuki dunia akademik yang penuh mencabar ini.

Tidak boleh dinafikan bahawa, seorang profesor yang baik bermula daripada seorang akademia muda yang benar-benar berkualiti dan sedar akan tanggungjawabnya. Suatu hari nanti, akademia muda ini berpeluang untuk bergelar Profesor Ulung jika mereka benar-benar komited dan dedikasi dengan amanah ilmunya.

Kita bertuah kerana kerajaan mengiktiraf peranan ahli akademik dengan memperkenalkan penganugerahan Profesor Ulung. Jika suatu hari nanti, mereka akan dianugerahkan taraf profesor tersebut, tahniah saya ucapkan terlebih dahulu dan bersedialah menjadi pemikir dan ikon negara yang sentiasa dirujuk, dihormati dan relevan.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel mkhaled.mohe@gmail.com

Posted in Ministry of Higher Education |

SBP: Antara dua darjat

ARKIB : 29/11/2010
SBP: Antara dua darjat

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

Reputasi sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkualiti tinggi sudah terbukti. Saban tahun, pencapaian akademik pelajar SBP secara keseluruhan adalah yang ter- baik. Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepuluh sekolah terbaik sentiasa didominasi oleh SBP.

Kecemerlangan ini disebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di SBP sangat kondusif. Kemudahan prasarananya lengkap dan sempurna. Komitmen pengurusan dan guru di sekolah kategori ini juga amat tinggi.

Faktor tersebut membuat ramai ibu bapa mahu menghantar anak ke SBP termasuk yang tidak mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Hakikatnya tempat yang ada sangat terbatas. SBP hanya mampu menampung sepuluh peratus daripada 48,327 calon yang mendapat semua A dalam UPSR baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kementerian Pelajaran akan menggunakan asas pemilihan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin untuk kemasukan ke SBP mulai pengambilan tahun depan.

Hal ini selari dengan matlamat asal penubuhan SBP iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera yang cemerlang dan berpotensi daripada keluarga berpendapatan rendah sama ada dari bandar, kampung mahupun pedalaman.

Sejak tiga dekad yang lalu, dasar ini telah berjaya membanteras kemiskinan melalui pendidikan. Hasilnya, ramai lepasan SBP yang kini mengisi jawatan utama sama ada di sektor awam mahupun swasta. Ramai juga yang menjadi pemimpin ternama dan usahawan yang berjaya.

Justeru, ibu bapa yang berkemampuan usahlah bersaing untuk merebut tempat ke SBP ini. Berilah ruang dan peluang kepada yang lebih memerlukannya. Hantarlah anak kita ke sekolah harian biasa yang tidak kurang hebatnya.

Ada juga sekolah harian yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Walaupun bilangan sedikit namun ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

Manakala ibu bapa yang pendapatan isi rumahnya puluhan ribu sebulan pula boleh memilih sekolah swasta sebagai alternatif.

Secara sifir mudahnya, ibu bapa kategori ini mampu menyediakan kemudahan pendidikan yang setara atau lebih baik daripada apa yang terdapat di SBP.

Mereka tentunya tidak menghadapi kekangan kewangan untuk menghantar anak ke pusat tuisyen atau mengupah guru mengajar di rumah. Apatah lagi membeli buku latih tubi atau sisipan pendidikan Utusan Malaysia.

Jika masih belum mencukupi, langgan pakej pembelajaran atas talian yang banyak terdapat di pasaran, misalnya Portal Pendidikan Utusan di www.tutor.com.my.

Kepada alumni SBP, inilah masa untuk membalas jasa. Pertama, jangan hantar anak ke SBP walaupun layak secara akademik supaya anak orang susah dapat menikmati kemudahan belajar yang sempurna. Hal ini keranan mungkin itu satu-satunya peluang untuk keluarga tersebut keluar daripada belenggu kemiskinan.

Kedua, hulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk khususnya kewangan untuk membantu pelajar di SBP yang memerlukannya sama ada sebagai wang saku atau untuk membeli buku, alat tulis dan pakaian kelengkapan sekolah.

'Keunikan' tugas hakiki diambil kira ganti PTK

'Keunikan' tugas hakiki diambil kira ganti PTK
Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
2010/12/08
JPA akan beri penekanan pencapaian tugas individu

PUTRAJAYA: Satu sistem penilaian yang mengambil kira 'keunikan' setiap jabatan kerajaan akan diguna pakai bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditamatkan mulai 1 Januari ini. Ketika PTK ditolak sesetengah kakitangan awam, sistem penilaian baru itu yang sedang dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan turut memberi penekanan kepada pencapaian individu dalam tugas hakikinya. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata pada ketika ini, PTK ‘mengukur’ kecekapan pegawai secara sama rata tanpa banyak mengambil kira jurusan hakiki masing-masing.

“Tiap-tiap jabatan ada keunikan masing-masing jadi ia tidak boleh dinilai secara sama rata, misalnya jika kakitangan berada dalam bahagian pentadbiran tidak boleh sama dengan bahagian teknikal," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, sepatutnya PTK juga menekankan keunikan setiap jabatan itu
tetapi oleh kerana ia sudah menjadi budaya dalam perkhidmatan awam ia nampak seolah-olah diseragamkan.
Katanya, JPA diberi masa sehingga Jun depan untuk mengemukakan sistem penilaian baru itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Bajet 2011 lalu.

Beliau berkata, nama kepada sistem penilaian baru itu juga belum ditentukan.

Bagaimanapun, katanya, proses kenaikan pangkat kakitangan awam antara Januari hingga Jun depan akan diteruskan dengan keutamaan masih diberikan kepada mereka yang lulus PTK yang diduduki sebelum ini.

Menjawab soalan, katanya, sistem penilaian baru itu kelak juga akan mirip kepada kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu tetapi enggan menjelaskan terperinci.

Walaupun sesetengah kriteria akan berfokus kepada bidang hakiki kakitangan berkaitan, beberapa subjek seperti kenegaraan akan diteruskan dalam penilaian baru itu kelak kerana ia penting untuk seseorang kakitangan kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010 yang disiarkan di laman web JPA sebelum ini menyatakan pelaksanaan PTK akan dihentikan berkuat kuasa 1 Januari ini selaras dengan pengumuman kerajaan dalam pembentangan Bajet 2011 pada Oktober lalu.

Justeru, lulus PTK bukan lagi syarat untuk kenaikan pangkat mulai 1 Januari ini.

PTK diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) bermula 1 November 2002 bertujuan menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi.

PTK dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.

Bagaimanapun, peperiksaan itu menimbulkan pelbagai kontroversi kerana dikatakan ramai kakitangan terutama yang berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat.Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my
2010/12/08
JPA akan beri penekanan pencapaian tugas individu

PUTRAJAYA: Satu sistem penilaian yang mengambil kira 'keunikan' setiap jabatan kerajaan akan diguna pakai bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditamatkan mulai 1 Januari ini. Ketika PTK ditolak sesetengah kakitangan awam, sistem penilaian baru itu yang sedang dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan turut memberi penekanan kepada pencapaian individu dalam tugas hakikinya. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, berkata pada ketika ini, PTK ‘mengukur’ kecekapan pegawai secara sama rata tanpa banyak mengambil kira jurusan hakiki masing-masing.

“Tiap-tiap jabatan ada keunikan masing-masing jadi ia tidak boleh dinilai secara sama rata, misalnya jika kakitangan berada dalam bahagian pentadbiran tidak boleh sama dengan bahagian teknikal," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata, sepatutnya PTK juga menekankan keunikan setiap jabatan itu
tetapi oleh kerana ia sudah menjadi budaya dalam perkhidmatan awam ia nampak seolah-olah diseragamkan.
Katanya, JPA diberi masa sehingga Jun depan untuk mengemukakan sistem penilaian baru itu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Bajet 2011 lalu.

Beliau berkata, nama kepada sistem penilaian baru itu juga belum ditentukan.

Bagaimanapun, katanya, proses kenaikan pangkat kakitangan awam antara Januari hingga Jun depan akan diteruskan dengan keutamaan masih diberikan kepada mereka yang lulus PTK yang diduduki sebelum ini.

Menjawab soalan, katanya, sistem penilaian baru itu kelak juga akan mirip kepada kriteria Petunjuk Prestasi Utama (KPI) individu tetapi enggan menjelaskan terperinci.

Walaupun sesetengah kriteria akan berfokus kepada bidang hakiki kakitangan berkaitan, beberapa subjek seperti kenegaraan akan diteruskan dalam penilaian baru itu kelak kerana ia penting untuk seseorang kakitangan kerajaan.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13/2010 yang disiarkan di laman web JPA sebelum ini menyatakan pelaksanaan PTK akan dihentikan berkuat kuasa 1 Januari ini selaras dengan pengumuman kerajaan dalam pembentangan Bajet 2011 pada Oktober lalu.

Justeru, lulus PTK bukan lagi syarat untuk kenaikan pangkat mulai 1 Januari ini.

PTK diperkenalkan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) bermula 1 November 2002 bertujuan menggalakkan pembangunan diri pegawai perkhidmatan awam melalui pembelajaran berterusan, meningkatkan budaya organisasi pembelajaran dan melaksanakan pengurusan sumber manusia berasaskan kompetensi.

PTK dimantapkan pada 2005 dan dibuat pengubahsuaian pada 2008.

Bagaimanapun, peperiksaan itu menimbulkan pelbagai kontroversi kerana dikatakan ramai kakitangan terutama yang berpengalaman sukar menikmati kenaikan pangkat.

Bayi sakit kuning

http://mysetbersalin.com/blog/2009/01/petua-mengatasi-demam-kuning-atau-jaundice-pada-bayi/

Semasa usia kandungan dah masuk sembilan bulan, boleh amalkan minum air glugos bagi elakkan anak kuning.

