PhD dan realiti kehidupan

Mereka yang belajar dengan saya, terutamanya pelajar-pelajar di peringkat Sarjana dan PhD sering diingatkan supaya merendah diri, tidak usah terperangkap dalam suasana berlumba-lumba yang tidak sihat, menikam rakan dari belakang, mempunyai sifat kedekut ilmu kerana takut mereka yang lain lebih berjaya atau sifat menyalahkan orang lain.
Kata-kata yang diambil dari http://muhdkamil.org/blog/

Nak ulas, tapi tunggulah jadi Dr. Aryati ye!...Doa2kan ye kekawan...

Acknowledgements

Acknowledgements

First and foremost I would like to thanks to my supervisor Prof. Peter Willett for his guide, support and encouragements during this research work. Member of the Michael Lynch Research Laboratory (Room 323) also provided invaluable support.

In memories of my mother Sakdiah (12.10.2008).

I would like to dedicate this work to my husband Nasree, my father Bakri, my brother and my sister without their love and support I would never have made it this far.

I would like to thank my friends for their support and help during my study.

This work is funded by the Malaysian Government and Universiti Teknologi Malaysia.


In Malay
Ucapan terima kasih kepada arwah mak, di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Al-Fatihah. Semoga Allah mengampunkan semua dosa mak dan dibebaskan dari seksaan kubur dan dimasukkan di dalam Syurga Firdaus.
Kepada suami Nasree, bapak Bakri dan ahli keluarga yang sentiasa menjadi penyokong dan pendorong dan peransang dalam setiap langkah. Semoga hubungan kekeluargaan disatukan hati oleh Allah dan kerana Allah.

Kerana Allah untuk Manusia.

Kelantan laksanakan cuti kakitangan wanita bersalin 90 hari

Kelantan laksanakan cuti kakitangan wanita bersalin 90 hari


2010/05/19: BERITA HARIAN
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan melaksanakan peraturan cuti bersalin bagi kakitangan wanita selama 90 hari, mulai tahun depan berbanding dua bulan yang dikuatkuasakan sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata peraturan baru itu bagi membolehkan kakitangan wanita mengambil masa lebih panjang menjaga anak dan keluarga dalam tempoh pantang bersalin itu.
"Kertas cadangan itu telah diperincikan di peringkat jawatankuasa portfolio saya dan akan diangkat ke mesyuarat Exco minggu depan sebelum diluluskan," katanya selepas mesyuarat Mingguan Exco, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.
Menurutnya, pada dasarnya kerajaan negeri sudah lama bersetuju melaksanakan peraturan itu, tetapi mengikut prosedur ia perlu dibentangkan di peringkat mesyuarat Exco untuk mendapat kelulusan.

Ditanya sama ada peraturan baru itu boleh menjejaskan produktiviti kerja penjawat awam, Wan Ubaidah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang, berkata penjawat awam di jabatan kerajaan negeri ramai dan boleh membantu tugas kakitangan yang cuti bersalin.

"Oleh itu, kita tidak bimbang dengan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin 60 kepada 90 hari ini boleh menjejaskan produktiviti kerja kakitangan awam," katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri terpaksa mengambil masa agak lama untuk meluluskan peraturan itu kerana ia membabitkan banyak implikasi, termasuk pencen kakitangan terbabit.
Beliau berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri Selangor dan Kedah memperkenalkan peraturan melanjutkan tempoh cuti bersalin bagi penjawat awamnya.

"Kita memikirkan usaha melanjutkan tempoh cuti bersalin itu perlu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan golongan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri supaya dengan itu mereka dapat menjaga penyusuan anak dan keluarga dalam tempoh pantang itu," katanya.

Langkah yang diambil kerajaan itu selaras dengan jawatankuasa yang dipengerusikannya untuk memartabatkan golongan wanita sebagai salah satu sayap penting dalam pembangunan negara. - Bernama

****

Di UK lagi best boleh cuti sampai setahun atau 2 tahun. Kalau kumpulan penyelidik 1001 heritage di UK nak kaji zaman kegelapan. Tapi zaman kegelapan mat salleh ialah zaman kegemilangan Islam di Andalusia. Islam berjaya menakluki 2/3 dunia. Lagi sedih kalau org Afrika, ramai masih guna nama Islam..mcm Abu. Ahmad, Hassan (ini tengok dlm TV di UK), tapi telah keluar drp Islam. Ada satu keluarga namanya Abu tapi srg dia kristian.

Islam aku pun masih jauh..masih banyak yang perlu dipelajari.

Nilai sebuah kehidupan

Semasa saya kecik kami hanya ada basikal. Saya tak ada basikal. Yang ada basikal bapak, mak dan akak-akak saya. Tapi saya tak ingat berapa basikal yang ada. Semasa darjah 1, saya akan tumpang naik basikal bersama bapak, beliau dalam perjalanan hendak ke kilang untuk mencari sesuap nasi. Balik sekolah saya kena jalan kaki sampai ke rumah nenek (jauh jugak, jarak 2 kampung), selalunya saya tertidur di bawah pokok, bukan kerana penat tapi saya tak nak balik rumah. Nanti bila akak saya balik sekolah, dia akan jemput saya di rumah nenek. Kalau saya tak ada,nanti akak saya tinggalkan saya, oleh itu saya boleh duduk rumah nenek. Rumah nenek seronok selalunya ada makanan. Disebabkan kemiskinan, biasanya balik sekolah kat rumah memang tak ada makanan. Tapi setiap anak itu rezeki kan, walaupun kami tak sarapan dari pagi sampai ke petang, kat sekolah, biasanya saya pun tak makan apa..saya tak bawak bekal dan kadang2 tak ada duit belanja pun..alhamdulliah kami sentiasa sihat. Tapi kalau saya tinggal rumah nenek, esoknya saya kenalah pergi sekolah jalan kaki. Kami tak lalu jalan besar, kami lalu jalan melalui kebun getah. Zaman dulu kebun bersih sangat, antara kampung pun nampak. Orang dulu sangat rajin, sekumpulan rumput pun tak ada. Bawah pokok getah memang bersih macam halaman rumah sahaja. Jadi laluan kami untuk ke sekolah ialah laluan kebun-kebun getah.

Saya teringat nenek saya akan pergi menoreh awal pagi drp rumah dia ke rumah saya. Kadang2 subuh dia dah sampai ke rumah saya. Saya rasa ada sejam beliau berjalan.

Kalau balik kampung kat parit yaani, rumah nenek sebelah mak pun kami naik basikal. Kali ini kami akan melalui estet..pun bawah rimbunan pokok-pokok getah. Tapi best gak sejuk aje tak panas. Masa itu sungai sengkuang tak ada jambatan lagi, kami akan naik sampan untuk menyeberang.

