Nilai sebuah kehidupan

Semasa saya kecik kami hanya ada basikal. Saya tak ada basikal. Yang ada basikal bapak, mak dan akak-akak saya. Tapi saya tak ingat berapa basikal yang ada. Semasa darjah 1, saya akan tumpang naik basikal bersama bapak, beliau dalam perjalanan hendak ke kilang untuk mencari sesuap nasi. Balik sekolah saya kena jalan kaki sampai ke rumah nenek (jauh jugak, jarak 2 kampung), selalunya saya tertidur di bawah pokok, bukan kerana penat tapi saya tak nak balik rumah. Nanti bila akak saya balik sekolah, dia akan jemput saya di rumah nenek. Kalau saya tak ada,nanti akak saya tinggalkan saya, oleh itu saya boleh duduk rumah nenek. Rumah nenek seronok selalunya ada makanan. Disebabkan kemiskinan, biasanya balik sekolah kat rumah memang tak ada makanan. Tapi setiap anak itu rezeki kan, walaupun kami tak sarapan dari pagi sampai ke petang, kat sekolah, biasanya saya pun tak makan apa..saya tak bawak bekal dan kadang2 tak ada duit belanja pun..alhamdulliah kami sentiasa sihat. Tapi kalau saya tinggal rumah nenek, esoknya saya kenalah pergi sekolah jalan kaki. Kami tak lalu jalan besar, kami lalu jalan melalui kebun getah. Zaman dulu kebun bersih sangat, antara kampung pun nampak. Orang dulu sangat rajin, sekumpulan rumput pun tak ada. Bawah pokok getah memang bersih macam halaman rumah sahaja. Jadi laluan kami untuk ke sekolah ialah laluan kebun-kebun getah.

Saya teringat nenek saya akan pergi menoreh awal pagi drp rumah dia ke rumah saya. Kadang2 subuh dia dah sampai ke rumah saya. Saya rasa ada sejam beliau berjalan.

Kalau balik kampung kat parit yaani, rumah nenek sebelah mak pun kami naik basikal. Kali ini kami akan melalui estet..pun bawah rimbunan pokok-pokok getah. Tapi best gak sejuk aje tak panas. Masa itu sungai sengkuang tak ada jambatan lagi, kami akan naik sampan untuk menyeberang.

2 comments:

mak encik | SZ said...

salam k aryati...sungguh "manis" kenangan lama tu ye...zaman kita dulu mmg tak merasalah anak2 sekarang gitu..semuanya dah tersedia depan mata, nak g sekolah bukan saje berbasikal..siap berkereta ada driver...itu pun masih kurang rajin nk beljar..semakin kita rasa "susah" dl makin kita usaha kuat utk merubah taraf kehidupan...

Aryati Bakri said...

salam...Sz..

Aaah..kenangan silam, menjadikan kita kuat dan ada jati diri. Tapi anak2 skrg mesti sukar hendak mengambarkannya.

Wasalam