Antara petua lain :

1.Jemur bayi di sebelah pagi. Jangan jemur dalam keadaan terlalu panas. Seeloknya dalam pukul 8 sebab belum panas terik lagi. Jika cuaca luar telalu panas nanti baby kita kekurangan air pulak. Tutup mata bayi supaya tak terkena silau .

2. Beri bayi anda lebih air masak supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.

3. Susukan bayi anda dengan lebih kerap kerana bayi anda akan lebih kerap buang air atau buang air besar yang akan sama-sama keluar dengan kekotora yang ada dalam tubuh mereka.

4.Jika anda mengambil herba atau jamu, hentikan buat seketika sehingga bayi anda sembuh.

5.Rebus daun bunga raya, daun sirih dengan air kelapa. Selepas di mandikan bilas dan bersihkan Mandikan bayi dalam berapa hari.

6.Rebus kacang bendi dengan secawan air. Ambil air lendir kacang bendi yang di rebus tadi dan di beri minum pada bayi anda sekali sehari.

7.Anda juga boleh mencuba beri minum susu kambing ( sikit saje ) kerana berapa orang rakan saya yang mencuba kaedah ini sebelum ini memang berkesan.

*************

Semalam dapat petua lain:
elakkan baju bayi berwarna kuning dan jangan tidur selepas terbit matahari hingga waktu zohor.

http://mysetbersalin.com/blog/2009/04/3-lagi-tips-merawat-demam-kuning-pada-bayi/

Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.

2.Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.

3.Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.


http://www.bayisehat.com/immunization-mainmenu-36/56-penyakit-kuning-bayi-baru-lahir.html

http://simanja.com/JawapanDrAnda4.htm

Kebanyakan masalah jaundis pada bayi baru lahir adalah normal dan tidak serius.'Jaundis neonat'("Neonatal jaundice") berlaku dalam >50% daripada bayi baru lahir yang normal dan sihat ini, dapat dilihat 2-3 hari selepas dilahirkan, dan akan hilang selepas beberapa hari selalunya tanpa rawatan dan kesan ke atas bayi. Untuk makluman puan, sebab bagi 'jaundis neonat' adalah :

Badan bayi baru lahir yang normal dan sihat, mempunyai sel darah merah extra yang tidak diperlukan setelah dilahirkan. Sel darah merah ini akan dipecahkan, antara bahan dihasilkan ialah bilirubin yang menyebabkan kulit bayi berwarna kuning.
Bayi baru lahir yang normal dan sihat mempunyai liver (hati) yang belum terbentuk sepenuhnya dan tidak boleh memproses bilirubin seperti orang dewasa.Proses ini berlaku lebih lambat dari biasa kerana liver (hati) bayi belum cukup matang lagi. Setiap bayi yang mengalami jaundis hendaklah diperiksa paras bilirubin dalam darahnya untuk ditentukan sama ada bayi perlukan rawatan atau tidak.

Rezeki Anak

Kami telah berkahwin lebih dari 10 tahun. Setiap pasangan ada masalahnya seperti kami juga, kami tiada anak selama tempoh tersebut. Kami menyambung juga rawatan semasa di UK. Kali terakhir jumpa doktor ialah Mei 2010 dan mintak pihak hospital membuatkan surat untuk di bawah di Malaysia. Tak sangka bahagian 'fertility' membuat surat yang lengkap untuk setiap kali pertemuan. Kami balik ke Malaysia pada Ogos 2010, selepas viva pada Julai 2010. Alhamduliah kepada Allah kerana semua kerja-kerja PhD dapat diselesaikan sebelum 3 tahun setengah di UK. Sekarang ini UTM masih tak tolak lagi elaun yang aku tak guna (kes terlebih bayar elaun cuti belajar-sebab tamat sebelum tempoh) dan juga elaun baru selepas daftar kerja (sebab dulu elaun kecik jadi aku ambiklah elaun sewa rumah di UK) dan elaun Cola yang tidak dibayar sepanjang cuti belajar. Alhamduuliah final tesis dihantar pada 13.8.2010 dan balik Msia pada 15.8.2010.

Balik ke Msia, kami merujuk kes kami ke pakar puteri johor. Tapi doktor tu tak nak ambik kes kami dan di tolak ke pakar johor, sebab dia yang rekomenkan aku pun gi. Tapi memang rezeki kami, apabila doktor scan, dia kata aku mengandung dalam lingkungan 5 minggu. Kemudian aku kena buat prengancy test. Kami antara percaya dan tidak, balik kami singgah ke farmasi untuk beli prengancy test lagi sekali. Alhadmulliah masih positif.

Selepas 10 tahun dengan segala macam masalah, tapi bila Allah yang maha pemberi rezeki, kata 'kun faya kun'. Inilah dia ketentuanNYa. Syukur dan amin.

Doa-doakan lah kawan-kawan semoga anak ini selamat dilahirkan pada pertengahan tahun depan.

Import kereta terpakai

Hasil tulisan suamiku

Sesiapa yang berkeinginan membawa kereta dari luar negara ke Malaysia hendaklah membeli kereta selain yang berkeadaan baik hendaklah juga mememenuhi ciri-ciri berikut sekiranya inginkan cukai kereta yang lebih rendah yang dikenakan oleh pihak kastam Malaysia.
Dibawah adalah diantara list yang kena patuhi:



Syarat wajib


Kereta hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 9 bulan diluar negara.
Kereta hendaklah didaftarkan diluar negara atas nama pemeggang AP.
Pemeggang AP mestilah memeggang lesen memandu kereta Malaysia yg belum tamat tempoh.(lesen motosikal adalah tidak diterima pakai)


Tips untuk mendapatkan cukai yang rendah.
Beli kereta yang berusia lebih 5 tahun.(disebabkan negara euro ada salji adalah lebih baik check keadaan bawah kereta supaya tiada karat selain luaran kereta kerana mereka menggunakan garam untuk mencairkan salji dan garam adalah punca kereta akan cepat karat)
Kereta hendaklah digunakkan melebihi 2 tahun dari tarikh balik Malaysia.
Beli kereta yg CC rendah ( kurang atau 2 liter).
Kereta buatan Jepun lebih murah dari kereta buatan Eropah.




Perkara yang perlu dibuat sebelum balik ke Malaysia.


Minta BOL ( Bill of Landing ) dari agensi yang menguruskan kontena di luar negara.
Minta contact agensi di Malaysia ( nama agent, no telephone,alamat dan contact person) dari agensi yang menguruskan kontena diluar negara).
Check kunci serial number dan number kontena dan hendaklah ianya sama seperti dalam BOL .
Perkara yang perlu dibuat secepat mungkin bila berada diMalaysia.


Tiket kapal terbang pemeggang AP jangan dibuang (akan digunakan kelak)
Dapatkan dan daftarkan number hand phone sebeberapa segera (biasanya dlm 30 minit dah boleh aktif --cari kedai h/phone yg terus boleh register online).
Contact agensi di Malaysia secepat mungkin untuk urusan kontena,AP dan cukai Kastam dan biasanya agensi ni kan minta contact number kita untuk berurusan.
Apply AP terlebih dulu walaupun kontena belum sampai lagi.
Untuk urusan kontena
Dokumen yg perlu disertakan (pemeggang AP sahaja)
Kad pengenalan
Pasport
Boarding pass
BOL (Bill of Landing)
Tips :Kalau kedudukan rumah dekat dgn agensi boleh by hand kalau jauh dari rumah scan dan email kepada agensi


Untuk apply AP di MITI.
Dokumen yang perlu disertakan ( pemeggang AP sahaja)
Surat pendaftaran kereta di luar negara (grant kereta)
Insurance kereta diluar negara
Pasport beserta Visa ( kalau pernah perbarui pasport atau visa sertakan yg lama juga)
Surat dari University mengatakan habis belajar
Boarding Pass
Surat Penajaan
Surat cuti belajar
Lesen memandu kereta yg masih belum tamat tempoh.
Surat jual beli kereta.
SEMUA DOKUMEN YANG TELAH DI FOTOSTAT MESTI DI SAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN KELAS A.
Jika hendak apply AP sendiri tidak melalui agensi bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang JK69 dan surat permohonan apply AP yg boleh didapati/dibuat di Jalan Duta.
Dokumen diatas hendaklah diserahkan/pos laju kepada agensi yg menguruskan.
#Urusan apply AP akan memakan masa lebih kurang seminggu waktu berkerja.


Ketibaan kontena


Biasanya agensi akan memberi tahu kita bila kontena akan sampai ke port dan kita ada masa 4 hari dari tarikh kontena sampai untuk clearence.Sekira kita tidak berbuat demikian dlm masa 4 hari maka untuk hari ke5 dan seterusnya akan dikenakan storage charge.
Pastikan menggunakan lori yg bersesuaian dan boleh juga menggunakan lori agent (cost adalah mengikut jarak dan size barang).


Sebelum pergi ke port Klang, tanya agensi hendak pergi ke Pelabuhan mana (utara/selatan dll) dan gate berapa ? (1/2/3 dll).
Orang tua, perempuan (kecuali pemeggang AP) dan kanak-kanak tidak dibenarkan memasuki port disebabkan kawasan berisiko tinggi. ( kena serah i/c utk masuk port).


Selepas kontena dibuka maka borang prosess penilian kastam boleh dihantar beserta AP yang telah lulus.


Urusan Cukai Kastam


Dokumen yang perlu disertakan
AP yang telah diluluskan oleh MITI (original)
Surat pendaftaran kereta diluar negara (grant kereta) (original)
#Urusan kastam akan memakan masa lebih kurang 2~3 minggu waktu berkerja.