Create a Table of Contents

How to Create a Table of Contents in Word 2007 For Dummies


Creating a List of Tables and List of Figures

"Benci terhadap mama"

"Benci terhadap mama" : Bahan dari Utusan Malaysia

UNTUK berjaya dalam hidup, doa dan restu ibu amat penting. -Gambar hiasan

SAYA rasa adakalanya saya benci terhadap mama walaupun selama ini saya tidak pernah melawan, bermasam muka, menjawab malah hanya diam, dengar dan senyum.

Adakalanya hati ini memberontak, menangis dalam hati tetapi tiada siapa akan faham akan apa yang saya lalui, hanya Allah yang mengetahui segala yang diatur. Ibu saya kena strok selama sembilan bulan dua tahun lalu.

Walaupun dia kini sihat, dia banyak berubah. Saya berasa sangat tertekan malah seperti sakit jiwa dengan ibu saya serta keadaan rumah yang sangat bising dengan teriakan anak saudara saya yang diasuh oleh ibu saya.

Ibu selalu marah-marah, tengking saya sedangkan saya tidak tahu kesalahan saya, daripada sekolah rendah hinggalah sekarang. Ibu tidak pernah ambil berat tentang saya sama ada saya sudah makan atau tidak termasuk buku rekod laporan dan perasaan saya.

Saya tidak boleh melakukan sedikit pun kesalahan di depan ibu, saya bukanlah remaja yang suka melepak bersama kawan-kawan di luar. Saya habiskan masa di rumah, tolong ibu memasak dan buat kerja mengemas rumah dan barulah saya buat kerja lain.

Tapi apa yang mengecewakan saya, ibu saya tidak pernah sedikit pun menghargai apa yang saya buat, malah dia mengutuk saya di belakang. Dia selalu mengata saya bodoh, dia pandang saya seperti benci sangat akan saya berbeza dengan abang, ibu sopan sekali apabila bercakap dengan abang. Sesekali saya rasa nak bunuh diri, kami berkawan enam tahun lamanya hanya dia yang dengar luahan saya dan sentiasa menyokong saya. Saya kurang teman di sekolah, ramai orang benci saya. Dulu saya sering difitnah tetapi saya tak pernah membela diri.

Saya rasa nasib saya malang sekali, saya seperti berada di dalam sangkar kristal. Saya malu apabila ingin mengajak kawan saya ke rumah untuk belajar dengan sikap ibu yang selalu masam muka, jerit-jerit membuatkan kawan saya berasa serba salah.

Saya khuatir hilang fokus untuk belajar jika dalam keadaan yang berserabut dan gangguan daripada anak saudara saya. Banyak perkara yang membuatkan saya kecil hati tetapi saya sabar menghadapinya. Saya selalu berdoa agar Allah melembutkan hati saya dan saya ingin merasa kasih sayangnya dan semoga saya diberikan ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian Mu. Pesan saya terhadap ibu bapa di luar sana, selalulah ambil berat akan anak-anak, jangan biarkan mereka membenci dan malu dengan ibu bapa mereka sendiri dan fahamilah jiwa anak-anak.

n Odieo, Melaka.

Odieo,

Baru sahaja minggu lalu, seluruh dunia meraikan Hari Ibu dan sebagai umat Islam kita perlu sayang dan kasih ibu sepanjang hayat kita. Kasih ibu membawa ke syurga, itulah yang menjadi pedoman setiap anak. Odieo mungkin ingin ibu memahami diri anda, namun adakah Odieo memahami keadaan ibu anda? Ibu anda baru sahaja sembuh daripada penyakit dan keadaan ini boleh mempengaruhi emosi dan perasaannya kini. Seorang wanita yang telah melalui pelbagai dugaan termasuk jatuh sakit, mungkin menjadi lebih sensitif.

Justeru itu, sebagai anak, anda perlu memahami dan menyokongnya. Jika ibu selalu memarahi Odieo, janganlah berasa hati. Anggaplah teguran itu sebagai nasihat. Jika ibu seolah-olah marah dan pilih kasih, janganlah berdendam. Mungkin dia tidak sedar tentang situasi tersebut. Putri yakin, Odieo anak yang baik. Odieo perlu bersihkan hati daripada perasaan syak wasangka, bertenang dan terus berdoa. Apabila perasaan lebih lega dan tenang, setiap perkara yang kita lakukan lebih lancar dan mudah. Untuk berjaya dalam hidup, doa dan restu ibu bapa amat penting.

Mother Day

The Sharee'ah viewpoint concerning Mother's Day

Islam has no need of things that are innovated by others, be it Mother's Day or anything else. Its teachings on the honoring of mothers mean that it has no need for an innovated Mother's Day.

Fatwas of the Scholars

1. The scholars of the Standing Committee said:

Firstly: 'Eed is a name given to a recurring occasion on which people come together, whether it is annual or monthly or weekly and so on. 'Eed combines a number of things: a day which recurs, such as 'Eed al-Fitr and Friday (Jumu'ah); gathering on that day; acts or worship and customs which are done on that day.

Secondly: whatever is done on that day as a ritual, act of worship or act of veneration that is done in order to seek reward, or that involves imitating non-Muslims is a forbidden act of innovation (Bid'ah) and is included in the general meaning of the Hadeeth in which the Prophet, salallaahu alayhi wa sallam, said: "Whoever innovates something in this matter of ours (Islam) that is not part of it will have it rejected." [Al-Bukhaari and Muslim]

Examples of that include celebrating the Mawlid (Prophet's birthday), Mother's Day, and national days, because in the first case (Prophet's birthday) that means worshipping in a manner that Allaah has not prescribed, and because it involves imitating the Christians and other non-Muslims, and in the second and third cases (Mother's Day and national holidays) it means imitating the non-Muslims.

2. Shaykh Saalih al-Fawzaan said: Matters which involve imitation of the non-Muslims include imitating them in matters of worship, such as matters of polytheism like erecting structures and shrines over graves and exaggerating concerning them. The Prophet salallaahu alayhi wa sallam said: "May the curse of Allaah be upon the Jews and the Christians, for they have taken the graves of their Prophets as places of worship." And he said that if a righteous man among them died, they would build a place of worship over his grave and put images in it, and they are the most evil of mankind. There occur many actions which are tantamount to major polytheism because of exaggeration concerning graves, because of that imitation of the Jews and Christians.

