Bahan dr email berantai.
Bacalah hingga akhir…semoga kita semua mendapat panduan dan pedoman melalui kisah ini…
<>Petikan: 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya ...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak ... .
" Ada duit? Minta ayah sedikit ..."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak.
Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. "Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
"Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit ... Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit.
Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah.
Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.
Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri.
Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini ... ." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
"Eh tak payahlah ayah ..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.
Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta! Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak.
Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak.
Namun sibuk mana sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu.
Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:
"Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.
Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda).
Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri.
Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
& nbsp;
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan.
Masih punya ibu bapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda.
Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja.
Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
Sahabat sekelian, cerita di bawah menjadi IBRAH bagi kita semua.
Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kepada ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan-tangan kita sebagai anak-anak.
Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.
Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.
Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat.
Lalu jiran ini balik ke rumah dahulu.
Beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud.
Firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah untuk melihat dari dekat ibu DrHD.
Rupa-rupanya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah.
Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.
Perkara yang paling comel yang dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dengan tangan anak-anak jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas
tubuh ibunya.
Ada jiran-jiran yang ingin melakukannya tetapi ditolak oleh Dr Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din dengan hujah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YANG TERAKHIR UNTUK IBU".
Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yang hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak-anak ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga-tiga adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya.
Ada beberapa orang yang hadir, memohon dan berkata, "Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru."
Permintaan ini ditolak oleh DrHD dengan hujah yang sama, "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu."
Yang hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan air mata tawaaduk di atas akhlak anak-anak ibu yang diasuh
hingga sealim sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , Hasan Din dan Ishak Din memang disegani oleh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIMnya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan bersama jenazah ibu Feb 2009 yang lalu.
Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi ... . Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab ... Bahagia dunia akhirat ...
******************
Pengalaman sendiri
Arwah mak selalu juga mintak duit drp kami walaupun hanya beberapa ringgit sebulan. Dulu rasa kasihan, rasa mak ini mcm tak ikhlas ke?? dlln...Dulu rasa kasihan, akak-akak saya yang kerja kilang terpaksa memperuntukan sedikit duit utk beliau, jika tidak beliau akan membebel. Kami tak faham kemahuan beliau. Saya akan bagi duit ikut suka hati saya. Beliau pernah mintak duit, semasa saya kahwin. Tapi saya membalas dengan kata, beliau tak pernah pun pedulikan duit belanja semasa saya belajar, terutama di universiti, sedangkan duit hantaran, 1 sen pun saya tak ambik, saya tak mintak mak dan bapak saya buat kenduri besar2. Saya hanya mahukan kenduri kahwin yang amat sederhana, tanpa pelamin tanpa makan damai. Hanya majlis nikah dan makan-makan yang simple sahaja. Tapi alhamdulliah, tetamu terlalu ramai sehingga tiada makanan, Kasihan pulak. Kami lari budget. Adik saya kata dia dah beli ayam tapi masih tak cukup. Tak tahu salah saya ke? kerana tak bagi duit? Tapi masa itu, saya ada duit di bank tapi tak boleh dikeluarkan kerana semua akaun saya tak aktif sebab saya tak gunakan selama setahun. Saya bernikah seminggu selepas saya balik master, dan sikit duit saya belanja utk barang hantaran dan hiasan adalah duit bakal suami pada masa itu. Semua urusan perkahwinan saya memang diuruskan oleh keluarga dan bakal suami saya, kad jemputan dan urusan nikah pun dia yang uruskan. Seminggu adalah masa yang sangat padat. sebab itu saya hanya mahukan majlis yang simple sahaja.
Saya pernah merajuk dan duduk rumah nenek sepanjang tingkatan 3, saya tak dapat duit belanja sepanjang tempoh itu. Sebelum2 itu pun saya selalu susah nak dapat duit belanja sekolah. Oleh sebab itu saya pergi sekolah dengan menaiki basikal. Sikap degil saya menyebabkan saya selalu tak dapat duit belanja. Semasa saya nak sambung pengajian ke ijazah drp diploma, lagi2 isu duit. Saya bosan. Saya tahu, bapak saya ada duit, sebab dia baru keluarkan duit KWSP. Tapi yang saya tahu dia pinjamkan duit kepada abg2 ipar saya. Sebab itu saya marah. Kebetulan, saya tidak dapat menghabiskan diploma dalam masa yang ditetapkan, dah tiada siapa hendak taja pengajian saya. Akak saya pun tak nak ambik tahu (dialah satu2 akak yang boleh menolong sebab dia sahaja yang kerja sebagai cikgu). Tapi saya cakap dengan kak long saya, yang saya akan buat lebih baik drp beliau. Syukur saya dapat kerja di UTM sebagai pembantu penyelidik, kemudian saya belajar sambil bekerja. 6 bulan selepas itu, saya telah tamat diploma dan saya mendapat gaji diploma, tapi semangat saya hendak sambung pelajaran tak pernah luntur,6 bulan kemudian, saya dapat menyambung ijazah hasil kerja selama 6 bulan. 6 bulan pertama, saya menggunakan sepenuhnya duit gaji dan simpanan saya. Saya memohon biasiswa MARA dan biasa dapat pada semester ke-2. Saya tak peduli duit biasiswa semasa semester pertama, ini kerana UTM memasukkan di akaun Affin bank, di mana saya telah hilang buku akauan tersebut. Sehingga saya tamat pengajian ijazah, saya baru urusan duit tersebut, kemudian buat report polis dan pergi ke affin bank, di UTMKL untuk mengeluarkan duit tersebut dan saya hadiah kepada ibu dan bapa saya untuk dimasukkan di dalam akaun tabung haji. Rasa mereka sangat kagum melihat duit kertas sekeping yang bernilai RM1000. Semasa saya mula bekerja di KL, saya memang tak bagi duit tiap2 bulan kepada mak dan bapak tapi saya masukkan duit ke dalam akaun tabung haji. Alhamdulliah mak dan bapak dapat pergi haji pada tahun 1989. Pada tahun yang sama saya mula daftar kerja di UTM. Kemudian saya sambung master pada 1999/2000, di UK. Selepas master, saya pun tak pernah bagi duit yang tetap kat mak dan bapak, ikut suka hati saya..kebanyakan saya bagi. Saya pernah membuat potongan tabung haji secara tetap tapi lepas tu, saya membuat tambahan akaun, kemudian arahan tetap tersebut kembali semula kepada saya. Semasa saya hendak sambung PhD, mak dan bapak tak tanya pasal duit, tapi akak saya yang bising2 sebab mak dan bapak nak pergi haji sekali lagi. Tapi saya senyap aje...Tapi alhamduuliah di akhir 2007 mereka dapat menunaikan haji untuk kali kedua.
Saya tahu, arwah mak saya sangat pemurah dengan budak2 kecik, kalau tak ada duit mcmana pun dia mesti akan bagi budak kecik yang datang ke rumah atau ke yang di melawat rumah orang tersebut. Dulu saya tak faham, skrg saya faham..mungkin ada sebab arwah mak mintak dulu. supaya kami tak lupa jasa mak dan ayah. peringatan secara halus.
Saya masih mampu berbakti kepada bapak dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah mak saya (Al-fatihah).
No comments:
Post a Comment