Dalam process penilaian kastam 2 perkara akan berlaku :
Kastam akan terus memberi 35% ( maksimum diskaun) yang mana tak perlu membuat rayuan lagi.
Jika kastam memberi kurang dari 35%...jadi tertakluk pada kita hendak merayu atau tidak di Putrajaya.
Perkara diatas akan diberitahu oleh agent kita sebelum kita membuat pembayaran cukai dan sekiranya menggunakan agent untuk urusan diatas.
Selepas pembayaran cukai kereta dan port parking charge (RM8/hari) dilakukan kereta boleh le dibawa keluar dari port.


Penting : Sebelum meninggalkan port/agent pastikan anda ada 3 dokumen penting ini.
Pengakuan barang-barang yg diimport (K1)
Permohonan untuk lesen import (JK69)
Pendaftaran kereta luar negara(grant kereta)
dokumen2 semasa apply AP biasanya Miti dan agent akan serahkan balik (tapi dokumen ini tidak penting......tapi jgn buang ler...mungkin guna mungkin tidak.).


Tips : Pembayaran cukai kereta eloklah menggunakan Bank Draf (atas nama Pengarah Kastam Negeri) dan storage charge dibayar cash.


Kereta dari port perlu dibawa samada dipandu sendiri tanpa insurance ( risiko tinggi kalau accident) atau ditarik lori ( harga ?????? mengikut jarak boleh tanya kedai kereta) atau pakai flat gantung (tanya kedai kereta).


Urusan JPJ


Sebelum pergi ke JPJ untuk membuat Grant kereta pastikan anda buat 2 perkara ini :
Puspokum (pastikan bawa dokumen K1, JK69,Grant kereta)
E-daftar (call 03-61424577 Drosstech Sdn Bhd utk langkah selanjutnya ) tunggu email untuk dokumen yg diperlukan untuk mendapatkan borang JPJK1 (diperkenalkan dlm beberapa bln lalu).
Print borang JPJK1 2 keping dan tanda tangan oleh pemeggang AP
Selepas itu pergi ke JPJ untuk membuat Grant kereta dan road tax.
Pastikan membawa dokumen berikut :
K1
JK69
Grant kereta (luar negara)
JPJK1
Puspokum
I/C pemeggang AP ( jika pemeggang AP tidak hadir perlu fotostat I/C wakilnya)
Surat tawaran no pendaftaran(no tempah/no cantik) dan resit pembayaran ( jika ada)....
# Ini adalah utk pendaftaran kereta (flat kereta ) running number sahaja dan kalau nombor tempah sila dapatkannya sebelum membuat grant kereta.


Selesai dapat Grant kereta, buat insurance kereta dan selepas itu buat road tax dan selesai urusan diJPJ dan selepas itu pergi buat flat kereta dan SELESAI......




KOS


1) Clearence barang = RM1490** (dibayar pada agen)
- Dokumen : RM30
-Goverment tax : RM3
-EDI/SMK Fee : RM37
-Forwarding fee : RM30
-B/L, Delivery charges : RM640
-Agency Fee : RM300
-MT back charge : RM450

2) Clearance kereta = RM700** (dibayar pada agen)
-Dokumen : RM30
-Forwarding fee : RM30
-Goverment tax : RM3
-EDI/SMK : RM37
-Agency fee : RM600
#storage charge(??... jumlah hari x RM8) dan AP ????? **


3)Kastam tax calculation ( terlalu subjektif)


4)Puspokum = RM20 ~ RM50


5) e-daftar = RM50


6)JPJ =RM 300 (utk grant kereta) ***


7)Insurance ( mengikut nilai pasaran atau berapa nak cover) = cover RM80k dlm RM2400 / 50k dlm RM1600.


8)Road tax ( mengikut CC kereta) contoh kereta MPV CC 2.0 setahun dlm RM360 dan 6 bulan dlm RM 180.


9)Flat kereta dlm RM 60 ~ RM 150.


** diuruskan oleh agent jika buat sendiri tak tahu costnya.
*** untuk harga grant kereta sahaja dan no flat adalah running no, tidak termasuk harga flat tempah.


Sekiranya anda membawa kereta dan barang cost no 1 hingga 8 boleh diambil kira tetapi sekiranya anda membawa kereta sahaja jadi cost no 2 hingga 8 diambil kira.




Peringatan : Perkara atau cost diatas adalah dari pengalaman saya sendiri pada tahun sept 2010 dan mungkin akan berbeza-beza mengikut tempat dan keadaannya.Walaubagaimana pun kemungkinan besar tidak le terlalu jauh berbeza dan ianya boleh le dijadikan rujukan tapi jangan le diambil 100%.






Prepared by Nasree 2010 (ex-SheFField).

Uri Ke Bawah

Uri Ke Bawah

Placenta yang normal berkedudukan lebih tinggi dari uterus. Placenta atau uri ke bawah apabila ia berkeadaan uri tersebut turun ke bawah uterus, sama ada melitupi serviks atau separa menutupi serviks. Ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak berlaku sebelum ketika hendak bersalin. Ia dikaitkan dengan keadaan bayi yang telalu kecil atau berlaku pembesaran bayi yang tidak sempurna. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko menghadapi masalah uri ke bawah ini termsuklah pernah mengalami masalah uri ke bawah sebelum ini, mengandung kerap, pernah bersalin secara pembedahan dan berumur 35 tahun ke atas.

Last day in Sheffield, and UK

Bye...kenangan lebih kurang 3.5 tahun di tanah asing.

Pagi tu, kami berkemas dengan pertolongan seorang kawan untuk hantar kami ke station kereta api di Sheffield. ALhamdulliah serah kunci pada landlord dan dia pulangkan terus duit deposit rumah. Salah satu barang kenangan yang aku beli dengan duit deposit rumah ialah jam tangan masa kat Manchester aiport ke London.

Tapi rupanya penuh keretapi ke Manchester hari tu...tapi terpaksalah juga naik. Alhamdulliah selamat sampai ke Manchester airport. Cari tempat solat, alhamdulliah..ada juga tempat solat. Tapi yang tak best masa naik Bristih Airway tu, agak stright dari segi berat beg. Nampaknya kenalah masukkan dalam beg plastik. Dan beg palstik aku pun bawak sampailah ke Senai.

Selamat samapi ke London. Beg kena ambik dan check in balik untuk ke KL. Tapi lupa pulak nak masuk barang2 yang dalam beg plastik tadi. Lama juga kat London Heathrow sebelum terbang balik ke KL..puas aku jalan kat kedai-kedai dia. Buka puasa pun tak situ.

Sampai KL pun waktu nak buka puasa, maka kami pun bukalah puasa kat KLIA aje, sebelum penerbangan seterusnya ke JB. Sampai JB ..makanlah kat kedai...terima kasih kepada adik ipar dan anak sedara yang menunggu.

Last day in sheffield university

Today is my last day at sheffield university. I hand-in my thesis to graduate school and department.

Feel....not sure...

Now i just do my back-up

3 benda best yang ada kat Sheffield University

1. writing advisor services- disediakan oleh english centre. Percuma. Peruntukan masa ilah sejam untuk seorang pelajar. Memang membantu kepada yang lemah English seperti saya. Saya menggunakan services ini sejak dari awal pengajian.
2. Statistical help - membantu kita memilih jenis test yang bersesuaian. Boleh bawak data dan mereka akan cuba menyelesaikan masalah penyelidikan anda.
3. Computer Center- boleh hantar notebook kita kalau rosak, jika melibatkan software. Ok juga sebab komputer selalu kena virus. Kalau kat Msia, nak mintak juruteknik, tolong tengok computer peribadi kita pun payyah...hehhe

Kahwin muda atau berzina?

Kahwin muda atau berzina?

MINGGUAN: Bagaimana timbulnya cadangan mewujudkan sekolah hamil dan membenarkan perkahwinan bawah umur?

MOHD. ALI: Di Melaka kita telah menganjurkan dua seminar sosial iaitu bagi peringkat negeri dan kebangsaan. Di dalam kedua-dua seminar itu para peserta menyatakan kebimbangan yang amat sangat tentang gejala sosial termasuk kes buang bayi, hamil luar nikah, rogol dan sebagainya. Lebih menyedihkan kebanyakan kes melibatkan orang Islam.

Lalu diakhir seminar itu disarankan supaya diadakan pelbagai program untuk mengatasi gejala sosial termasuk mengadakan ceramah motivasi dan seminar pendidikan. Paling mustahak sekali jalan penyelesaian yang dicadangkan adalah balik kepada ajaran agama. Kita dah cuba banyak bidang tetapi sehingga hari ini statistik kes-kes tersebut bukannya menurun sebaliknya makin meningkat.

Di Melaka kita perkenalkan program Rumahku Syurgaku, kita beri pegawai tambahan, kita adakan ceramah tambahan di semua peringkat, tapi jumlah kes sosial semakin meningkat malah perceraian pun makin meningkat. Ini bermakna pendekatan yang lepas kurang berkesan. Apa yang kita lihat anak-anak muda banyak terlibat dalam kes buang bayi, hampir setiap bulan ada kes tersebut tidak kira di Melaka atau pun negeri-negeri lain. Semuanya berlaku.

Kita lihat kes buang bayi di negeri Melaka. Pada 2001 ada satu kes, tahun ini pula tiga kes buang bayi. Bagi kes bayi lahir luar nikah pula pada 2009 ada 391 kes dan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 174 kes dicatatkan. Ini amat merunsingkan. Bagi tahun lepas kes lahir bawah umur 16 tahun adalah sebanyak 33 orang, manakala 114 kes pula (17-20 tahun), 123 kes (21-24 tahun), 57 kes (25-30 tahun), 3 kes (31-40 tahun) dan satu kes (41 tahun ke atas).