That also includes imitating them in innovated festivals, such as the Mawlid celebrations on the birthday of the Messenger salallaahu alayhi wa sallam or the birthdays of presidents and kings. Some of these innovated festivals may be known as "days" or "weeks", such as the National Day or Mother's Day or Cleanliness Week and so on. All of these occasions have been imported to the Muslims from the non-Muslims, because in Islam there are only two festivals: 'Eed al-Fitr and 'Eed al-Adh'haa. Everything else is an innovation (Bid'ah) and imitation of the non-Muslims.
The Muslims must beware of that and not be influenced by the large numbers of so-called Muslims who do that and are ignorant of the true teachings of Islam, and who do such things because of ignorance, or who are not ignorant of the true teachings of Islam but do these things deliberately, in which case the matter is more serious.

Allaah Almighty Says (what means): "There has certainly been for you in the Messenger of Allaah an excellent pattern for anyone whose hope is in Allaah and the Last Day and [who] remembers Allaah often." [Quran 33:21]

http://english.islamweb.net/emainpage/index.php?page=articles&id=156963

Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)

Bagi aku adalah agamaku dan bagimu adalah agamamu. Sejak konsep trinity dalam Kristian difahami, secara peribadi tidak bersetuju dengan sambutan Hari Bapa dan Hari Ibu. Ianya perayaan yang dimodenkan oleh pihak gereja. Tapi masyarakat kita tanpa faham asal dan usulnya kebiasaannya akan mengikutnya, dan turut menyambutnya. Termasuk aku pada tahun 2008, aku pernah sekali seumur hidup hantar kad kepada arwah mak. Cukuplah sekali. Aku hendak sayang mak dan bapak setiap hari dengan mensedekahkan fatihah kepada mereka setiap kali lepas sembahyang. Semoga Allah sentiasa mengampun dosa mak dan bapak.

Sila (peringatan untuk diri sendiri juga) kaji budaya luar yang telah dianggap biasa atau boleh diterima oleh masyarakat kita, walaupun niatnya baik tapi nilai asalnya tiada? Ajarlah anak2 budaya yang boleh diterima oleh Islam atau tidak. Sukarkan dalam dunia moden ini sehingga kita sukar hendak membeza yang datangnya drp Islam dan drp sumber2 lain. Niatnya seolah2 baik tapi makna tersurat amatlah payah untuk difahami.

Biar garang

Dulu arwah mak memang garang
Aku selalu takut
Beliau memang akan cek setiap beg sekolah kami
Pada waktu malam
Aku selalu takut
Dan kadang2 marah
Sebab kononnya dah susun cantik-cantik
Tengok pagi bertaburan
Kegarangan beliau
Menjadi aku selalu takut kepada beliau
Tapi skrg aku faham
Beliau menjalankan Amanahnya dengan baik
Adik perempuan aku yang bungsu
Mampu memasak untuk raya
Aku tak payah risau sebab
Arwah mak telah ajar dengan cara beliau
Semua kemahiran sebagai seoarang wanita
Kadang kasihan tengok
Sepupu aku dah kahwin pun masih tak mahir memasak
Kemahiran yang arwah suruh sejak dr kecik
Sentiasa kena siap semua kerja-kerja rumah
Sebelum hendak buat kerja-kerja sekolah
Memamng mencabar dengan adik-beradik seramai 12 orang
Seorang kemas, ada aje adik-adik yang menyepah
Aku rasa sinki atau pelantar kat rumah
Tak pernah kosong
Ada aje pinggan
Kalau nak basuh
Mahu makan masa sejam
Aku teringat masa balik sekolah
Ada masa 2 jam untuk ke sekolah agama pada jam 3 petang
Kalang kabut dan kemas, nak basuh pinggan
Silap hari bulan kul 6 balik sekolah bersepah lagi
Leceh, penat,...semuanya dugaan hidup
Tapi bila dan kahwin dan kerja dan kena belajar
Kemahiran menguruskan semuanya secara serentak
Boleh diuruskan
Walaupun tak sempurna
Rutin hari sekarang
Mesti masak setiap hari
Lain2 tu hanya kerja2 sambilan
Basuh baju biasanya seminggu sekali
Maklumlah kami hanya berdua
Mengemas ikut keperluan
Sebab yang rajin menyepahnya aku
Akulah kena kemas
Apa pun sebenarnya aku rindukan arwah mak
"Hakim, dalam dunia ni, ada sesetengah benda Hakim perlu cari sendiri jawapannya. Dan bila Hakim dah dapat jawapannya, mungkin Hakim tak pernah jangka yang Hakim akan memperoleh kebaikan dari situ. Siapa tahu, dunia ini dan ciptaanNya, penuh rahsia. Abi serahkan pada Hakim untuk mencari jawapan kepada semua ni. Bila Hakim dah tahu, beritahu abi."

"Tapi abi..."

"Ingat Hakim. Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan jawapan itu lebih indah jika kita mengetahuinya dari usaha kita sendiri," Syed Ariff bingkas lalu melipat sejadahnya. Hakim masih di situ, memikirkan erti kata-kata ayahnya.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2528


Apa pulak, kaitan dengan keratan aktikel di atas. Sebenarnay tersentuh dengan " Setiap persoalan pasti ada jawapannya dan jawapan itu lebih indah jika kita mengetahuinya dari usaha kita sendiri". Inilah dia PhD, mencari persoalan dan jawapan yang tersendiri. Kena buat sendiri, Kena cari sebab sendiri. Kadang2 dah buat salah pulak, kena buat balik. Ini yang makan masa. Kalau tak buat langsung, langsung tak ada feedback drp SV, akhirnya kena cuba jugak walaupun tak pasti jalan yang dibuat jelas atau tidak. PhD ialah adult learning yang keseorangan. Laluan dan fikiran dan sebab yang muhasabah difikirkan sendirian.

Fikir, baca, renung, fikir..dah lah tu nak baca paper orang lain, bukannya mudah nak faham. Apatah lagi nak kaitan dgn kajian kita. Kadang sekali baca tak jumpa, kadang baca mcm ada kaitan, kali kedua baca macam tak ada kaitan pulak.