Maknanya hampir 78 peratus yang terlibat dalam kes hamil luar nikah adalah remaja bawah umur 24 tahun.

Jadi apa punca yang sebenar?

MOHD. ALI: Saya melihat isu yang sebenar adalah budak-budak muda ini hendak berkahwin tapi tidak dibenarkan, jadi mereka berzina. Bila berzina mereka takut ibu bapa marah, takut kena halau maka untuk elak itu semua jadilah kes buang bayi.

Mengapa kita biarkan mereka berzina? Bukankah elok kita bagi mereka kahwin pasal itu yang mereka hendak. Kita tak bagi kahwin sebab mereka muda, kerja pun tak ada, ada yang masih bersekolah. Jadi saya berpendapat cadangan seminar adalah berbalik kepada agama, jadi apakah yang terbaik selain mengahwinkan mereka? Kalau kita tak mengahwinkan mereka, mereka akan bersekedudukan, ada hubungan seks sehingga mendapat anak luar nikah.

Sedangkan walaupun mereka bawah umur 16 tahun, tetapi sudah akil baligh dan tidak dapat menahan nafsu. Sama ada ibu bapa tahan, ustaz tahan, Ketua Menteri tahan mereka tidak peduli, mereka nak kahwin juga. Jadi daripada buat maksiat bukankah lebih baik mereka dikahwinkan.

Persoalannya sekarang, mengahwinkan pasangan muda selesai timbul pula masalah lain, mereka tidak bekerja dan masih bersekolah, apa masa depan mereka?

MOHD. ALI: Lepas dikahwinkan kerajaan negeri akan bimbing mereka. Ada yang bertanya bagaimanapun pula kalau mereka dah kahwin sedangkan mereka budak sekolah, siapa nak tanggung. Bagi saya benda itu semua tidak sepatutnya timbul. Daripada ibu bapa tanggung malu, nak kena jaga anak luar nikah lagi baik jaga cucu yang halal kerana anak mereka sudah berkahwin. Cumanya ada ibu bapa yang miskin, ada juga remaja daripada keluarga bermasalah maka kerajaan negeri dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membiayai perkahwinan mereka dengan perbelanjaan RM500 majlis yang cukup untuk upah nikah, saksi dan sebagainya. Mas kahwin boleh hutang.

Selepas menjadi suami isteri kalau ibu bapa tidak mahu jaga, kerajaan negeri akan ambil tanggungjawab untuk jaga pasangan yang halal bernikah ini. Saya percaya daripada jaga pasangan yang berzina elok kita jaga pasangan halal bernikah. Kalau mereka masih bersekolah, biarkan mereka terus pergi sekolah, tetapi rupa-rupanya budak sekolah salah, mengandung kena berhenti.

Maka saya cadangkan tubuh sekolah untuk remaja hamil bernikah. Timbul pula persoalan siapa nak tubuhkan sekolah itu. Kita bersetuju JAIM akan tubuhkan sekolah seumpama itu supaya pasangan remaja yang bernikah, kemudian mengandung dapat meneruskan persekolahan mereka di situ. Mereka akan diajar dengan mata pelajaran agama, dididik bagaimana mahu menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dan juga perancang keluarga.

Selepas bersalin, kalau ibu bapa remaja masih tak mahu jaga anak dan cucu mereka, maka kerajaan negeri akan jaga. Lebih daripada itu, kita akan usaha mencari keluarga angkat untuk bayi yang dilahirkan oleh gadis remaja ini. Saya percaya ramai yang nak jadi keluarga angkat kepada bayi yang dilahirkan menerusi pernikahan yang halal. Kalau keluarga nak jaga lagi kami alu-alukan. Bukankah menjaga yang halal lebih mudah daripada menjaga yang haram. Kerajaan negeri dapat pahala, saya dapat pahala, tak ada orang kata anak luar nikah.

Mereka juga akan diajar perancang keluarga, oleh itu mereka tahu sama ada nak tambah anak lagi atau nak tangguh dulu supaya dapat meneruskan persekolahan. Kalau belum kahwin nak ajar perancang keluarga seperti dalam pendidikan seks mana boleh, dia orang nak buat apa, dia orang belum kahwin belum nikah tapi kalau dah kahwin apa nak ajar pun boleh.

Datuk Seri tidak nampak sebarang masalah untuk laksanakan semua ini?

MOHD. ALI: Bagi saya memang tidak ada masalah, sebab itu bila kita bawa perkara ini kepada MAIM, semua ahli majlis setuju. Bulan lepas saya jumpa dengan kumpulan amil, di Melaka ada 180 masjid lebih kurang 500 amil datang. Saya terangkan dan mereka bersetuju bahkan ada yang mengemukakan pelbagai cadangan untuk menjaga budak-budak ini dan sekelip mata jawatankuasa yang berkenaan ditubuhkan dan menggerakkan kerja masing-masing.

Perkara ini mendapat perhatian dunia. Reuters pun telefon, saya terangkan antara zina dan kahwin halal, walaupun masih bersekolah saya pilih yang halal. Mereka bawah umur kita ikut undang-undang minta kebenaran mahkamah syariah, bukan kita langgar undang-undang.

Seminar sosial menyarankan supaya kita kembali kepada ajaran agama. Sekarang ini saya ikut ajaran agama tapi ada pula yang kata takut sebab budak-budak belum faham tanggungjawab. Kalau pasal kahwin pun dah faham takkan pula tanggungjawab mereka tidak mahu faham. Dan inilah masanya kita beri mereka tanggungjawab. Ibu saya dulu kahwin umur 14 tahun, ada pula orang kata itu zaman dulu, tapi zaman dulu tak ada video lucah, zaman sekarang video lucah berselerak, patut sekarang umur 8 tahun sudah kena kahwin sebab ‘semangat’ budak-budak sekarang tinggi. Pancaroba lebih kuat daripada dulu. Saya akui jalan terbaik kita kena balik kepada agama walaupun syarat untuk berkahwin belum beberapa cukup, tapi antara zina dengan anak lahir luar nikah, lebih baik kahwin dan lahirkan anak yang sah taraf.

Bagaimana Datuk Seri melihat kesan jangka panjang?

MOHD. ALI: Dalam hal ini kerajaan negeri melaksanakan program sampingan untuk memastikan kesan jangka panjang yang positif. Kerajaan negeri mahu bertanggungjawab sepenuhnya dalam membendung gejala sosial. Kita fikirkan program keluarga angkat kerana yakin anak-anak halal berebut orang nak jaga. Anak luar nikah pun ramai orang nak jadikan anak angkat inikan pula anak yang halal. Apatah lagi jika matlamat menjadikan anak-anak ini anak angkat supaya remaja yang berkahwin muda dapat meneruskan persekolahan. Mengapa nak bagi pandangan negatif, jangan takut untuk jadi positif dan banyak masalah boleh selesai. Kita terlalu terikat dengan itu tak boleh, ini tak boleh dan pada masa yang sama orang beranak luar nikah semakin bertambah.

Sebelum ini kita kata kena didik ibu bapa untuk kurangkan gejala sosial tapi sudah puas ibu bapa dididik menerusi seminar, ceramah agama, program Rumahku Syurgaku tapi anak luar nikah makin banyak. Ada pula yang kata sebab banyak pub sana-sini, ada kerajaan negeri pub pun tak ada tapi anak luar nikah banyak juga. Maka saya yakin jawapannya adalah mengetahui apa sebenarnya kemahuan mereka. Oleh itu kalau ada anak kata ‘Alah mak kahwinkan aku’ maka ibu bapa kena positif fikiran, kalau anak nak kahwin janganlah risau hati. Ibu bapa patut bersyukur dapat cucu lebih awal, jabatan agama nak tolong anak-anak mereka daripada buat maksiat atau lari daripada rumah buat kerja tak senonoh, akhirnya berzina dan melakukan hubungan seks dengan macam-macam orang dan akhirnya lahirkan anak luar nikah, kemudian buang bayi yang tidak berdosa itu.

Datuk Seri tidak percaya pendidikan seks mampu kurangkan kes buang bayi dan hamil luar nikah?

MOHD. ALI :Pendidikan seks tidak akan membantu sama sekali dan tidak perlu pun mata pelajaran tersebut diajar di sekolah. Saya juga melihat tidak ada sebab pun mengapa kita nak ajar dia orang pendidikan seks malah kadang-kadang itu pun punca berlakunya seks bebas. Nak ajar buat apa mereka belum belum kahwin, maka pendidikan seks tak patut diajar disekolah. Nak ajar jaga kesihatan, mata pelajaran kesihatan dah ada, mata pelajaran agama ajar cara mandi junub dan macam-macam lagi maka mata pelajaran pendidikan seks Barat yang menawarkan salah satu bahagian penting bagaimana mencegah hamil adalah sesuatu yang tak patut diajar kepada orang yang belum kahwin.

Saya juga berpendapatan ia akan menggalakkan lagi seks luar nikah sebab itu kita tak setuju, siap buat kempen sekali, apa itu semua. Kita boleh jaga berpuluh ribu orang miskin dan berbelanja RM5 juta untuk bantu mereka, takkan tak boleh tolong remaja supaya mereka berkahwin dan mengadakan seks halal.

Bagaimana Datuk Seri jangkakan sambutan kelak?

MOHD. ALI: Kalau masih nak berzina saya tak tahu nak buat apa lagi. Saya dah adakan ruang, jangan esok mereka kata kerajaan tak buat apa, kerajaan tidur, aku nak kahwin dia tak bagi, ibu bapa pun dikatakan tidur dan tidak buat apa-apa. Sekarang ini kahwinlah kita tak halang hasrat mereka. Makan minum kerajaan tanggung, sekolah disediakan, keluarga angkat boleh dicari, kalau tak tampil juga tak boleh salahkan kerajaan sebab kerajaan dah ambil segala usaha termasuk jaga anak, sekolahkan dia. Tak timbul soal keciciran sekolah, disisih masyarakat dan lain-lain. Sekarang saya minta mereka tampil, saya percaya dalam kita bercakap ini pun ada yang terlanjur lagi.

Sekarang kita sedang mencari bangunan yang sesuai dan minta kerjasama ibu bapa kerana kita tidak mahu nanti ada sekolah tapi tak ada murid. Ahad ini (hari ini) kita akan adakan seminar di MITC berhubung perkara ini, mudah-mudahan mendapat sambutan.

Saya ambil pendekatan ikut kehendak orang, apa yang mereka hendak. Dulu kita lawan kehendak mereka, sekarang ikut apa yang remaja hendak. Hendak kahwin, kita kahwinkan. Masalah lain kerajaan negeri akan bantu, yang penting dapat elak berzina dan kurangkan masalah sosial.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

34 peratus gaji bulanan pekerja kilang bawah RM700

34 peratus gaji bulanan pekerja kilang bawah RM700


2010/08/06
Kebanjiran tenaga kerja asing antara sebab upah tak naik

KUALA LUMPUR: Satu kajian oleh Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja sektor perkilangan memperoleh pendapatan bulanan bawah RM700.
Gaji bulanan RM700 itu adalah di bawah garis kemiskinan yang ketika ini ditetapkan bawah RM720 sebulan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 terhadap 1.3 juta pekerja yang dipilih secara rawak itu memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata.

Beliau turut merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lepas berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu.

“Kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji ini dinaikkan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Subramaniam berkata, kebanjiran pekerja asing adalah antara beberapa sebab kenapa gaji pekerja tidak meningkat dengan ketara sejak 10 tahun lalu.
“Kerja yang memerlukan kemahiran tinggi pasti menuntut gaji yang tinggi, namun dalam banyak keadaan majikan tidak membayar gaji berdasarkan kemahiran, sebaliknya bergantung ke-pada pekerja asing yang tidak berkemahiran," katanya.

Sementara itu, di PUTRAJAYA, Dr S Subramaniam berkata, semua kurikulum latihan kemahiran vokasional dan teknikal di negara ini akan diseragamkan menjelang hujung tahun depan bagi meningkatkan tarafnya dan melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir.

Subramaniam berkata, penyeragaman kurikulum yang dibincangkan Majlis Penyelarasan Kebangsaan akan mengikut piawaian antarabangsa sekali gus meningkatkan kualiti tenaga kerja mahir di negara ini.

Katanya, penyeragaman itu akan dapat mengelakkan pertindihan dalam kursus yang ditawarkan pelbagai agensi kerajaan.

Beliau berkata, langkah itu juga dijangka dapat mencapai sasaran negara untuk melahirkan 1.8 juta pekerja mahir berkualiti dalam tempoh lima tahun selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE).

“Langkah ini memastikan jumlah tenaga pekerja mahir tempatan dapat ditingkatkan daripada 23 peratus kepada 37 peratus menjelang 2015," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009, di sini, semalam.

Mengenai 250 pekerja Paycomm Network Sdn Bhd yang berpiket di hadapan ibu pejabat syarikat itu kelmarin kerana mendakwa tidak dibayar gaji dua bulan, Dr Subramaniam berkata, Jabatan Tenaga Kerja sedang menyiasat perkara itu.

Viva materials

http://www.vitae.ac.uk/researchers/1241/Your-viva.html

http://www.vitae.ac.uk/CMS/files/upload/PGR%20Tips%20issue%2043%20preparing%
20for%20your%20viva.pdf

http://www.vitae.ac.uk/researchers/1258/viva%20checklist.html

http://port.igrs.sas.ac.uk/viva.htm
(very thorough - also with sound file!)

http://www.timeshighereducation.co.uk/story.asp?sectioncode=26&storycode=411
311&c=1

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-kanak
www.iluvislam.com
Oleh : Zahir Zainudin
Editor : almusafirq8




Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan." Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa. Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.








Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi.

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian. Contohnya perkataan "mama" dan "papa". Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.


Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat. Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.


Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :


* Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.


* Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.



* Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.


Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah. Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.





Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak.



Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat. Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca. Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :


* Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.


* Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.



* Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.



* Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.



* Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.



* Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.



* Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.



* Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.





Kesan tidak tahu membaca.



Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa. Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.


Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru. Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.


Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar. Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.


Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan. Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.


Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba. Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang. Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.





Bagaimana kanak-kanak belajar membaca ?



Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.


0 hingga 2 ½ tahun


* mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.


* belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.



* kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.



* rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.



* kosa kata berkembang sehingga 270.


2 ½ hingga 4 ½ tahun


* peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.


* terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.



* perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.



* kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.



* pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.



* mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.


4 ½ hingga 7 tahun


* perkembangan otak memasuki fasa terakhir.


* kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.



* corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.



* mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.





Membantu kanak-kanak membaca.



Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting. Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.


1. Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.



2. Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.



3. Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali. Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.



4. Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?
Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.
Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

Cara membaca kertas kerja penyelidikan atau scientific paper

There are a few tips has being given of my ex-lecture (now Professor in UTM). For every paper, try to find a few items such as:
1. a topic analysis of the paper
2. purpose of the paper
3. methodology
4. Finding
5. Relevant to my research paper.

Actually, the same paper will used for literature review, discussion in methodology chapter and also the results and discussion. One of my strategy is to find the relevant paper first, getting overall idea for that paper, print all the paper, getting the time to read again the paper, sorting the paper to putting in the thesis, re-read again while your are in writing.

Tak peduli dorong jumlah anak luar nikah meningkat

Tak peduli dorong jumlah anak luar nikah meningkat


2010/07/25
KUCHING: Sikap tidak ambil peduli masyarakat, khususnya kalangan remaja yang menolak ajaran agama serta budaya masyarakat tempatan adalah antara faktor mendorong golongan itu melakukan maksiat dan kelahiran anak luar nikah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata sindrom negatif itu menyebabkan secara puratanya, seorang bayi luar nikah dilahirkan pada setiap 17 minit di negara ini. Sambil menyifatkan perkembangan itu amat membimbangkan, Mashitah menegaskan, permasalahan itu menuntut semua pihak terutama ibu bapa, bekerjasama dan tidak menyerahkan tugas mendidik itu semata-mata kepada guru. “Jumlah 250,000 anak luar nikah yang tidak didaftarkan hasil statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jika kita pecahkan kepada purata bulanan, angkanya adalah 80,000 yang bersamaan dengan seorang bayi untuk setiap 17 minit.

“Malah sejak 2000 hingga Julai 2008, statistik menunjukkan bilangan bayi yang tidak dicatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran adalah seramai 257,000 dan angka berkenaan amat membimbangkan, sekali gus memerlukan perhatian serius daripada semua pihak,” katanya sempena Program Integrasi Timbalan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak di sini, semalam.

Kes remaja hamil kronik

Kes remaja hamil kronik
Oleh Hafizah Iszahanid
bminggu@bharian.com.my
2010/07/25
Pergaulan bebas punca utama

KUALA LUMPUR: Seramai 768 remaja seawal usia 13 tahun, melahirkan anak yang sebahagian besarnya luar nikah sejak 2008 hingga bulan lalu, akibat pergaulan bebas. Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini saja, JKM mencatat 111 kes remaja bawah umur hamil berbanding 113 kes sepanjang 2009 dan 107 kes pada 2008. Jumlah itu dipercayai lebih tinggi kerana ia berdasarkan kes dirujuk kepada JKM untuk mendapatkan perlindungan di Taman Seri Puteri, selain statistik tiga hospital kerajaan – Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Ada 135 hospital kerajaan di seluruh negara, tetapi usaha Berita Minggu mendapatkan perangkaan di kebanyakan hospital tidak berjaya, kerana antara lain alasan ialah isu sensitif dan bimbang dikenakan tindakan Kementerian Kesihatan.

Sebahagian remaja berkenaan membuat pengakuan sudah berkahwin kepada pihak hospital, ada mendakwa tidak tahu hubungan seks dengan rakan boleh menyebabkan kehamilan, malah ada kes mengaku dirogol.

Bagaimanapun, remaja diklasifikasi kepada dua kategori, bawah 18 tahun dan bawah 16 tahun. Remaja bawah 16 tahun yang hamil dianggap sebagai kes rogol, walaupun atas dasar suka sama suka.
Justeru, pasangannya boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada, manakala remaja di bawah usia 18 tahun akan dirujuk kepada JKM sebagai pelindung yang diwartakan.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Noramni Mohd Yusoff, berkata pihaknya tidak hairan jika angka sebenar remaja bawah umur yang hamil lebih tinggi.
“JKM hanya rekodkan kes dilapor atau memohon perlindungan. Statistik sebenar hanya boleh diperoleh dari hospital seluruh negara,” katanya kepada Berita Minggu.

Tinjauan di HKL dan HTAR, mendapati pada 2008 seramai 106 remaja bawah umur hamil luar nikah, manakala di HKL, 50 kes pada 2008, 67 kes (2009) dan sehingga Jun tahun ini, 38 kes.

Kajian Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL mendapati, kebanyakan remaja bawah umur ini tidak tahu hubungan kelamin boleh menyebabkan kehamilan.

Mereka melakukannya atas dasar ingin mencuba dan berseronok dengan rakan sekelas, kekasih yang lebih berusia selain ada juga kes mengaku dirogol.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, HTAR, Dr Mohamad Farouk Abdullah berkata, kajian 2008 mendedahkan kebanyakan remaja berkenaan berusia antara 14 hingga 18 tahun dengan majoritinya, berbangsa Melayu.