Betul kata Dr.Harihodin, PhD ini kerjanya sikit tapi kena fikir yang banyak. dia kata dia buat kerja 2 jam sehari, yang selebihnya dia banyak fikir, sambil jalan2. Dulu2 aku rajinlah jalan2 kat bandar, skrg ini malas...tido adalah..heheh

Pertemuan ke-20

1. 16.3.2007 - perjumpaan pertama : reading the research background
2. 18.4.2007 - first draft paper
3. 3.5.2007 - second draft
4. 14.6.2007 - third draft
5. 18.9.2007 - submitted paper to the editor
6. 22.10.2007 - first draft chapter: results 1
7. 29.11.2007 - second draft
8. 10.1.2008 - start experiment 2
9. 24.1.2008 - explain the results 2
10. 25.2.2008 - second draft results 2
11. 1.5.2008 - third draft
12. 30.6.2008 - first upgrade report and research design
13. 21.7.2008 - first draft LR
14. 5.12.2008 - second draft LR and upgrade report (Mhil to PhD)
15. 15.6.2009 - results 3 (first draft)
16. 29.10.2009 - results 4
17. 13.1.2010 - first draft thesis (2-7)
18. 31.3.2010 - abstract and introduction
19. 29.4.2010 - final review on results 3
20. 14.5.2010 - final review on results 4 and conclusion

20 pertemuan dalam masa 38 bulan. Skrg kat jabatan dah ada peraturan baru, pertemuan dengan setiap pelajar PhD dan penyelia, sekurang-kurang sebulan sekali. Tiada lagi sama dengan zaman saya, suka hati aje, bila nak berjumpa dengan penyelia.

Ya Allah permudahkan urusan hambaMu yang lemah ini, hanya kepada engkau tempat aku memohon. Amin

Why has Eton produced so many prime ministers?

By Paul Moss
BBC Radio 4's The World Tonight


Historic Eton College has now produced 19 of Britain's prime ministers

David Cameron has become the 19th prime minister of Great Britain to have attended Eton College near Windsor. Why have so many leaders come from this one school?
It is the thread that unites some of Britain's most disparate prime ministers. What else could Robert Walpole have in common with Anthony Eden? What links William Gladstone to Harold Macmillan?
The answer lies in a single educational establishment, founded on the bank of the River Thames more than 500 years ago.
Eton may not be the most expensive school in Britain, and it certainly does not get the best exam results. But this one boys' secondary has produced 19 prime ministers of Great Britain, one of Northern Ireland, and also educated the prime minister of Thailand.


A good Etonian is gentlemanly, intelligent - who could want better than that?
Ticky Hedley-Dent, Tatler Magazine

What happened to Eton stigma?
"Kids arrived there with this extraordinary sense that they knew they were going to run the country," said Palash Dave, who went to Eton in the 1980s.
He does not count himself among that number, insisting his own crowd were rather less full of themselves.
"But by hell did we have that sense by the time we left."
Palash Dave attributes this in part to a relentless series of speakers visiting the school, telling pupils they were potential leaders of the future.
But he also says that the school puts a premium on individualism: "You're encouraged to pursue any dream you might have.
"Eton also allows a degree of dissent and, to a certain extent, encourages it. That's very helpful to anyone who wants a leadership role."
This is not how the school is usually seen.

OLD ETONIAN POLITICAL LEADERS
Sir Robert Walpole
William Pitt
John Bute
George Grenville
Frederick North
William Grenville
George Canning
Arthur Wellesley
Charles Grey
William Melbourne
Edward Derby
William Gladstone
Robert Salisbury
Archibald Rosebery
Arthur Balfour
Sir Anthony Eden
Harold Macmillan
Sir Alec Douglas-Home
David Cameron
Terence O'Neill, PM of Northern Ireland
James Chichester-Clark, PM of Northern Ireland
Abhisit Vejjajiva, PM of Thailand
With its Victorian-era uniform, and rules dating back through the centuries, Eton is often perceived as a rigid, conformist institution.
But according to Nick Fraser, author of the book The Importance of Being Eton, the school's success actually lies in the extraordinary range of freedoms it grants to pupils.
They are particularly well-prepared for a life in politics, he believes, because so many school societies, sports clubs and other activities are run by the pupils themselves.
"Boys elect each other to positions of influence. So from a very early age, you become adept at being charming, buying votes, being smarmy."
Of course, smarminess can ruin a potentially-great political career, so too any suggestion of arrogance.
Ticky Hedley-Dent of Tatler Magazine, believes that Etonians' distinctive ability is to exude confidence, without appearing haughty or conceited.
"You can spot an Etonian, because they're going to a certain place, with a certain goal in mind, and they just go for it, no matter what other people think."
Hedley-Dent meets plenty of Etonians at social gatherings, and admits to being charmed.
"A good Etonian is gentlemanly, intelligent - who could want better than that?"
Etonian 'mirage'
David Aaronovitch wants better than that.
In fact, the Times newspaper columnist thinks the fuss about Etonians is completely overblown - more a mirage than an aura.
"Every time somebody does something from Eton, we talk about this person being an "Old-Etonian".
"We don't prefix Nick Clegg with being an 'Old-Westminsterian'.
"There's a degree of class-deference about it."


We can do what we want to do in life. Etonians are back on the scene
Dr Joe Spence
Aaronovitch's view is shared, paradoxically, by one of Eton's great supporters.
Dr Joe Spence taught at the school from 1987 to 1992. And although he is now head teacher of Dulwich College, he still believes that Eton has special qualities.
But Dr Spence also believes that the way Eton is talked about has bred resentment.
"In the late 80s and early 90s, there was a touch of defensiveness.
"I know Douglas Hurd felt the Eton label stood against his chances of becoming leader of the Tory Party.
"There was a sense that the days of the Etonian being important might have passed."
The success of David Cameron in becoming Conservative leader and now prime minister would suggest such fears were premature.
In fact, when Mr Cameron unveiled his first front-bench team, it included 13 people from his old school.
It is a sign, Dr Spence believes, that the Etonian label is no longer a handicap.
And present-day pupils, he says, are well aware of this.
"There's a renewed confidence that there is no reason that having been here, we should suffer thereby.
"We can do what we want to do in life. Etonians are back on the scene."

http://www.etoncollege.com/Registration.aspx

Most of Eton’s 1300 students enter the school at age 13. An old system under which boys could be registered at birth with a future house master was abolished some years ago, and virtually all candidates now go through a pre-assessment at age 11 (during year 6 in UK educational terms). The assessment consists of an interview, a reasoning test and a report from the boy’s current school. Those offered conditional places must then pass the qualifying examination (Common Entrance) at age 13 to secure their place, or do at least reasonably well in the more challenging King’s Scholarship examination.

************

Apa kaitan dengan sekolah ini, yang menarik utk diulas ialah sekolah yang dikhaskan untuk pelajar lelaki. Saya melihat kelebihan sekolah ini ialah pengasingan sekolah lelaki dan perempuan yang selari dengan ajaran Islam. Sebelum ini ada terbaca satu kertas kerja drp segi psikologi pelajar lelaki akan mempunyai daya minat terhadap pelajaran yang kurang jika mereka bersekolah yang mencampurkan pelajar lelaki dan perempuan. Kenapa kerajaan di tanahair tercinta membiarkan situasi pelajar lelaki dibiarkan? semuanya dikuasai oleh wanita? ianya bukannya satu senario yang sihat.