“Mungkin jumlahnya lebih lagi, tetapi tidak mustahil ada sebahagian yang menggugurkan kandungan. Memang jika kita lihat dari aspek sosialnya, keadaan ini teruk, tetapi dari sudut perubatan, jika mereka datang awal mendapatkan bantuan perubatan kita boleh membantu dari segi penjagaan sepanjang hamil,” katanya.

Beliau berkata, mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna ketika hamil membolehkan remaja ini menginsafi kesilapan mereka, pada masa sama, memberi peluang mereka kembali ke sekolah.

Katanya, sepanjang 2008, 13,189 kelahiran dicatatkan di HTAR dengan 256 membabitkan kelahiran di kalangan remaja bawah umur. Daripada jumlah itu 75.8 peratus mengaku sudah berkahwin, 21.9 peratus tidak berkahwin sementara tiga peratus mendakwa dirogol. Kebanyakan mereka berpendidikan sehingga Penilaian Menengah Rendah (49.6 peratus), Sijil Pelajaran Malaysia (27.7 peratus), manakala bakinya hanya belajar setakat sekolah rendah.

Dalam konteks inilah Dr Farouk berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk masyarakat berfikiran lebih terbuka dalam isu pendidikan seks di sekolah.

“Kebanyakan remaja yang hamil luar nikah ini tidak tahu hubungan intim boleh menyebabkan mereka hamil. Buat sekali tidak hamil, jadi mereka rasa tidak mungkin hamil dan lebih kerap melakukannya dan akhirnya hamil,” katanya.

Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HKL, Hasnah Sulaiman, berkata memang amat menyedihkan kebanyakan remaja bawah umur ini berbangsa Melayu beragama Islam. Malah latar belakang mereka terbabit ialah daripada keluarga berpendapatan rendah selain kurang ilmu mengenai sistem reproduktif manusia.

“Apabila ditanya, majoriti menjawab mereka buat atas dasar suka sama suka, berseronok-seronok dan tidak sangka boleh mengandung. Jika dulu kita mungkin kata remaja ini adalah bohsia atau minah rempit, tetapi rata-rata hari ini mereka adalah remaja biasa yang lazim kita temui di sekolah dan ada yang bertudung labuh,”

“Jika di HKL, dalam puluhan kes pasti ada lebih daripada satu kes remaja ini datang daripada keluarga yang porak peranda atau jika tidak bermasalah tetapi susah. Malah, kajian kami pada 2004 mendedahkan banyak kes membabitkan remaja yang tinggal bersama keluarga di rumah flat satu bilik,” katanya.

Nak balik ke tak?

Skrg saya di hujung pengajian di sini dan insyallah akan pulang ke tanahair tak lama lagi. Saya terasa mcm sayang hendak meniggalkan tempat ini, terasa hendak melambat-lambat balik ke tanahair. Entah. Perasaan yang bercampur mengalahkan viva.

Terasa malas hendak mengemas barang walhal tinggal minggu depan sahaja untuk angkat barang ke kontena (28.7). Maknanya genaplah seminggu dari hari ini.

Terima kasih dan alhamduulliah kepada Allah yang memudahkan urusan pengajian di sini.

Mohon biasiswa

Mohon biasiswa
Oleh Tamrin Anuar
amri@bharian.com.my
2010/07/20
Bank Rakyat tawar pembiayaan RM9,500 setahun kepada pelajar yang layak

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) menyarankan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) segera mengemukakan permohonan mendapatkan biasiswa bank itu kerana tarikh tutup permohonan berakhir hujung bulan ini.
Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat, Abdul Lidzam Muhamad Alias, berkata pelajar yang layak akan ditawarkan pembiayaan berjumlah RM9,500 setahun.
Click Here
Katanya, pemegang biasiswa yang sudah menamatkan pengajian dikehendaki bekerja dengan Bank Rakyat atau subsidiari bank berkenaan selama lima tahun.

“Pihaknya juga menawarkan pinjaman boleh ubah dengan diskaun bayaran balik sehingga 20 peratus. Peminjam yang gagal dikehendaki membayar penuh jumlah pinjaman,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Skor A SPM di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan, Nibol Tebal, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Seramai 250 calon Sijil Pelajaran Malaysia dari 19 sekolah menengah sekitar Parit Buntar, Perak menyertai seminar sehari bertujuan mendedahkan peserta kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dengan tepat dan berkesan.

Turut hadir Pengarah Kampus Kejuruteraan, USM, Prof Dr Abd Aziz Tajudin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Abd Wahid Ramli dan Pengurus Bank Rakyat cawangan Bagan Serai, Rosyati Darus.
Abdul Lidzam berkata, peserta diharap dapat memanfaatkan peluang diberi dengan meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan November depan.

Sementara itu, peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perak, Muhammad Harith Mohd Shahar, berkata program berkenaan membantunya memahami topik yang dibincangkan.

Katanya, banyak maklumat dan panduan baru diperoleh daripada penceramah sekali gus digunakan ketika mengulangkaji pelajaran.

Rakannya, Munirah Zainal Mokhtar, dari SMK Seri Nibong, berkata bimbingan yang diberi penceramah berkesan dan berjaya menyelesaikan masalah untuk menguasai topik sukar terutama bagi mata pelajaran Matematik

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

----- Original Message -----
From: Mohd Rizal Mohd Isa
To: sugar-high , Windawaty Ibrahim , Suneeta , Sulaiha Mohd Isa
Cc:
Date: Monday, 19 July 2010 11:12 PM
Subject: [sugar-high] FW: Tazkirah: Dahsyatnya Doa Seorang Ibu



Untuk si Ibu Jgn sebut Perkataan ini ?Kau Anak DerHaKa? pada anak2..?menyesal nanti.


Untuk si anak Jgn jadi ?Anak DerHaKa??..menyesal nanti.


UTK SEMUA.... SEMOGA BERMANFAAT.... SALAM...










Assalamualaikum Semua,
Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
q Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

q Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

q *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

q Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

q Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata
Ø Membaca quran sehingga menitis air mata
Ø Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

q 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
Ø Anak
Ø Ibu
Ø Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

q Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya? kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

q Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

q Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

q Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

q *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

q Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, ?ungkit? kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil ?wasilah amal?
Ø ?Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini?
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
Ø Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan J

q Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

q Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
Ø ?Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini?
Ø ?Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini?
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

q *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

q Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

q *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..?Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan? atau ?bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..? Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

q Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita ?berkatilah si A ini? dan jika tak bagi salam, mereka akan kata ?celakahlah orang ini? Jadi, jangan lupa bagi salam next time

q Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

q Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

q Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

q *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! ?Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku?. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

q Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

q *** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

q Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita


Selalu Bergaduh Dengan Ibu
q Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
Ø Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
Ø Symptom dah terkena saka
v Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
v Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
v Susah nak dapat anak, senang gugur
v Ada rasa kelibat orang lalu
v Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
Ø Cara hilangkan saka, Zikir ?Laillahaillalah? 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

q Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

q 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

q Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

q Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. ?Qulhuwallahuahad?? 1000x sehari


Anak Lari Dari Rumah
q Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

q Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
q *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi J
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.
Kak Has, kalau ada yg kurang atau tersilap sila betulkan untuk tatapan pembaca email kita ni ye. Nasha ni type apa yang ingat je ni.

Kajian pakar UKM sahkan Melayu penduduk asal Malaysia

Kajian pakar UKM sahkan Melayu penduduk asal Malaysia
KUALA LUMPUR 14 Julai - Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan bahawa rumpun Melayu merupakan penduduk asal Malaysia sejak lebih 40,000 tahun dahulu.

Hasil kajian itu sekali gus menyangkal teori migrasi yang dikemukakan oleh penyelidik dari Vienna School of Thought, Heine-Geldern pada 1930-an yang mendakwa rumpun Melayu berhijrah ke Malaysia dari Tanah Besar Utara.

"Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke sini dari Tanah Besar Utara.

"Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan menunjukkan bahawa ia adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar," jelas UKM dalam portal beritanya di http://pkukmweb.ukm.my/news.

Hasil kajian itu didedahkan Ketua Penyelidik Arkeologi UKM, Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman (gambar) semasa membentang kertas kerjanya bertajuk '38 Tahun Arkeologi di UKM' pada Seminar Penanda Aras Penyelidikan Arkeologi di Bangi yang berakhir kelmarin.

Antara lokasi yang menjadi tapak kajian adalah Pulau Kalumpang dan Beruas (Perak); Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar (Johor); Kota Melaka (Melaka); Kota Lukut (Negeri Sembilan) dan beberapa tapak di Tasik Kenyir, Terengganu.

Nik Hassan Suhaimi yang juga Timbalan Pengarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA) berkata, keputusan kajian itu selari dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Tom Harrison dan isterinya pada 1958.

Tambah beliau, penyelidikan arkeologi di UKM sejak 1980-an menemui pelbagai data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu kerajaan Kedah Tua yang diperolehi dari tapak arkeologi Sungai Mas, Kedah.

"Isu penting dalam zaman kerajaan awal ialah proses Indianisasi. Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM, proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India," katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Projek

Dulu masa undergraduate projek buat Sistem Bantuan Keputusan Pemilihan Kenaikan Pangkat Penyarah berdasarkan kursus

Projek master tak ingat tapi lebih kurang mencari atau mencadangkan jenis database yang sesuai utk sistem bantuan keputusan

Projek PhD Penilaian computer science in Malaysia using bibliometric

Semuanya berkaitan dengan process membuat keputusan. Tak sangka projek master pun ada kaitan. Masa tu jenis database yang sesuai utk decision support system (DSS) ialah multiple database. This concepts has been implemented in PhD that the evaluation of computer science department based on citation database which were WOS (web of science) and Scopus.