Ibu Bapa

Bahan dr email berantai.

Bacalah hingga akhir…semoga kita semua mendapat panduan dan pedoman melalui kisah ini…
<>Petikan: 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya ...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak ... .

" Ada duit? Minta ayah sedikit ..."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak.

Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. "Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit ... Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.


Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit.

Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah.

Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri.

Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini ... ." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

"Eh tak payahlah ayah ..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta! Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak.

Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak.

Namun sibuk mana sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu.

Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:

"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.

Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda).

Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri.

Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

& nbsp;
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.

Masih punya ibu bapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.

Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja.

Kita sentiasa berfikir untuk memberi.

Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!

Sahabat sekelian, cerita di bawah menjadi IBRAH bagi kita semua.

Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kepada ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan-tangan kita sebagai anak-anak.

Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.

Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat.

Lalu jiran ini balik ke rumah dahulu.

Beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud.

Firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah untuk melihat dari dekat ibu DrHD.

Rupa-rupanya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah.

Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yang paling comel yang dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dengan tangan anak-anak jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas
tubuh ibunya.

Ada jiran-jiran yang ingin melakukannya tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din dengan hujah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YANG TERAKHIR UNTUK IBU".

Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yang hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak-anak ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga-tiga adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya.

Ada beberapa orang yang hadir, memohon dan berkata, "Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru."

Permintaan ini ditolak oleh DrHD dengan hujah yang sama, "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu."

Yang hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan air mata tawaaduk di atas akhlak anak-anak ibu yang diasuh
hingga sealim sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , Hasan Din dan Ishak Din memang disegani oleh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIMnya mereka.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan bersama jenazah ibu Feb 2009 yang lalu.

Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.



Wallahu A'lam.

Baca hayati, selami dan insafi ... . Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab ... Bahagia dunia akhirat ...

******************
Pengalaman sendiri

Arwah mak selalu juga mintak duit drp kami walaupun hanya beberapa ringgit sebulan. Dulu rasa kasihan, rasa mak ini mcm tak ikhlas ke?? dlln...Dulu rasa kasihan, akak-akak saya yang kerja kilang terpaksa memperuntukan sedikit duit utk beliau, jika tidak beliau akan membebel. Kami tak faham kemahuan beliau. Saya akan bagi duit ikut suka hati saya. Beliau pernah mintak duit, semasa saya kahwin. Tapi saya membalas dengan kata, beliau tak pernah pun pedulikan duit belanja semasa saya belajar, terutama di universiti, sedangkan duit hantaran, 1 sen pun saya tak ambik, saya tak mintak mak dan bapak saya buat kenduri besar2. Saya hanya mahukan kenduri kahwin yang amat sederhana, tanpa pelamin tanpa makan damai. Hanya majlis nikah dan makan-makan yang simple sahaja. Tapi alhamdulliah, tetamu terlalu ramai sehingga tiada makanan, Kasihan pulak. Kami lari budget. Adik saya kata dia dah beli ayam tapi masih tak cukup. Tak tahu salah saya ke? kerana tak bagi duit? Tapi masa itu, saya ada duit di bank tapi tak boleh dikeluarkan kerana semua akaun saya tak aktif sebab saya tak gunakan selama setahun. Saya bernikah seminggu selepas saya balik master, dan sikit duit saya belanja utk barang hantaran dan hiasan adalah duit bakal suami pada masa itu. Semua urusan perkahwinan saya memang diuruskan oleh keluarga dan bakal suami saya, kad jemputan dan urusan nikah pun dia yang uruskan. Seminggu adalah masa yang sangat padat. sebab itu saya hanya mahukan majlis yang simple sahaja.

Saya pernah merajuk dan duduk rumah nenek sepanjang tingkatan 3, saya tak dapat duit belanja sepanjang tempoh itu. Sebelum2 itu pun saya selalu susah nak dapat duit belanja sekolah. Oleh sebab itu saya pergi sekolah dengan menaiki basikal. Sikap degil saya menyebabkan saya selalu tak dapat duit belanja. Semasa saya nak sambung pengajian ke ijazah drp diploma, lagi2 isu duit. Saya bosan. Saya tahu, bapak saya ada duit, sebab dia baru keluarkan duit KWSP. Tapi yang saya tahu dia pinjamkan duit kepada abg2 ipar saya. Sebab itu saya marah. Kebetulan, saya tidak dapat menghabiskan diploma dalam masa yang ditetapkan, dah tiada siapa hendak taja pengajian saya. Akak saya pun tak nak ambik tahu (dialah satu2 akak yang boleh menolong sebab dia sahaja yang kerja sebagai cikgu). Tapi saya cakap dengan kak long saya, yang saya akan buat lebih baik drp beliau. Syukur saya dapat kerja di UTM sebagai pembantu penyelidik, kemudian saya belajar sambil bekerja. 6 bulan selepas itu, saya telah tamat diploma dan saya mendapat gaji diploma, tapi semangat saya hendak sambung pelajaran tak pernah luntur,6 bulan kemudian, saya dapat menyambung ijazah hasil kerja selama 6 bulan. 6 bulan pertama, saya menggunakan sepenuhnya duit gaji dan simpanan saya. Saya memohon biasiswa MARA dan biasa dapat pada semester ke-2. Saya tak peduli duit biasiswa semasa semester pertama, ini kerana UTM memasukkan di akaun Affin bank, di mana saya telah hilang buku akauan tersebut. Sehingga saya tamat pengajian ijazah, saya baru urusan duit tersebut, kemudian buat report polis dan pergi ke affin bank, di UTMKL untuk mengeluarkan duit tersebut dan saya hadiah kepada ibu dan bapa saya untuk dimasukkan di dalam akaun tabung haji. Rasa mereka sangat kagum melihat duit kertas sekeping yang bernilai RM1000. Semasa saya mula bekerja di KL, saya memang tak bagi duit tiap2 bulan kepada mak dan bapak tapi saya masukkan duit ke dalam akaun tabung haji. Alhamdulliah mak dan bapak dapat pergi haji pada tahun 1989. Pada tahun yang sama saya mula daftar kerja di UTM. Kemudian saya sambung master pada 1999/2000, di UK. Selepas master, saya pun tak pernah bagi duit yang tetap kat mak dan bapak, ikut suka hati saya..kebanyakan saya bagi. Saya pernah membuat potongan tabung haji secara tetap tapi lepas tu, saya membuat tambahan akaun, kemudian arahan tetap tersebut kembali semula kepada saya. Semasa saya hendak sambung PhD, mak dan bapak tak tanya pasal duit, tapi akak saya yang bising2 sebab mak dan bapak nak pergi haji sekali lagi. Tapi saya senyap aje...Tapi alhamduuliah di akhir 2007 mereka dapat menunaikan haji untuk kali kedua.