Tak sangka semua projek yang dilakukan ada kaitan antara satu dengan yang lain.

Ya Allah permudahkan urusan aku di sini. Memudahkan urusan balik ke Malaysia dan urusan di Msia nanti untuk memulakan kehidupan baru di rumah lama yang akan diberi nafas baru.. Di berikan kesihatan yang baik.

Wasalam..

IPT terbaik Asia Barat

Global: IPT terbaik Asia Barat
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my
2010/07/08
JUST jadi pilihan pelajar Malaysia lanjut pelajaran

MENJADI universiti pilihan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Kamal dan destinasi penghantaran pelajar program perubatan Mara menjadikan Jordan University Science of Technology (JUST) bukan lagi nama asing kalangan pelajar Malaysia.
Muncul antara institusi pengajian tinggi terbaik di Asia Barat, tidak hairanlah ia terus menjadi pilihan pelajar Malaysia saban tahun untuk meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang pengajian ditawarkan khususnya dalam bidang perubatan.
Memfokuskan penawaran program dalam bidang perubatan, pergigian, kejururawatan, kejuruteraan, pertanian, perubatan veterinar, sains komputer dan sains semula jadi, JUST juga tersenarai dalam kedudukan universiti penyelidikan terbaik di Jordan dan tersenarai dalam kelompok IPT dunia Islam terbaik berdasarkan kajian Ankara-based Statistical, Economic and Social Research and Training Center for Islamic Countries.

Pencapaian itu bersandarkan kualiti tinggi program ditawarkan selain kekuatan rangkaian kerjasama yang menjurus kepada perkongsian kepakaran akademik mahupun penyelidikan dengan pelbagai universiti dunia termasuk Malaysia.

Kewujudan pusat kajian saintifik dan kecemerlangan menjadi titik tolak kepada kecemerlangan penyelidikan menerusi Pusat Kajian Sains Alam Sekitar dan Teknologi Queen Rania Al-Abdullah, Pusat Kajian Bioteknologi Princess Haya, Pusat Kajian Farmaseutikal, Pusat Kesihatan Veterinar, Pergigian dan Pusat Perkembangan Akademik.

Dana penyelidikan daripada pelbagai sumber turut membantu universiti itu membiayai projek penyelidikan termasuk menghantar pensyarahnya menyambung pengajian peringkat lebih tinggi di universiti terkemuka dunia. Malah, setiap tahun dianggarkan lebih 200 projek penyelidikan dijalankan universiti.
Jaminan kualiti turut menjadi fokus pengurusan tertinggi universiti dengan penubuhan JUST Quality Assurance Office bagi memastikan kelestarian kualiti program mahupun pentadbiran.

Enrolmen pengambilan pelajar diberi penekanan bagi memenuhi visi untuk meningkatkan standard pengajian tinggi di Jordan sejajar dengan polisi pendidikan kebangsaan untuk mencapai wawasan menjadi universiti penyelidikan antarabangsa menjelang 2012.

Sehingga kini, JUST mempunyai 18,850 siswazah berbanding 2,300 pada 1989 dan setiap tahun lebih 3,000 pelajar pascaijazah diambil.

Berperanan penting dalam memacu ekonomi Jordan, JUST turut memberi penekanan kepada keperluan sumbangan kepada komuniti bagi memenuhi tanggungjawab sosial melalui penyelidikan berteraskan teori dan praktikal berserta tradisi saintifik serta inovasi akademik untuk memberikan kebaikan kepada masyarakat.

Mengimbau sejarah JUST, penubuhan universiti itu adalah sebahagian daripada Yarmouk University, Irbid pada 1 September 1986 dengan hanya lima fakulti iaitu perubatan, pergigian, farmasi, kejururawatan dan kejuruteraan.

Kini berkembang dengan sepuluh fakulti, kampus JUST yang terletak di Bandar Ramtha dibina dengan reka bentuk seni bina moden selain persekitaran kondusif dan menghijau.

Info

* Tersenarai antara IPT Islam terbaik dunia
* Sasaran menjadi universiti penyelidikan antarabangsa menjelang 2012
* Jaminan kualiti universiti dikawal selia JUST Quality Assurance Office
* Lebih 200 projek penyelidikan dijalankan setiap tahun
* Kampus JUST terletak di Bandar Ramtha

Muhyiddin perjelas kriteria penerima biasiswa JPA

Muhyiddin perjelas kriteria penerima biasiswa JPA
KUALA LUMPUR 6 Julai - Kerajaan tidak pernah menghentikan program penajaan biasiswa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara bagi peringkat ijazah pertama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, memandangkan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu terhad, pemilihan dibuat berasaskan merit kriteria dan bidang yang ditetapkan.

Empat kriteria itu adalah pencapaian akademik; penglibatan dalam kegiatan kokurikulum; latar belakang keluarga; dan prestasi temu duga.

Fokus tajaan pula kepada bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial.

Bagi permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010, menurut beliau, sebanyak 1,500 biasiswa disediakan sedangkan sejumlah 18,844 permohonan diterima dengan 10,956 daripadanya ialah calon yang melepasi syarat ditetapkan mengikut bidang pengajian.

"Peningkatan bilangan calon ini menjadikan PILN 2010 lebih kompetitif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi menjelaskan kekeliruan para pelajar dan ibu bapa mengenai kaedah pengurusan dan penawaran biasiswa JPA kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2009.

Selain penajaan ke luar negara, menurut Muhyiddin, kerajaan juga menyediakan biasiswa untuk Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).

Sebanyak 100 penajaan disediakan untuk mengikuti pengajian di empat universiti penyelidikan tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).

Ia melibatkan 31 pelajar Melayu dan 69 pelajar bukan bumiputera iaitu 61 (Cina), tujuh (India) dan seorang kaum lain.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, sebanyak 1,900 penajaan ditawarkan kepada pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah PILN untuk mengikuti pengajian ke IPT tempatan dan kampus-kampus cawangan University of Nottingham, Monash University, Swinburne University of Technology dan Curtin University of Technology dalam bidang-bidang kritikal dan strategik.

Pelajar yang berjaya dipilih akan ditaja dari peringkat matrikulasi atau prauniversiti sehingga ke peringkat ijazah pertama sekiranya melepasi syarat akademik semasa kursus persediaan.

Secara keseluruhannya, menurut Muhyiddin, seramai 3,750 pelajar cemerlang SPM 2009 ditawarkan penajaan untuk PILN dan PIDN 2010 yang melibatkan kos kerajaan sebanyak RM1.96 bilion.

Info Cukai Kereta Kastam Malaysia

Info Cukai Kereta Kastam Malaysia
Askum, terima kasihatas pertanyaan dan maaf krn lewat saya balasnya, walau bagaimanapun percakapan kita melalui tel saya kira sudah banyak membantu tuan. Di sini saya sertakan cara bagaimana jabatan kastam mengira kadar susutnilai sesebuah kenderaan bagi tujuan pembayaran dutio/cukai.
Susutnilai
kurang dari 12 bulan 25%
12 bulan tetapi tidak melebihi 24 bulan 35%
24 bulan tetapi tidak melebihi 36 bulan 45%
36 bulan tetapi tidak melebihi 48 bulan 55%
48 bulan tetapi tidak melebihi 60 bulan 65%
60 bulan tetapi tidak melebihi 72 bulan 70%
(Setiap 12 bulan selebihnya perlu ditolak 10% atas baki)
Kadar cukai
C.C
<1800 150.25%
>1800 -<2000 157.40%
>2000 -<2500 171.70%
>2500 193.15%
Saya harap tuan dapat maklumat ini dan memahaminya.
setiap model kenderaan sudah ada doket harganya sendiri kecuali model-model yang jarang dibawa masuk. Doket harga diambil dari harga baru kenderaan tersebut semasa ianya dikeluarkan kali pertama di pasaran iaitu harga ex-factory. Dari harga baru inilah setelah penolakan diberi dan semua proses yang telah saya nyatakan sebelum ini akan menjadi haraga c.i.f.
Jadual doket tak dapat dikeluarkan kerana ianya dalam hard copy berjumlah ratusan ribu item.untuk pengetahuan tuan kita tidak menetapkan harga atau mengambil harga yang diikrarkan oleh agen. Agen hanyalah menguruskan barang sahaja.Pengiraan cukai dibuat terus oleh kastam dalam borang rasmi yang telah dikemukakan oleh agen melalui sistem dfan bukannya agen yang membuat pengiraan.
sekian,terima kasih, berurusanlah dengan pihak kastam sekiranya ingin maklumat yang tepat.

Bermula 4 Jun 2010,

Pengurangan cukai atau diskaun cukai keatas kenderaan yg menggunakan AP student sahaja akan diberi :-

1. Utk kenderaan yg ownership dan dipakai di luar negara kurang dari 1 thn,
diskaun automatik 20% off dari nilaian cukai.

2. Utk kenderaan yg ownership dan dipakai di luar negara diantara 1 -2 thn,
diskaun automatik 25% off dari nilaian cukai.

3. Utk kenderaan yg ownership dan dipakai di luar negara lebih dari 2 thn,
diskaun automatik 35% off dari nilaian cukai.

Diskaun ini akan dibuat secara automatik di Kastam Selangor.

On top of that, 5% lagi pengurangan cukai BOLEH dibuat dgn RAYUAN di Kastam Putrajaya.

1 pelajar RM85k

1 pelajar RM85k
Oleh Irwan Shafrizan Ismail

2010/07/05
Kerajaan biaya 90 peratus kos yuran pengajian IPT; Pinjaman PTPTN graduan kelas pertama jadi biasiswa

KUANTAN: Kerajaan menyediakan subsidi yuran pengajian secara purata sebanyak RM85,000 bagi setiap pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) setiap tahun.