Saya tahu, arwah mak saya sangat pemurah dengan budak2 kecik, kalau tak ada duit mcmana pun dia mesti akan bagi budak kecik yang datang ke rumah atau ke yang di melawat rumah orang tersebut. Dulu saya tak faham, skrg saya faham..mungkin ada sebab arwah mak mintak dulu. supaya kami tak lupa jasa mak dan ayah. peringatan secara halus.

Saya masih mampu berbakti kepada bapak dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah mak saya (Al-fatihah).

Fahami isu pembuangan anak

Fahami isu pembuangan anak
Sedih dengan isu semasa. Tapi apa peranan ini kita? Hendak menyalahkan mereka? Siapakah mereka? Hendak menyalah ibu-bapa?

Pening kepala memikirkan
Tapi punca mungkin banyak
Cara untuk mengatasi
Kenali Quran dan Islam
Ini jalan keluar terbaik
Fahami masalah mereka
Kenapa mereka jadi begitu
Sehingga ke akar umbi
Teringat aku cerita
Spendolics
Satu citer yang mengesahkan
Orang yang suka berbelanja berlebihan
Menggunakan kad kredit
Tapi mereka menggunakan punca hingga ke
Akar umbi
Mengkaji latar belakang
Fahami masalah mereka
Dengari rintahan
Mereka mungkin kita memahami
Sebab kita bukan berada di tempat mereka
Bayang mereka adalah kita
Apa yang punca jadi macam ini
Adakah punca kawan dan desakan hawa nafsu
Atau keluarga sendiri
Semasa mereka mengandung
Siapa tempat mereka mengadu
Masyarakat perlu perihati
Memberikan sokongan
Kita tak tahu akhirnya kita dimana
Satu permulaan yang baik
Bukan bermakna perakhiran yang baik
Pintu taubat sentiasa terbuka
Maafkan mereka dan bimbinglah mereka
Jangan sampai mereka tersesat jalan
Dengari lah suara-suara mereka
Kenapa membenarkan pergaulan bebas
Dalam masyarakat kita
Sana sini couple
Kedai buka 24 jam
Yang menarik dalam berita
Menteri luar kata tak ada negara yang
membenarkan kedai di buka 24 jam
Di uk ini
Kebanyakan kul 5 dah tutup
Yang mlm buka hanya bar
Itu pun terikat kepada berumur 21 tahun sahaja
Anak-anak remaja mereka
Tak berkeliran sesuka hati
Ini Di Msia
Banyak pusat maksiat
Kemudahan dan tempat remaja lepak
Di mana-mana
Banyak isu yang Islmic pratice di UK
Berbanding di Msia
Anak remaja kena tembak kul 2 pagi
Sesuai mereka berada di luar rumah
Aku pun tak faham kenapa
Msi mengkorbankan ekonomi
Demi menghapuskan tahap sosial dan rohani
Anak-anak remaja
Sepatutnya kedai semua tutup kul 5
Orang pun dah balik kerja
Dan boleh habiskan masa dengan keluarga
Bagi yang muslim boleh solat magrib dan isyak berjemaah
Anak-anak tidak melepak sesuka hati sebab semua kedai dah tutup
Shopping complex pun tutup kul 5 petang juga
Jepun negara maju pun tutup 5 petang
Msia yang masih jauh nak buka kedai 24 jam
Yang mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan
Satu penyakit juga kat Msia
Pasar malam
Mula sebelum maghrib dan abis lepas Isyak
Sesuai ke?
Aku rasa dr segi masa sungguh tak sesuai

PENGARUH SIKAP DAN DEMOGRAFI KE ATAS PRODUKTIVITI

PENGARUH SIKAP DAN DEMOGRAFI KE ATAS PRODUKTIVITI KERJA PENSYARAH MUSLIM:
KAJIAN DI UNIVERSITI MALAYA


Keseimbangan kajian antara perspektif Islam dan Barat. Produktiviti dilihat dr kedua-dua pandangan. Hasil yang agak muhasabah. Lelaki lebih produktiviti daripada wanita. Hasil yang sama yang pernah terbaca kat kertas kerja yang lain. Sebenarnya hendak mengulas tentang tahap pendidikan di Malaysia, di mana pelajar perempuan lebih cemerlang daripada pelajar lelaki, sehingga 80% yang memohon KPLI terdiri daripada pelajar perempuan. Secara peribadi, keadaan ini agak membimbangkan untuk keseimbangan dunia dan Malaysia khasnya. Lelaki mempunyai kekuatan yang Allah ciptakan, mempunyai tanggungjawab lebih besar. Setinggi mana kelulusan seorang perempuan, imam tetap diwajibkan ke atas lelaki. Keseimbangan keluarga pun perlu didik oleh perempuan yang mempunyai sikap yang lembut, malangnya kelebihan perempuan ini telah dihabiskan di tempat kerja. Bagaimana anak2 di rumah? Ini ada kesan tentang isu masalah sosial di Malaysia sekarang ini. Walaupun, diri sendiri wanita berkerjaya, secara peribadi saya tidak setuju supaya wanita menjadi tungak utama dalam ekonomi negara, ianya memang sesuai utk lelaki. Tapi dulu pengaruh sekular terlalu dekat, bersemangat untuk belajar dan menjadi wanita berkerjaya. Tapi ianya bukan keinginan di waktu skrg. Skrg hanya meneruskan amanah rakyat sebab menggunakan duit rakyat Malaysia untuk buat PhD di sini, sebelum di akhirat, ditanya mana duit RM sejuta digunakan???Ya Allah, permudahkan urusan PhD aku di sini.

Kena aku tak terfikir utk menjadi surirumah sepenuh masa
Kena aku tak terfikir utk menjadi surirumah sepenuh masa
Sistem pendidikan yang dibuka kepada wanita dan lelaki
Seolah telah lari drp konsep asal
Kini di tanah air
Lebih ramai wanita berkerjaya
Mcamana dengan institusi keluarga dan anak2
Ada yang ok ada yang sebaliknya
Tapi dalam Islam
Telah menyediakan panduan supaya suami berkerja
Dan wanita di rumah
Pasti ada hikmah yang besar
Tapi banyak kajian telah membuktikan bahawa
Wanita perlu duduk di rumah
Salah satu susu ibu adalah susu yang terbaik
Untuk bayi,
Ianya telah dibuktikan secara sainstifik
Oleh sebab ibu kena duduk rumah untuk
Memastikan bayi tersebuat mendapat susu yang secukupnya
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Utamalogikketikahamil/Article/index
Jika kita lihat punca atau risiko bayi menghidapi asma bukan kerana pemakanan. Risiko utama adalah keturunan, terutama jika seorang iaitu sama ada ibu atau bapa mengalami asma. Ia juga adalah masalah alahan. Bagi mengurangkan risiko ini, elakkan susu botol kerana susu lembu mempunyai protein yang boleh menyebabkan alahan.

Andai anak puan berisiko tinggi, susu badan adalah yang terbaik. Bayi yang lahir secara pembedahan juga mempunyai risiko alahan yang tinggi berbanding kelahiran secara normal. Sekiranya Puan terpaksa memberi susu botol, pilihlah beberapa jenama susu bayi yang hipoalergenik dan mempunyai probiotik bagi mencegah alahan ini.

Kesukaran mendapat kelulusan cuti belajar

Dicatatkan semula supaya sentiasa ingat
Mula kena buat proposal
Gi kursus kaedah penyelidikan
Kena tegur skop terlalu besar
Buat banyak-banyak proposal sebab nak ikut kemahiran penyelia
Aku ini tak mahir nak buat tajuk sendiri
Tak tahu minat apa so aku ikutlah tajuk bakal penyelia
Di UKM aku buat proposal pasal UML dan Web
Apalah yang aku buat aku pun tak faham
Lepas tu kat Sheffield, penyelia yang bagi tajuk
Bibliometric
Aku pun baca dan buat proposal
Hantar dan mohon ke Sheffield
Selepas aku buat keputusan nak buat utk tukar ke luar negara
Dekan pun pelik semalam jumpa aku
Kata laki aku tak boleh ikut ke luar negara
Kemudian boleh pulak..
Pelik..hehehe
Dia yang cabar aku, aku pun pergi lah
Keputusan yang tak boleh ditarik balik
Surat kelulusan cuti belajar dah diluluskan oleh UTM dan masih peringkat final di KPT
Selamba aje call UTM dan KPT, jangan keluarkan surat rasmi
Sebab nak tukar universiti
Lepas tu BI yang tak lepas
Berapa kalilah mahu ambik
Kena marah dgn HRD buat selamba aje
Merayu kat Sheffield pasal BI
Dah 3 tahun, entahlah apa tahap BI aku ini
Cuba aje dan masih mencuba
Cari kesalahan dalam ayat aku tak jumpa
Pandai aje aku suruh orang semakan
Pening kepala depa
Suruh aku check aku tak jumpa2 gak
Aku rasa aku kena balik ke asal
Belajar BI dari ABC semula
Tapi aku tak sempat
Aku main tulis aje skrg
Ini belum kadang kabut urusan visa
Perjanjian cuti belajar
Duit drp KPT dlln
Urusan rumah
Kereta telah aku jual
So aku kenalab pakai kete adik aku
Cari orang nak sewa rumah

Dia, Iman dan aku

Aku juga lalai dengan nikmat dunia
Yang banyak sehingga aku lupa
Tentang kitabMu yang agung
Kehilangan Dia
Banyak mengajar aku
Merenung semula setiap langkah yang aku lalui
Penuh onak dan duri
Orang kata aku keras hati
Ya aku akui aku memang keras hati
Tapi aku perlu menjaya mendidik hati aku menjadi lembut
Aku takut untuk menghadapi alam lagi satu lagi
Bersedia ke aku
Sedang aku manusia yang penuh dosa
Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku
Kini aku rindu untuk menjadi HambaMu
Yang Dicintai
Tapi aku masih tak mampu melakukan sebaiknya
Aku banyak mempunyai kelemahan dengan seribu kelemahan
Ilmu adalah jambatan amal
Ya Allah berkatilah imuku ini
Sedekahlah untuk Dia setiap langkah kaki
Untuk menuntut ilmu
Ilmu adalah cahaya
Ya Allah mempermudahkan perjalanan aku di sini

Melihat dia terlantar

SMS diterima menyatakan
Dia mengalami kemalangan motor
Ingat jatuh motor yang biasa
Rupanya agak parah
Aku mintak adik email gambar dia
Melibatkan organ dalaman
Aku sedih sangat
Aku terus membeli tiket untuk balik ke Msia
Tahun itu, tiada raya utk kami
Pagi raya kami di stesen keretapi
Aku tahu kalau melibatkan organ dalam
Harapan agak tipis
Tapi aku tak mampu memberitahu sesiapa kecuali sang suami
Tulung rusuk patah
Darah dan menebusi jantung
Ya Allah ..
Aku hanya mampu berdoa
Semoga Allah tidak membebani lebih daripada kemampuan Dia
Beliau telah melahirkan dan membesarkan kami 12 beradik
Sungguh besar pengorbanan beliau
Jangan Engkau seksa dia
Di Dubai aku hanya mampu membaca Quran, solat sunat dan doa utk beliau
21 jam aku transit di Dubai seakan cepat aje masa berlalu
Sampai ke Johor, aku singgah kejap ke pekan nanas
Dan kemudian ke Hospital Batu Pahat
Melihat Dia terlantar tanpa upaya
Malam tu aku sampai rumah
Masa nak tidur aku nak cakap dengan akak aku
Yang Dia tak akan lama tapi aku tak berani
Bukan ajal di tangan Allah
Tapi aku rasa
Akhirnya aku hanya bersama Dia selama seminggu
Tapi hati aku buta masa itu
Dia berselera nak makan selepas Dr. buka semua saluran
Sebelum itu Dia hanya diberikan susu oleh Dr melalui saluran
Beliau berselara untuk makan selama lebih kurang 3/4 hari
Kenapa aku tak sedar
Luka-luka di buka banyak dah baik dalam masa tak sampai seminggu
Kenapa hati ini terlalu keras
Akhirnya
Aku tak sempat memberikan penghormatan terakhir utk beliau
Hanya sehari selepas aku bertolak semula ke UK
Kewafatan beliau dimaklumkan oleh Adik aku melalui SMS
Di Dubai, aku rasa mungkin dlm perjalanan aku dr Singapura ke Dubai
Kini hampir 2 tahun beliau pergi meninggal kami
Aku masih sedih setiap kali meningati beliau
Mengingati adik-adik aku
Mereka adalah aku, dan aku adalah meraka
Sedarkan mereka untuk mendoakan dan mensedekah Al-Quran untuk Dia yang
Melahirkan kami semua
Mampu aku untuk membimbing adik-adik
Apakah jalan-jalan yang adik-adik pilih
Jalan ke dunia atau sebaliknya
Ya Allah engkau berikan aku kekuatan
Aku ada lagi perjuangan yang belum selesai
Permudahkan urusan aku di sini
Setiap yang susah adalah mudah di sini mu
Tiada yang musthail di sisi mu

Membaca atas nama TuhanMu

Al-Alaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).