Ini berdasarkan peruntukan sebanyak RM8.5 bilion yang disediakan dalam bentuk subsidi yuran pengajian membabitkan kira-kira 100,000 pelajar di dalam dan luar negara, tahun lalu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata subsidi sehingga 90 peratus daripada kos pengajian asal itu adalah untuk meringankan beban ibu bapa dan pelajar.
Sebagai contoh, katanya, kos sebenar pengajian perubatan selama lima tahun di IPT tempatan ialah sebanyak RM200,000 dengan kerajaan menanggung RM181,00 daripada kos itu berbanding hanya RM19,000 yang perlu dibayar pelajar.

Bagi pengajian kejuruteraan, kos pengajian selama empat tahun adalah sebanyak RM105,404 dengan kerajaan membayar subsidi sebanyak RM94,644, manakala pelajar hanya membayar RM10,760.

"Kedua-dua jurusan pengajian ini menunjukkan kerajaan memberi subsidi sebanyak 90 peratus dengan mengambil kira pelbagai faktor, termasuk tanggungan pelajar dan ibu bapa," katanya merasmikan Minggu Induksi Siswa 2010 Universiti Malaysia Pahang (UMP) membabitkan 1,614 pelajar baru di kampus induknya di Gambang dekat sini, semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim dan Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMP, Prof Dr Yuserrie Zainuddin.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, kos pengajian jurusan sastera ikhtisas selama tiga tahun di IPT tempatan adalah sebanyak RM27,813 dan subsidi yang ditanggung kerajaan ialah RM20,175, dengan pelajar membayar RM7,638.

"Selain subsidi pengajian, kerajaan juga menyediakan pelbagai biasiswa dan pinjaman, termasuk menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), katanya.

Malah, kerajaan juga memutuskan jumlah pendapatan ibu bapa pelajar yang memohon pinjaman penuh PTPTN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000 dengan mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled meminta semua IPT mengemukakan segera jumlah pelajarnya mendapat kepujian kelas pertama bagi memudahkan pinjaman pendidikan mereka ditukarkan kepada biasiswa.

Katanya, perkara itu sejajar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2010, supaya pinjaman PTPTN ditukar kepada biasiswa kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah Sarjana Muda dengan kepujian kelas pertama atau setaraf.

Mengikut perangkaan PTPTN, ada kira-kira 2,000 pelajar yang layak mendapat kemudahan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM73 juta.

"Bagaimanapun, sehingga 24 Jun lalu, PTPTN hanya mendapat perangkaan daripada 18 IPT awam dan swasta membabitkan 1,200 pelajar.

"Pelajar yang menamatkan pengajian pada 1 Januari lalu dan memperoleh kepujian kelas pertama serta memenuhi syarat ditetapkan boleh memohon untuk menukarkan pinjaman mereka kepada biasiswa, katanya.

Seramai 105,377 pelajar berjaya mendapat tempat di IPTA seluruh negara bagi sesi pengajian 2010/2011, membabitkan 58.6 peratus perempuan dan 41.4 peratus lelaki.

Daripada jumlah itu, 40,366 pelajar mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama, manakala 65,011 pelajar peringkat diploma termasuk di politeknik.
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen
LODUMA BIN DUNGUI
Langkah kerajaan ini adalah wajar kerana mengambil kira kepentingan rakyat tetapi saya merasa terkilan juga bila pelajar yang mengambil pendidikan luar kampus di mana mereka ini tidak ada kemudahan yang membolehkan mereka menikmati kemudahan sepertimana yang di perolehi mereka yang belajar sepenuh masa di IPT.
saya mencadangkan agar ibu bapa yang belajar melalui pengajian jaraj jauh di beri kemudahan yang serupa kerana pengorbanan mereka juga amat besar di mana mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan isi rumah kerana membayar kos pengajian mereka. saya mencadangkan ibubapa yang telah menamatkan pengajian melalui program Jarak Kauh diberi BIASISWA.
joy
bersyukur dgn pemerintahan kerajaan BN..amin..
rizam
mintak klu RMK10 kerjaan dapat menjadikan pinjaman PTPTN bagi ijazah kelas ke dua dijadikan biasiswa
Azrul Azly Zarul Fuad
Azrul Azly Zarul Fuad
Pada masa hadapan, mereka yg disubsidi ini juga yg akan membangunkan negara, dan membantu anak-anak masa depan pula.
shaharuddin haron
rebutlah peluang yang ada,gunakan duit pinjaman itu ditempat yang betul, duit yang lebih perlulah disimpan.yang baik buatkan panduan,yang tak elok jangan diulang lagi.
Muhammad BB
Salam! Saya setuju dengan cadangan ini, tetapi perlaksanaa kadang-kadang tidak dilaksanakan bagaimana yang di wawarkan. Sebagai contoh, pinjaman PTPTN, ada yang mendapat dengan mudah ada yang susah. Saya mengahadapi begitu sukar hendak membuat rayuan. Anak saya membuat Diploma mendapat tidak penuh lepas itu degree pun begitu(yuran saja) Mereka mengatakan bahawa saya bergaji besar. Saya ada tujuh orang anak, besar pun kena bayar segala pinjaman dan juga belanja anak-anak. Bagi sesaorang yang ada sikit anak mereka mendapat penuh. Saya harap kerajaan akan ambil kira jumlah bilangan anak-anak.

Kalau tidak dapat pinjaman yang mencukupi, masalah satu keluarga akan timbul seperti mengambil ambil pinjaman peribadi dan sebagainya. Menambah lagi masalah keluarga. Lama kelamaan tidak ada munafaat yang anak-anak dapat selain dari buku pinjaman percuma semasa sekolah rendah dan menangah.
Sedangkan pembelanjaan sesebuah keluarga semakin bertambah dan inflasi pun meningkat.Sesaorang yang makan gaji sentiasa membayar cukai pendapatan. Tetapi yang buat business sendiri, membawa kereta besar bila anak-anak memohon pinjaman PTPTN mereka mengatakan bahawa gaji ayah bawah RM1500 dan mereka dengan mudah mendapat pinjaman. Sedangkan mereka dapat duit poket dari ayah melebihi dari RM500 ada yang dapat RM1000 sebulan.Kebanyakan anak-anak ini tidak mendapat keputusan yang baik bila menduduki ujian. Masuk IPTA dengan bawak kereta, duit banyak kelak tidak mendatangkan manafaat pada negara sebab hidup awal-awal mewah. Hendak mendapat pinjaman dengan bebohong. Ni lah kesan jangkan panjang datang dari keluarga yang sedemikian.

Yang jujur yang ikhlas membesarkan anak-anak kadang-kadang macam menanguh simpati. Dulu anak saya mendapat 8 A1 tidak dapat biasiswa ke luar negara. Tak tahulah pinjaman tu di jalankan dengan adil atau tidak. Saya haraplah kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kuasa biarlah telus, amanah dan adil. Janganlah yang kaya bertambah kaya, yang tidak ada "kenalan" saja diketepikan.
Hidup ini biar ikut agama, kalau tidak negara kita ini dan bangsa Melayu jangan panjang tidak terdiri dari bangsa yang dibanggakan sebab kebanyakan memikirkan tentang diri masing-masing. Kualiti insan dah takada dan akhirnya bangsa Melayu tidak berguna yang kita ada.

ALLAH SNW jadikan kita untuk kenal dia. Segala perbuatan ada di balas. Yang baik akan ditanya yang tidak akan dihukum. Rezki yang baik/buruk akan jadi darah daging kita.
Sekian Wasalam

SAM
Saya sebagai bapa kepada pelajar penuntut Uitm mengucapkan terima kaseh kpd kerajaan kerana memberi sudsidi yang besar kepada penuntut yang belajar di universiti berkenaan .Sama samalah kita berfikir untuk menyokong pihak lain yang tiada memberi apa apa bantuan kepada kita.

Bapa penuntut
haddin
Pendidikan sangat penting bagi pembentukan SDM,salah satunya...dengan adanya subsidi..
DINO
Alhamdulilah Bersyukur kepada Allah dan terimakasih pada kerajaan pemerintah yang banyak dan perihatin akan masaalah pendidikan rakyat Syabas. Semarakan semangatkan 1 Malaysia
Abdul Jalil bin Ramli
Penjelasan daripada Menteri Pengajian Tinggi itu membuktikan bahawa kerajaan Malaysia merupakan sebuah kerajaan yang sangat mengambil berat terhadap rakyatnya khusus kepada pelajar di universiti yang begitu beruntung kerana hanya perlu membayar sekitar 10% sahaja daripada kos keseluruhan pengajian. Ini perlu dilihat oleh pelajar sebagai komintmen tinggi kerajaan terhadap mempertingkatkan taraf pendidikan rakyatnya dan dalam masa yang sama para pelajar seharusnya menterjemahkan keprihatinan kerajaan itu melalui usaha keras bagi mendapatkan pencapaian yang terbaik sewaktu belajar di universiti. Mereka perlu mengubah sikap sambil lewa dan negatif terhadap usaha ke arah kecemerlangan.
Dalam pada itu, saya merayu kepada kerajaan supaya memanjangkan insentif menukar pinjaman kepada biasiswa bukan setakat mereka yang menamatkan pengajian dengan kelas pertama pada 1 Januari tahun ini sahaja tetapi juga kepada graduan yang telah mencapai kepujian kelas pertama untuk tahun-tahun sebelum 2010 kerana jumlah yang terlibat bukanlah begitu besar dan ini juga sebagai satu bentuk keadilan kepada semua graduan yang cemerlang. Harap YB Menteri Pengajian Tinggi menimbangkan syor tersebut dengan penuh bijaksana.