Membaca atas nama Allah. Membaca dengan niat kerana Allah. Allah yang maha kuasa yang memiliki segala ilmu di langit dan bumi. Yang menarik dalam ayat ini, ialah membaca dengan menggunakan pen dan tulisan. Teringat dalam kaedah pembelajaran semasa kita membaca kita dikehendaki membuat catatan atau nota. Inilah hikmah yang ada dalam Quran kepada kaum-kaum yang berfikir. Cantik kan kandungan Al-Quran.

Pengalaman awalan PhD saya

Pada peringkat permulaan, permohonan menyambung pelajaran dilakukan dengan cadangan penyelia oleh seorang kawan untuk menyambung ke UKM. Saya telah menghubungi email kepada bakal penyelia dan membuat persiapan untuk memyediakan proposal (cadangan penyelidikan). Cadangan tajuk penyelidikan agak baru bagi diri saya. Kemudian proses memohon universiti dan memohon cuti belajar di UTM dilakukan dan saya berjaya mendapat tempat di UKM dan mendapat kelulusan cuti belajar ke UKM. Tapi disebabkan oleh sebab-sebab yang tertentu, saya membuat permohonan baru ke luar negara. Setelah berjumpa dekan, dan beliau menggalakan saya bertukar ke luar negara. Selepas itu, saya menghubungi beberapa professor dan pensyarah untuk saya membuat PhD di sana. Akhirnya saya memilih Sheffield Universiti dan membuat dengan Prof Peter Willett. Beliau agak berpengalaman dan cara kerja beliau sangat sistematik. Beliau sungguh rajin untuk memantau pelajarnya di makmal komputer hampir setiap hari, kadang-kadang 2 hari sekali. Tapi saya kadang-kadang curi-curi tidak datang. Jika seminggu saya tidak hadir ke makmal, saya akan menerima email dr beliau...just asking "Where are you?". Tapi bagi saya beliau jujur dan menjalankan amanahnya dengan baik. Oleh sebab itu kalau saya hendak ponteng ke makmal, saya kenalah pandai-pandai, jangan sampai seminggu tak nampak batang hidung. Atau kadang saya maklumkan kat beliau yang saya 'working at home'.

Di Sheffield, saya juga membuat bidang penyelidikan yang baru bagi saya, bibliometric. Pada mula saya tak berapa pasti tentang bidang ini. Teknik asalnya digunakan oleh perpustakaan untuk memastikan mereka mempunyai koleksi buku, journal yang berkualiti. Sekarang teknik ini telah digunakan oleh bidang-bidang yang lain untuk memantau kualiti dan kuantiti penyedilikan, kenaikan pangkat yang lebih sesuai utk para akademik dan penyelidik.

Kenapa saya buat bidang ini? Saya memang minat pengurusan sejak dari sekolah menengah. Dulu saya ingat nak sambung bidang 'peracangan bandar' selepas SPM. Tapi akak saya yang telah isi semua borang saya, dia yang pilik komputer. Saya tidak minat pun. Saya suka subjek perdagangan. Semasa tahun akhir di UTM, saya mengambil subjek sistem bantuan keputusan. Kemudian saya jatuh hati dan buat projek tahun akhir tentang proses pemilihan kenaikan pangkat berdasarkan kursus yang telah diikuti oleh kakitangan. Semasa proses penilaian dilakukan saya ditanya mana model saya? Saya tidak faham tentang model membuat keputusan. Kemudian saya menyambung pelajaran di peringkat master dalan bidang 'Decision modelling'. Skrg saya dah faham. Sebelum kita membuat keputusan berdasarkan komputer, kita kena modelkan dahulu proses membuat keputusan. Setiap hari manusia membuat keputusan tapi ada keputusan yang subjektif, ada jelas, ada tidak yang jelas.Agak2 penting atau kritikal tak proses membuat keputusan yang sistematik. Bagi saya ianya sangat penting dan kritikal terutama utk oragnisasi, tak adalah orang yang sama aje naik pangkat kan, atau prosidur penilaian yang tidak jelas. sebagai manusia setiap hari kita membuat keputusan...daripada keputusan yang kita buat ada hati2 yang terluka..ini terutamanya keputusan memilih pasangan hidup.

Dalam penyelidikan saya lebih membuat keputusan berdasarkan data-data yang jelas iaitu data penerbitan (sebab itu ialah sesuai untuk menilai pencapaian penyelidikan, menilai kakitangan akademik dan menilai penyelidik).

Tajuk saya telah diberi semasa kami berkomunikasi dengan email. Selepas itu, saya cuba menyediakan cadangan penyelidikan. Bakal penyelia saya pulak, memberikan satu tugasan untuk membuat kajian latar belakang tentang h-indek. Tapi skrg h-indek hanya tinggal kenangan sebab saya tak gunakan dalam PhD saya. Saya lebih kepada bibliometric yang basic sahaja. H-indek lebih kepada utk menilai keupayaan seseorang penyelidik dalam menghasilkan penulisan dan juga mempunyai citation. Citation ini merujuk kepada kesan penyelidikan yang dijalankan, jika kita membuat penyelidikan yang selalu dirujuk, pastinya paper kita akan dirujuk orang lain. Jika paper kita tidak dirujuk, mungkin kajian yang dilakukan tiada kaitan dengan kajian penyelidik2 lain.

Rahmat Ujian

Manusia sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran, cabaran sebagai pelajar PhD, yang merangkap sebagai ibu atau sebagai seorang isteri atau hidup bujang dlln. Diuji dengan adanya cahayamata yang comel atau tiada langsung. Semuanya ujian yang mempunyai hikmah yang tinggi di sisi Allah. Sebagai mana hadis:
" Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman saja. Sekiranya dia mendapat karunia dia akan bersyukur, maka jadilah karunia itu baik untukNya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah kebaikan untukNya."
(Riwayat Muslim)

Tapi hidup di celah manusia yang suka membuat penialaian sendiri, kadang-kadang menyentuh hati pihak yang mendengarnya. Di kesempatan inilah juga, saya memohon maaf kepada rakan-rakan semua jika saya ada tersalah cakap yang menguris hati mana2 pihak.

Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.

Rahmat Ujian
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

c/o
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

c/o

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

repeat c/o 2x

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu
http://www.youtube.com/watch?v=OD2COX4wTSA&feature=PlayList&p=55EBCC230CF03DC8&playnext_from=PL&index=3&playnext=4